Friday, August 21, 2009

Mari Makeup di Hari Raya

Semalam aku dah bercerita pasal artis. So arini aku nak bercerita pasal kawan aku yang ala-ala artis. Isk korang nih, dia ni ala-ala artis dari segi penampilan lah. Bukan dari segi perangai artis yang tak berapa semenggah tu. Tapi bukan semua artis wat perangai tak berapa semenggah tau, cuma segelintir aje (segelintir ajekah? hihi..)

Eh kenapa aku nak cerita pasal kawan aku pulak nih? Adakah aku ingin mengumpats? Iey... tak baek tau mengumpat orang, apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ni. Isk isk.. jangan sangka bukan-bukan. Aku cuma nak promote bisnes kawan aku ni je. Ha... jangan taktau kawan aku ni ada bisnes menarik tau! Ala... bisnes andaman lah. Bukan andaman untuk majlis perkahwinan/pertunangan sahaja TAPI juga untuk macam2 majlis seperti makeup untuk dinner, kenduri kahwin, majlis formal/tak formal dan sebagainya.

Di bulan Ramadhan yang barokah ni, bisnes andaman dia agak slow (sebab manade orang kawen/tunang/party2 di bulan Ramadhan ni) so dia ada masa free untuk adakan kelas belajar bersolek. Isk ape da ayat aku ni, very the old fashion. Kelas belajar makeup la, makeover.. ar gitula lebih kurang. Tajuk kelas dia ialah Mari Makeup di Hari Raya, huahuahua.. very riang ria raya kan. Actually kelas ni diadakan atas permintaan ramai. Member nak buat pada waktu biasa tak sempat dik non, bz yang amat. Maklumlah selain daripada mempunyai bisnes tegar, kawan aku ni juga adalah 'mother kepada 2 orang resaksa yg comel'. Tu kawan aku sendiri yang cakap, bukan aku tau, hehe! Ibu2 yang berbisnes ni selalu busy kan, so dia amik kesempatan waktu yang agak free di bulan Ramadhan ni untuk beramal kepada client2nya yang udah tidak sabar2 ingin belajar makeup.

My friend ni nama dia Hana. Nama glamour dalam bidang mengandam ialah Madam Hana. Haha.. suka ati aku je kan. Butiran lanjut pasal Hana ni, silalah klik di sini ye. Hana ni bermula dari bawah. Semuanya bermula dari minat. Ar... minat pun boleh jadi bisnes kan? Tapi yang paling penting ialah mesti rajin, rajin dan rajin! Rajin cari ilmu, rajin cari pelanggan (untuk makeup ok, bukan untuk perkara2 lain hiks!), rajin kreatifkan diri & rajin serba serbi lah. Walaupun ibu kepada 2 orang anak, Hana tak pernah mengalah. Mula2 dia hanya try makeup client saja, makin hari makin banyak tempahan (maklumlah, hasil air tangan Hana ni sangat memberangsangkan, ada kemajuan dari hari ke hari) maka pelanggan pun semakin bertambah. Nah... sekarang Hana punya studio makeup sendiri tau! Tapi baru je lagi. Dun wori, tak lama lagi lengkap dan serba indahla studio dia tu. Kalau korang minat, pergila jengah ye. Jengah jangan tak jengah!

Sesiapa yang belum klik lagi blog Hana tu. Meh aku tampal gambar dia kat sini. Inilah orangnye ye. Chomelllll sangat2 (tapi agak brutal). Brutal2 pun mak orang tau!


Inilah Madam Hana. *aku nak cepat cari gambar ko ni, susah nak jumpa yang berwajah normal. Stok gedik je sume. So aku letak gambar ni jelah ek (amik kt fs) jgn mare..

Hana sangat friendly tau. Jangan risau. Kalau korang minat nak attend kelas or pasni korang ada majlis sarung2 cincin ke, bunyi2 kompang ke.. rogerla dia ek. Jangan memalu. Kalau korang dah lepas semua acara tu.. kut2 ada adik ke, anak buah ke, anak ke (ahaks! tua nau la pulak) sape2 jelah boleh roger kawan aku si Hana ni. Malu call, sms aje 013-3414775. Email pun boleh madamhana@rocketmail.com. Sepantas roket dia balas email korang nanti. Muehehe...

Ok kat bawah ni aku attach la gambar aku masa nikah dulu. Ar... jangan taktau! Masa aku nikah dulu, Hana la yang makeup aku. Masa ni dia amatur lagi. Price pun price amatur. Huahuahua... tapi walaupun amatur, hasilnya sangat mantopppp. Itu pandangan aku sebagai client la. Yang penting aku SANGAT PUAS HATI! Jom tengok.


