Tuesday, October 27, 2009

Anak Genius & Soleh

Wah.. hebat je tajuk hari ni. Kalau entry tak hebat jangan marah ar. Semalam kan aku cerita yang aku mengantuk gila babas alagapas. Tersengguk2 aku sorang2 kat depan pc. Bos takde, ramai staf takde sebab masing2 busy berkhidmat di Istana Seri Menanti sempena pertabalan YDP Besar N9 tuh. Bayangkanlah ofis yang besar ni hanya tinggal 6 staf je. Sangat buhsan okeh! Nak buat kerja pun jadi tak semangat. Apatah lagi bila ada syaitonirrajim sedap2 bergayut kat kelopak mata aku nih. Tak boleh jadi! Mata yang mengantuk harus disegarkan. Aku pun kemas2 meja, pas remote pintu kat Lin terus berdesup pergi library baca buku. Hahak, baca buku tuh...

Aku memang suka lepak kat library especially bila bos takde. Setengah jam membaca tanpa gangguan pun dah jadi seronok sangat2. Mata yang mengantuk terus jadi segar bila membelek helaian majalah demi majalah. Haha.. aku takdela skema sangat pergi library nak baca buku ilmiah. Apa gunanya majalah berlambak2 library tu beli tiap2 bulan? Majalah kegemaran aku of courselah Anjung Seri dan Impiana. Wah.. dulu2 zaman remaja wajib baca Dara.Com setiap bulan. Bila dah kerja rajin beli Mingguan Wanita. Bila nak jadi ibu wajib beli Pa&Ma dan Mami&Baby. Bila makin gemuk beli Rapi pulak (hahah). Tapi sekarang ehem.. ehem.. majalah deko okeh. Baca je, beli tak mampu sebab mahal. Ikutkan hati nak aje beli majalah Apartment, Seni Hias dan mcm2 lagi tapi sebab harga majalah2 tu agak mahal (nasib baik mahal) so aku tak belilah. Nak ubat dukalara, pergila membaca kat library. Save bajet, ilmu pun dapat!

Dah baca2 then rasa tak tahan pulak sejuk melampau aircond kat library tuh. Isk isk.. kalau slowkan sikit aircond tuh mungkin lebih ramai lagi warga jabatan akan berkunjung ke library. Erm.. ok dah cukup setengah jam kenalah balik ofis semula. Buku apa aku nak pinjam ye? Takkan majalah lagi. Okey.. aku ambik majalah Anjung Seri 1, Impiana 1 and aku round2 tengok buku2 kat rak. Then ternampak 1 buku bertajuk "Petua Melahirkan Anak Genius dan Soleh". Ar.. tajuk macam menarik nih. Belek2 baca sikit, erm memang bestlah. So aku pinjam buku ni semalam, tarikh pulang 26 November nanti. Hoho..

Aku dah baca sikit semalam (bila rasa boring buat kerja & mata dah letih menatap pc). Walaupun tajuk buku ni Petua Melahirkan Anak Genius dan Soleh tapi isi kandungan buku merangkumi keseluruhan cara pendidikan anak sejak dari memilih pasangan hidup sehinggalah ketika membesarkannya pada usia 15-18 tahun. Tak sabar nak habiskan baca. Buku ni takla tebal pun cuma 193 m/s je. Meh iklan sikit pasal buku ni. Buku ni adalah terbitan Darul Nu'man pengarang oleh Urwah Sofri Zain. Harga pasaran buku ni cuma berharga RM10 sahaja (bagus sangat buku berkualiti begini dijual dengan harga yang sangat murah dan boleh dimiliki). Kalau suka boleh jengah di kedai2 buku berhampiran dengan tempat tinggal anda ye. Rajin2 boleh juga buka website Darul Nu'man ni. Ok nanti dah baca & ada info2 menarik nanti aku kongsikan bersama ye.

Da..

6 comments:

puan serie syasha said...
This comment has been removed by the author.
puan serie syasha said...

k,
tunggu ko abis baca nih, nak tau info..(malas nak p carik, huhu)

Nur Irfan Juezrie said...

wah.. harus dikongsi bersama nih..

allkmurni said...

Mak izz ni suke membace ye...blh la kongsi2 ngan member2 kat blog ni...

Mak Izz said...

puan serie - wokeh, nanti aku kongsi info sikit demi sikit (aku tau ko maleh) hahak!

ju - harusssss...

allkmurni - suka membaca, suka menulis, suka merepek dan suka makan. ekekek.. yezza mari amalkan sikap kongsi mengongsi. duit pun kalo ada lebih blh kongsi :P

adianiez AIDA said...

bagus ni. tq. aida terjah website tu skang jugak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!