Wednesday, October 28, 2009

Makin Teruk

Sejak Lembaga Tatatertib menguatkuasakan penukaran punch card dari warna kuning ke hijau, aku tengok staf semakin menjadi2 perangainya. Bukannye nak ambil iktibar datang awal ke pejabat. Tapi... makin galak pulak suruh orang lain yang bodoh punch card untuk dorang. Dulu aku pernah tulis, aku paling benci golongan manusia bangang yang suruh orang lain punch card dan golongan manusia bodoh yang punch card orang lain. Eiy bencilah!

Korang rasa patut tak aku mengadu kat Lembaga Tatatertib? Tapi tak ke nanti aku jadi makcik penyibuk? Sibuk2 report kat orang atasan yang ada manusia bodoh sekian2 selalu mengkotak-katikkan punch card tuh. Tapi aku geramlah! Geram tahap ultraman benci kat resaksa jahat! Benciiiiiiiiiiiiiii sangat tau. Aku yang berulang alik dari Jalan Kebun, Klang ni pun boleh sampai ofis sebelum pukul 8, takkanlah korang yang duduk sekitar area Lembah Klang ni tak boleh sampai tepat pada waktunya. Pastu kan... pleaselahhhh.. tolonglah punch card sendiri.

Argh, kalo aku bebel seribu kali kat sini pun tak guna jugak. Korang bukan tau pun. Erm kalau2 ada sesiapa kat bahagian Sumber Manusia kat jabatan aku nih (hye Ina Camar..) yang rasa2 nak sampaikan aduan aku ni kat Lembaga Tatatertib, tolonglah bagitau ye. Tapi aku taknak mention nama sape2, aku harap hamba2 Allah kat Lembaga Tatatertib tu buatlah siasatan ye. Aku tahu, kes ni bukan berlaku kat ofis aku je tapi berlaku kat bahagian2 lain jugak. Entah2 kat Sumber Manusia sendiri pun ada (harap maaf jika ia tidak berlaku, sekadar serkap jarang. Hehe).

Kalau korang taknak menuduh or buat siasatan (kut2 la busy sangat ke) korang handle la 1 ceramah wajib untuk semua staf ni pasal ketelusan. Yelah.. kalo2 dorang tu dah terlupa bab bersih, cekap dan amanah. Ingatkan balik. Kadang2 orang yang dah kerja lama ni, super senior ni.. mungkin otak tu dah berkarat sikit, tu pasal terlupa. Hesh.. mari kita bersihkan kembali otak2 karat mereka ni dan boleh menjadi contoh teladan yang baik untuk generasi muda.

Di manakah keadilan bagi golongan yang datang lewat tapi tidak menipu punch card sehingga dikenakan penukaran kad perakam waktu dari warna kuning ke hijau;

dan golongan yang datang lewat tapi menipu punch card dan tidak dikenakan apa2 tindakan.

Di manakah keadilannya?????????????

Takkan nak tunggu balasan kat akhirat je. Kat dunia pun mesti kena balas jugak. Apatah lagi kalo berkaitan dengan hal2 kerja, berkait rapat dengan markah prestasi, bersangkut-paut dengan kenaikan pangkat dan anjakan gaji. Pleaselah...........

Ada sesiapa boleh tolong calm down aku?


Yang benar,

Aku yang lewat datang kerja 2x bulan ni.

5 comments:

Diarihatiku1976 said...

betul tu.. akak pun menci giler org mcm tu.. akak duk kajang ni pun boleh sampai opis sebelum kul 7.30 pagi... dah tahu jam kuar ler awal... alasan anak je kekdang... cian anak tu takde kena mengena,,, wahhhh emo jap..

adianiez AIDA said...

kat opis aida ni pun gitu. meskipun opis kecik, ada gak cam gitu!!! naper ye ada attitude gitu???

p/s : aida da follow. nice blog!

Mak Izz said...

diarihatiku - kak, kalo yang dtg lambat tu org bujang cmne pulak? anak kambing sape pulak dia nk jadikan alasan? heheh.. patut diri sendiri kena peka dgn persekitaran. dh tau jln cpt jem, cptla kuar umh kan.

aida - taktau lah aida. bila lah dorang ni nak berubah. susah nk ubah mentaliti manusia jenis gini. kita golongan baik ni selalu je makan ati.

p/s: wah.. aida follow blog sy ye. terima kaseh. blog aida lg nice! sarat dengan ilmu2. boleh praktik ni. slm perkenalan dr sy!

Khalid said...

Marah nampak. Berasap-asap kepala sedang marah. Selalu lambat k? Kalu x slalu xpala, kalu slalu, sila lah datang awal. Orang2 lain 2 biarkan lah, ada pembalasan utk mereka nanti dari Allah cuma belum ketemu lagi.

Mak Izz said...

Khalid - marahla jugak kalau nampak benda tu berlaku depan mata. sy kdg2 je lewat, tak dapat kad hijau lg. tp sy simpati dgn orang2 yg jujur tp dikenakan tindakan dan yang menipu terlepas begitu saja.

xpelah, bak kata awak 1 hr nt pasti golongan ini akan terima balasannya juga. sabar dan terus bersabar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!