Masih sempatkah mengejar beberapa entry lagi untuk mencapai misi 1 bulan 30 entry? Hehe.. tak tahulah sempat ke tak. Takpe, kalau tak sempat pun aku boleh terus berusaha pada bulan2 yang akan datang. Mana nak sempat, harapkan online di ofis aje. Kat rumah bukannya ada internet. Nak pasang pun rasa macam.. nanti dululah. Bukannya penting sangat internet ni kalau pasang kat rumah pun. Maklumlah aku bukannye ada bisnes atas talian. Eh tapi mana tau, kut2 pasni boleh mencuba ke.. Memang dah lama aku dok pikir2 camnela nak cari duit lebih. Nak buat OT pun dah tak sesuai sekarang. Kesian la dengan Izz kat rumah tu. Dahle gelap subuh sapi'e aku kuar umah, dah nak gelap (maghrib) pulak baru aku sampai rumah. Kalau buat OT tah pukul berapa baru aku dapat jumpa & spent masa dengan dia. Kesiannnn Izz. Lagipun internet ni kalau ada kat rumah hanya boleh guna waktu leisure je. Orang tak berdisiplin macam aku ni bahaya. Buatnya aku tukar bertenet tu jadi priority, tak ke bahaya? Woho.. jangan buat pasal. Baik aku online dari ofis saje. Jimat pun jimat (blurgh..).
Oleh sebab mood dah semakin baik (memikirkan profit yang bakal masuk ke dalam kocek walaupun sedikit), aku nak cerita sikitlah pasal pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan yang aku pergi aritu. Aku masuk ofis dulu punch card seperti biasa then breakfast. Nak attend majlis kena alas perut dulu. Aku tak suka biarkan perut lapar sampai ke tengahari, nanti mood tak berapa baik. Then buat kerja sikit, jam 8.30 pagi baru aku gerak ke Menara DBKL, Jalan Raja Laut. Event tu berlangsung di Auditorium DBKL, dekat aje dengan bangunan ofis aku ni. Sebab aku rasa macam dekat, aku decide nak pergi sendiri aje naik tren then jalan kaki sikit about 10 min dah sampai. Kalau rasa2 dekat dan mudah (ada public transport) aku prefer pergi mana2 event kerja sendirian berhad aje. Lainlah kalau jauh beratus batu or tempat tu takde/susah public transport haruslah minta kereta jabatan kan. Bukan ape, selagi boleh memudahkan orang, kita mudahkan. Lagipun bagus juga eksesais ni. Alah.. apa la sangat kan? (sebab aku memang hari2 turun naik LRT, so xde masalah nak naik public trans) Hehe.. Dengan Lin2 pun kami naik tren dan jalan kaki saje. Syabas ibu mengandung! (kalau sihat dan larat, toksah mengada2 kata tak boleh berjalan kaki sikit walaupun mengandung. Bukan nak jalan laju2 challenge Yu Fang dalam pertandingan lumba jalan kaki, ketwok pelan2 sudahla.. yang penting sampai ke destinasi dengan selamat) -> Ini adalah pesanan penaja.
Sampai je terus masuk dalam bangunan. Wah.. syiok meh sebab ada red carpet (aku tahu red carpet tu bukan untuk aku of course) So aku tak pijak pun (jaga kebersihannya untuk dipijak oleh Menteri nanti) Oh sila tahu, VIP yang merasmikan majlis pelancaran tempoh hari adalah Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato' Raja Nong Chik (kecik molek aje orangnye). Masa kat lobi Menara DBKL, ada la beberapa booth yang baru nak dibuka. Ada booth Dewan Bahasa dan Pustaka (salah satu penganjur) yang menjual bermacam2 jenis buku. Oleh sebab dalam wallet cuma ada beberapa hinggit saje tak dapekla menyambar 1 buku pun. Frust2! Pastu aku ke sebelah kanan, tengok map lokasi STAR dan PUTRA LRT laluan baru. Woh.. aku dan Lin sangat teruja. Bagi kami yang tinggal jauh2 ni (Lin di Shah Alam, aku di Jalan Kebun) berita tentang laluan baru LRT adalah sangat menggumbirakan. Tengok2la sambil cerita2 dengan Lin yang kununnya rumah aku di sinun... (padahal tak masuk pun dalam peta tu) Heheheh!