Ni gambar dari pandangan atas. Wah, terasa sungguh ayu time tu (ferashan). Pengantinla katakan...


Gambar close up tapi sebelah muka jelah ye. Teknik fotografi la kunun2. See.. Hana tak cantas kening aku sebab aku tak izinkan (hehe). Tapi aku tetap berseri... (ferashan lagi)


Gambar dari jauh dengan cik abang pulak. Masa ni dah nikah, dah sah, dah HALAL. Ekekekek... makeup dah blend well dengan kulit aku. Walaupun berpeluh2 yang amats, tapi still cantek kan? (ferashannnnnnnnnn)

Gambar kat bawah ni gambar Suhaila. See Suhaila telah dimakeup. Oleh siapa? Bukan Hana TETAPI hasil air tangan aku ok! Aku... yang takde ilmu makeup memakeup nih. Hikhik.. Satu waktu dahulu, entah macam mana kisahnya (malas nak cerita nanti panjang sangat entry ni) Hana jadi cikgu aku untuk makeup Suhaila. Saje suka2 takde maksud apa2 pun. Pertama kali aku belajar makeup hasilnya.......... lihat gambar di bawah.




Ok2 takdela teror bebenor aku makeup pun kan. Biasa2 je (tapi jauh di sudut hati aku, aku kagum sebenarnya, hiks)

Maksud cerita aku di sini ialah... dengan sekali tutorial sahaja, Hana mengajar aku, aku yang tiada asas solekan ni tapi aku berjaya makeup Suhaila secantik itu. Erm.. korang rasa cantik tak? Tak cantik pun cakap cantik ye. Haha....... So macam mana. Nak belajar makeup dengan Madam Hana tak???

So kalau ada sesiapa di luar sana yang teringin belajar makeup untuk penampilan istimewa di hari raya nanti cewah... bolehla mendaftar dengan Hana ye. Bukan kelas makeup je.. macam2 pun ada tau di studio dia tu. So... jangan lupa klik dekat sini ye.

Sekian sahaja entry Mari Makeup di Hari Raya. Huhu.. lotih weh menaip! Tata titi tutu...

15 comments:

Diarihatiku1976 said...

izzz.. aka minat gak nak pegi.. masalahnya.. kena pakai barangan makeup sendiri tu .. mana akak ada byk barang makeup.. kan bagus kalau dia sediakan... atau pakej tu siap dengan barangan makeup yg asas ke kan..

Mak Izz said...

wah kak, minat ye? bagus2. sy pn minat gak (tp mampu telan ayaq liuq je) takpe kak, brg2 basic sy rs kwn sy sediakan kut. ala.. pinjam2 le. lgpn 1 kelas terhad utk 5 org je kak oi. xkanle xleh pinjam2 kan. hihi.. ape2 hal roger kwn sy tu terus kak ye. cpt kak! lmbt2 takot kelas penuh.

Anonymous said...

dpt comission kan?

Mak Izz said...

komisen? isk isk.. manade. tolong promote ikhlas je ni. tak nak join ke?

Anonymous said...

adha..ni tak leh jadik nih..gambo den dipaparkan dalam blog hang, kena bayor nih..hehehehehehehe..tapi hasil make up tangan kau,memang shantek..I like it!..hehehehe..

Mak Izz said...

sue sowiiii.. tak sempat nk rogerlah mintak ijin. nt aku bayor ye, skg masuk buku tiga lima dulu. hikhik...

fahmijaes said...

x tau nak komen apa. keep it up

Madam Hana said...

mek..terharu aku baca iklan kau nih.
kehkehkeh..
tq mek.
nnt aku bg kau free lesson yer.
bile pak imam aka suamimu mengijinkan ler.
tq mekkkkk...
selamat berpuasa.

fahmijaes said...

go hana, go. good.

PuteriSatu said...

uiks...menarik gak ni... bayor berapa nih...

Madam Hana said...

fahmijaes: go..go ..agogo.
hehehhe..
Puterisatu : rm200 aje.. dpt goodie bag tau. eyeshadow 120 color palette. meh la..tinggal lagi bape tempat aje.

Mak Izz said...

kahkahkah ketawa berdekah2 aku bc komen kt cni. madam hana terlebih pantas menjawab soalan. bagus2!

hana.. betul ke aku leh dpt free lesson? skrg jgk aku pujuk abg aku. uwargh........ nak jugakkkkkkkk!!!

fahmijaes said...

teknik pujuk memujuk tu kene la share sikit

Madam Hana said...

Mak Izz..
meh ler.. mai class su & akmar
tapi goodie bag tak dapek ler.
muahahahhah

Mak Izz said...

betul kah? betul kah?

*abang........... please...........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!