Wednesday, August 5, 2009

Blog Berwajah Baru & Izz Mula Meniarap

Ekekek.. nampak tak blog aku kini sudah ada perubahan? Yay.. akhirnya berjaya jugak menambah sedikit rencah ke dalam blog aku ni agar rasanya lebih lazat, enak dan mengenyangkan. Hihi.. yang pasti aku sangat gembira. Sekarang dah ada gambar permata hatiku Izz Haris. Ingatkan display kecik aje, sekali hambek ko! Sebesar2 alam ok. Sambil korang baca cerita aku kat sebelah kanan, bolehlah korang jamu mata tengok wajah Izz Haris yang comel macam aku tu kat sebelah kiri. Ahakkkkkkkk... sila muntah jika menyampah dengan kenyataan itew. Heheh!

Semalam aku tak menulis sebab taktau nak tulis tentang apa. Wah pertama kali aku takde idea ni. Sebenarnya idea tu ada tapi kalau ditulis tanpa bahan bantu cerita (gamborle) jadi macam tak berapa feel pulak. Hahak. Maka pagi tadi walaupun tergocoh2 kelam kabut bersiap nak pergi ofis, aku sempat godek memory card dari kamera & bawak ke ofis. Oh ye sebelum tu, nak bagitau kat kawan2 semua yang hari ni aku telah sampai lewat ke ofis. Bayangkanlah, pukul 7.30 pagi aku masih terpacak kat stesen Asia Jaya. Hehe, kelam kelibut berlari2 anak (atau berlari2 kingkong) akhirnya aku berjaya sampai ofis dan punch card jam 8.06 pagi. Kagum tak? (huhu..) Tapi yang penting, walaupun lambat aku tetap jujur & tak mintak orang punch card untuk aku (wahhh... zassssss).

Ok stop cite tadi. Yang aku beria2 menggodek memory card tu bukannye apa. Aku nak upload cite pasal Izz Haris yang sekarang ni dah belajar2 meniarap. Ekekeke.. rasa macam sangat lucu sebab sebelum ni aku risau dia belum tunjuk lagi bayang2 nak meniarap. Bila dia dah start tunjuk bakat, aku rasa cm surprise sangat, macam masih belum bersedia untuk menerima kenyataan dia (hampir) pandai meniarap. Hahaha.. baru meniarap ok. Belum merangkak atau berjalan atau berlari lagi. Huh! So hari pertama dia menunjukkan bakatnya itu haruslah aku ambil gambar kan. Anak pertama u ols. Kalau dah anak ke 2, 3 ambil gambar lagi ke??? Hehehe.

Actually gambar2 kat bawah ni diambil 2 minggu lepas. Means Izz start mengiring (1st time mengiring & terus cuba2 untuk meniarap) masa umur dia genap 4 bulan 2 minggu. Sungguh lewat kan berbanding bayi2 lain. Lewat pun takpelah, asalkan dia mahu jugak meniarap. Malas2 tu biasalah, aku dengan Farizal kena bagi dorongan yang kuat untuk dia untuk terus beraksi (wah ayat...) Untuk terus meniarap dengan betul tanpa bantuan orang lain, gitu! Mari lihat aksi Izz yang bersusah payah cuba untuk meniarap dengan wajah yang berkerut2. Ekekek.





Setelah berhempas pulas (di samping kami menolak punggung dia ke depan) maka akhirnya Izz berjaya. Mari saksikan wajah angkuh Izz (tapi tak nampak muka pun) selepas berjaya meniarap (tak aci sangat sebab mak dengan abah tolong).





Lepas penat berlatih meniarap dan menghabiskan 4oz susu maka Izz pun melelapkan mata. Huhu...



Actually Izz jarang sangat praktis meniarap. Sehari ada la dalam 3 atau 4 kali je. Aku harap pasni Izz semakin rajin dan terus berusaha untuk memantapkan skill yang ada dalam diri mengikut perkembangan bayi yang sepatutnya. Okeh abes dah 2 cerita untuk hari ni. Ada masa dan kelapangan, aku menulis lagi. Tata...

*Dalam entry lepas aku ada cerita pasal sekolah Kak Ngah yang dah dilanda wabak selsema babi. Dia baru sms aku tadi beritahu yang sekolah dia dah ditutup dan dikuarantin sampai 10hb ni. Alhamdulillah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!