Lebih kurang 10 minit kat lobi, kami pun naik atas. Actually kami start naik atas ke auditorium selepas muzik gamelan dimainkan. Wow memang tersangat best. Aku sangat suka muzik gamelan ni. Aku selalu berangan yang aku jadi salah seorang dari pemuzik kat situ. Mesti hebat kan kalau aku duduk bersimpuh tersenyum ayu sambil jari jemari yang halus dan runcing (jari botok2 sebenarnya) memukul setiap .... (eh apa nama alat muzik gamelan tu? Tiba2 terlupa pulak). Oh sungguh ayu! Tapi mesti tersangat sukar apabila aku terpaksa menukar gaya bersimpuh setiap 10 minit sebab sebelah kaki yang terhimpit telah cramp. Ye, kaki aku memang mudah cramp! Dulu2 masa sekolah rendah masuk dikir barat wakil sekolah lawan sampai peringkat negeri bila kaki cramp, owh.. tersangatlah bencinya! *nak berlagak cerita pernah masuk dikir barat :)
Okey dah teringat, alat muzik gamelan di atas yang terlupa tadi adalah 'canang'. Ok dah masuk auditorium terus tak suka dengan lampu di situ. Cahaya lampu adalah berwarna kuning-kekuningan (memang membuai mata untuk jadi mengantok). Aku risau sangat kalau2 tertidur dalam auditorium (memang tertidur pun). Masuk dalam auditorium dalam pukul 9.15 pagi, sebelum tunggu kedatangan Menteri pada pukul 10.00 pagi, maka adalah persembahan sikit dari DBKL. Ada live band yang dianggotai oleh warga belia (40 thn ke atas, hehe. Tapi aku perasan ada sorang anak muda kat situ... haizzz.. kagum2) Macam2 alat muzik ada seperti trompet, seksafon (betul ke eja ni?), trombon (betul kah?), keyboard, drum of course, gitar (bukan gitar kapok ok) seruling (besi) dan macam2 lagilah yang aku tak tahu nama alat muzik tu. Memang sangat teruja! And pasukan koir DBKL yang menghiburkan kami dengan lagu2 melayu, English, hindustan dan cina (yang sangat fofular dalam irama koir). Best woh... i likeeeeeeeee!!! *Sangat susah untuk kontrol diri daripada goyang2kan kaki dan kepala. Aku sangat argh.... (gila muzik barangkali!) Mak Izz... ingat! Ini event kerajaan, jangan over! "Ok2, aku muhasabah diri" sambil tertunduk lemah.
Then Menteri pun sampai. Waduh2 diiringi oleh gadis2 yang cun melecun (kerana makeup tebal 3 inci plus bulu mata pelesu melentik tebal macam bulu mata gajah). Siap bersirih2 junjung occay! Then adalah ucapan2. Yang aku ingat ucapan oleh KP DBKL, ucapan oleh KSU Kem Wilayah, then ucapan Menteri sendiri. Aku tak ingat apa butir ucapan sebab aku zzzzzzzzzzzzzzzzzz... (ngorok adalah terbaek). TIBA2!!! Tiba2 adalah gimik pelancaran. Yes, masa ni aku cuba buka mata aku luas2. Nak tengok gimik la kan. Best ke tak. Nanti orang tanya, melopong pulak taktahu nak jawab. Ok, gimik pun best sebab Menteri telah diminta untuk melengkapkan teks dalam tulisan jawi yang berbunyi "Bahasa Jiwa Bangsa". Bagus kan? Aku suka sebab dorang guna tulisan jawi (di mana adalah tulisan dalam peradaban melayu dulu2. Bukan senang nak cari orang zaman sekarang yang masih pandai baca tulisan jawi) Setel pelancaran apa lagi.. mestilah persembahan kesenian oleh warga DBKL.
Okey masa ni mestilah mata aku dah tak mengantuk lagi. Persembahan kesenian dorang adalah tarian yang berkonsepkan 1 Malaysia. Ala.. gi mana2 pun sekarang sume pun konsep 1 Malaysia. Sebagai warga Malaysia, sokong jangan tak sokong k! Dah seronok tengok show dorang yang berwarna-warni maka tamatlah majlis pelancaran bulan bahasa. Majlis pelancaran je yang tamat, bulan bahasa tak tamat okeh. Baru je nak bermula. So janganlah malu2 untuk berbahasa Melayu sepanjang masa (terutama dengan orang Melayu) walaupun korang tu 100% fasih berbahasa Inggeris. Bukan apa.. sape lagi nak berbahasa Melayu, yang nak berbangga dengan bahasa Melayu kita ni kalau bukan kita orang Melayu. Sedangkan orang Cina dan orang India pun boleh berbahasa Melayu bila berbual sesama dorang, inikan pulak kita orang Melayu. Okey2 aku mengaku, lebih ramai yang prefer berbahasa Inggeris bila berbual (yelah, nak mantapkan bahasa Inggeris la katakan). Aku pun setuju kalau orang Melayu dan orang bangsa bukan Melayu nak berbual dalam bahasa antarabangsa tu (sebab nak mantapkan English). Tapi kalau sesama Melayu pleaseeee lah.. (cewah please tu kan bahasa Inggeris, hehe) tolong cakap bahasa Melayu ok. Ajar anak2 tu peribahasa dan simpulan bahasa. Ajar anak2 tu tulisan jawi. Ajar anak2 tu mengaji, eh eh ok dah keluar tajuk. Hoish.... penatnya makcik membebel.
Okey dah nak abis waktu rehat pun. Dipendekkan cite, majlis tamat jam 12.00 t/hari. Ada makan2 sikit (menu bihun sup, nasi impit, lemang, rendang etc) then terus balik ofis. Haha.. percaya ke balik ofis terus? Tak ye. Oleh sebab dah dekat waktu rehat, kalau aku balik terus ke ofis pun mesti sampai ofis pukul 2 petang. Nehi kabi nehi, aku dan Lin singgah Sogo beli present untuk Shahrir (ofismet yang akan bertukar ke Imigresen tak lama lagi) then singgah Avon (beli barang2 penjagaan kulit untuk aku, tapi terbeli eyeshadow dan eyeliner sekali). Tak lupa singgah Maju Junction untuk beli Wafito Waffle (penampung perut takut2 lapar petang nanti) dan beli paper bag untuk Shahrir (isi hadiah dia dalam paper bag tu). Puas puas puas hati sangat2! Puas hati sebab dapat gumbirakan hati tengok show hebat kat auditorium dan puas hati sebab dapat pencuci muka Anew yang harga asal RM42.90 tapi lepas sale hanya RM10.90 saja. Beshhhh!
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment