Monday, October 5, 2009

Mak Masih Di Hospital

Salam pagi Isnin kawan2 semua. Erm.. mak masih di hospital. Alhamdulillah aku berkesempatan melawat mak di GH petang Sabtu lepas. Dengan Izz2 aku hangkut ke hospital tapi takdelah bawak naik ke atas jumpa mak. Bergilir-gilir dengan adik-beradik lain jaga Izz dan Ammar (anak Kak Ngah) di luar bangunan hospital.

Puas hati dapat jumpa mak. Dapat salam tangan mak, dapat cium pipi mak dan dapat picit2 kaki mak yang kurus tu. Seronok sangat dapat sembang2 dan ketawa2 dengan mak. Kebetulan masa aku sampai tu waktu makan malam. Mak suapkan aku makan (motif?) wah... syorga... bestnya dapat manja2 dengan mak. Sebenarnya aku taklah manja pun dengan mak. Adik-beradik ramai, pastu aku anak yang tengah2 (nombor 4 dari 7 beradik). Tak sempat nak bermanja, adik kat bawah bersusun2. Haha.. Lagipun mak aku ni tergolong dalam kategori ego & garang (masa aku kecik2 dulu). Tapi ego & garang mak adalah sebagai seorang ibu yang nak mendidik anak2. Waktu sayang tu, sayang juga. Cuma tidaklah sampai berpeluk cium dan bersuap2 makan bagai. Bila dah besar dan meningkat dewasa macam sekarang ni, lagilah malu nak bermanja2 dengan mak. Tapi.. bila mak sakit begini, barulah perasaan nak bermanja dan dimanja tu datang secara tiba2. Malu semua tolak tepi. Apa pun, aku sangat hepi... sangat bermakna tau!

Masa lawat mak petang Sabtu tu, doktor beritahu yang kesihatan mak akan dipantau 1 hari lagi. Kalau ok, mak dah boleh keluar wad. Yahoo... alhamdulillah. Leganya aku rasa. Mak tak perlu lagi bermalam di wad (tapi dalam masa yang sama aku sedikit risau, takut2 mak tak sedarkan diri lagi di rumah nanti) Kalau di hospital at least ada juga nurse2 berpengalaman yang pantau keadaan mak. Oleh sebab kesihatan mak dah semakin baik, malam tu Farizal ajak kami pulang ke Jalan Kebun. Yelah, aku masih ada tanggungjawab terhadap keluarga sendiri. Walaupun hati berat, tapi permintaan suami harus aku akur. Hari Ahad aku di rumah Jalan Kebun lakukan tugas2 seorang isteri dan ibu seperti biasa. Aku tak ke hospital melawat mak. Adik-beradik lain beritahu keadaan mak ok. Nampak sihat cuma kencing manis mak jelah tak berapa stabil. Kadang2 terlalu tinggi, kadang2 terlalu rendah. Huhu.. dugaan...

Kalau sebelum ni Ipai yang tunggu mak di hospital pagi petang siang dan malam tapi semalam Ipai dah start bekerja semula. Bos dia dah call suruh masuk kerja. Mak kata tak apa, mak boleh jaga diri. Lagipun nurse ramai di hospital tu boleh tengok2kan mak. InsyaAllah.. aku harap sangat mak boleh jaga diri di hospital. Harap2 kesihatan mak semakin pulih dan mak kuat untuk melawan segala sakit2 yang datang. Cuma 1 yang mak pesan sebelum aku balik hari tu "Kerap2lah baca surah Yassin, doakan kesihatan mak pulih segera". InsyaAllah mak. Sob..sob..

*Thanks untuk kawan2 yang mendoakan kesihatan mak. Mudah2an mak cepat sembuh dan boleh pulang ke rumah.

2 comments:

putriBonda said...

mudah-mudahan mak akak cepat sembuh.sy sangat sedih kehilangan bonda tercinta..sehinggakan ke saat ini terasa spt bonda masih ada di dunia ini..hakikatnya bonda telah pergi mengadap YANG MAHA ESA..meninggalkan kami semua..

Mak Izz said...

thanks sirim, mudah2an. betul kata sirim tu, walaupun akak tak pernah rasa kehilangan lagi.. tapi akak faham bagaimana rasanya. owh tidak.. tak sanggup terfikir ke arah tu lagi. walaupun bonda sirim sudah tiada lagi tapi dia sentiasa dekat dengan sirim , terlekat di hati sampai bila2. moga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah. amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!