Friday, August 14, 2009

Welcome Aniq Yusuf!

Baru-baru ni kawan baik aku Ina telah selamat melahirkan cahayamata pertamanya di Masai Regency Hospital, Johor. Ina ni kawan baik aku dari zaman tadika sampai le ke zaman mak budak nih. Dulu parents Ina tinggal di BTR dekat2 dengan umah mak aku. Tapi sejak beberapa tahun lepas dorang dah pindah ke Puncak Alam. Sedih tau bila bestfriend kita pindah rumah. Rasa macam terpisah jauh sangat2. Walaupun dah berpindah, tapi aku dan Ina selalu gak berjumpa. Sometimes Ina turun BTR, sometimes kami jumpa kat KL aje.

Tapi sejak Ina tamat belajar di UiTM Shah Alam and dapat kerja di Pasir Gudang, sekali lagi kami berpisah. Masa ni memang betul2 sedih. Yelah, selama ni selalu spent masa bersama tapi bila dia dapat kerja di tempat yang agak jauh, sedihla kan. Tapi walaupun berjauhan, hampir setiap minggu kami berhubung samada melalui telefon ataupun email untuk bertanya khabar masing2. Beberapa tahun dah berlalu, aku dan Ina pun dua2 dah kahwin and punya keluarga sendiri. Ina dan suami masih di Johor dan aku sekeluarga di Shah Alam.

Baru2 ni Ina selamat melahirkan cahayamatanya yang pertama. Sempatla jugak aku datang menjenguk dia & baby di Puncak Alam tu. Huhu.. dah lama tak jumpa ni (almost 5 months). Last time jumpa masa Ina ziarah aku 3 hari dalam pantang selepas lahirkan Izz, sekarang aku pulak ziarah Ina yang 6 hari dalam pantang selepas lahirkan Yusuf. Hehe.. Jom tengok gambar!


Ina with her son. Abaikan kawasan sekeliling yang agak bersepah itew ok! Barang2 hadiah orang bagi, tak sempat bawak naik atas. <- tolong cover bagi pihak Ina. Miahaha..
Aniq Yusuf bin Sambrin. Keturunan Bumiputera Sabah ni (hiks!) Sebab suami Ina si Sambrin tu orang Sandakan. Ekekekek, pupuslah keturunan Melayu dalam i/c anak2 Ina nanti. Hehe.. Comel kan Yusuf ni. Kecik molek je. Mata pun sepet (cam Sambrin) Tengok pipi dia, ada segaris luka kesan cakar. Kecik2 dah ganaz. Huahuahua..

Happy family at home. Sambrin, Ina & the baby. *Handbag aku, warmer, napkin, botol susu Izz and betik pun nak enterframe jugak.

Izz dan abah merenung baby Yusuf dari jauh. *Izz tak reti dok diam, excited sangat jumpa kawan baru.

Izz malu jumpa kawan baru. Yusuf kecik lagi, masih suka tido. Tunggu la lagi 5 bulan, nanti geng dengan Yusuf tau. Cam mak geng dengan acik Ina. Hehe!

Aku sampai umah Ina pukul 8 malam and mintak diri untuk pulang jam 9.30 malam. Punyela lama melawat baby. Actually bersembang dengan mak baby je yang lebih2nya. Anyway sempat jamah lemang dan rendang, ayam golek & nasi berlauk pauk mak Ina jamu. Pergi rumah mak Ina ni, kalo tak makan nasik memang tak sah. Nasik takde pun sanggup masak nih nak jamu kawan2 anak datang rumah. Terima kasihla makcik ye. Susah2 je. Tapi sedap tau!!! *Kekeke...

To Ina & Sambrin, selamat memulakan hidup baru bersama Aniq Yusuf tersayang. Pasni bolehla kita sembang2 pasal anak pulak. Sebelum ni pasal suami je. Kuakuakua... Moga anak2 kita jadi anak yang soleh, beriman & berjaya di dunia & akhirat. Nanti kita jumpa lagi tau! Tata...

3 comments:

fahmijaes said...

ai, g puncak alam x iform pun. Fahmi di UiTM Puncak Alam gak ni. Fasa II ke. Next time inform la. Leh join lawat ina

Mak Izz said...

haha.. xtau ko kt ctu. aku siap singgah kedai makan kt puncak perdana tu. ar ina dok kt puncak alam fasa II mmg dkt sgt dgn uitm baru tu. yolah, lain kalo aku inform. tp ko kena belanja aku dgn somi aku mkn2 la.

fahmijaes said...

x leh la cam ni. student mana ada duit/gaji. Puad Adha la belanja sy..... :(

p/s: ina mana ni dok Fasa II ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!