Tuesday, November 10, 2009

Angan Mat Jenin

Mata ngantok betul tadi. Tersengguk2 depan pc. Haish... memang tak boleh tahan. Bukak website Bhg. Pinjaman Perumahan, tengok2, kira2, berangan2.. argh makin lama makin kecik pulak mata aku. Bukak pulak website Glory Beach Resort, ler.. lama menunggu gambar tak kuar pulak. Boring2. Mata yang mengantuk bertambah mengantuk. Nasib baik ada je kerja yang datang. So bila ada kerja, hilangla mengantok ni sekejap. Bila kerja tu dah setel, mata mula mengecik semula. Isk isk.. ha.. Sekarang bos takde, ada miting kat bawah. Mulalah aku rasa macam... (nak balik awal je) tapi of courselah tak boleh kan. Walaupun surat2 masih banyak nak difailkan tapi sebab dah 4.30 petang, maka motivasi kerja tu pun otomatik hilang. Argh... teruknya!!! *Motivasi kerja selalu hilang bila bos takde di pejabat.

Ar mesti korang tertanya-tanya kan mengapalah aku menggatal surf website Pinjaman Perumahan tu. Pastu macam mana pulak boleh terlencong click website Glory Beach Resort pulak.. ar ada la beberapa perkara yang sedang bermain-main dalam kotak fikiran aku ni. Dok pikiaq2, nak beli umah baru ke tak..? Mampu ke aku nak membayar pinjaman tu semula tiap2 bulan..? Anak baru nak membesar, gaji pun sekarang berapa sen sangat, orang kata baru nak hidup la katakan. Pinjaman PTPTN pun tak abis bayar lagi dah berangan nak beli rumah. Woh... pinjaman PTPTN aku abis 2011 nanti. Aku harap cita-cita dan angan-angan aku ni menjadi kenyataan la tak lama lagi. Apapun yang paling penting, ianya tidak menyesakkan dada dan menambah tekanan dalam hidup (untuk membayar balik pinjaman berpuloh tahun tuh). Hopefully!

Semalam Farizal dah bagitau, confirm family day dept dia bln 12 ni dorang nak buat kat Glory Beach Resort, PD. Standby la duit RM390 untuk bayaran deluxe penthouse - bunyi cm hebat tapi cuma apt biasa je :). Tu baru penginapan, belum lagi tokok tambah duit minyak, tol, jalan2, shopping2 dsb. Yolah, bercuti setahun sekali je kan. Kita tong-tong pakitong-kitong la. Barula pasangan bahagia gitu (saja cakap macam ni nak pujuk hati). Oh ye, percutian kali ni (amboi.. macam la selalu pergi bercuti padahal ini adalah pertama kali) aku nak bawak Acik sekali makan angin. Saje je nak bagi Acik berehat cuti2 Malaysia, merasa bermalam di hotel (bukan hotel pun, apt je), dan boleh lah bermandi-manda di pantai PD sambil mencuci mata melihat jejaka2 kacak di luar sana. Hahahah! Ke.. aku nak ada geng untuk cuci mata bersama2? Oh tidakkkk!!! Mak sapela noti ni :P

Apa pendapat korang ye kalau aku beli rumah sekarang? Ok meh nak brief sikit, aku plan nak beli rumah apartment saja, area sekitar Kota Kemuning (dekat2 rumah yang aku tinggal sekarang). Tujuan sebenar nak beli bukan untuk didiami (sebab rumah sekarang dah super best) tapi untuk disewakan, as investment la cadangnya. Aku nak beli sekarang dan bukan menunggu lagi 3 atau 4 tahun lagi sebab aku tengok kawasan situ bakal membangun dengan pesat menjelang awal tahun depan sebab Carrefour tengah dibina berhampiran kawasan apartment tu (jalan kaki pun sampai). Carrefour tu bakal siap bulan 12 ni. Aku berangan.. nanti berebut2 staf Carrefour tu nak menyewa umah aku (belum apa2 lagi dah perasan) dan aku bolehla pulang modal bayar balik pinjaman rumah tu dengan menggunakan duit sewa budak2 ni (wah.. jahatnye niat aku). Eh bukan ke itu memang tujuan asal aku nak beli rumah? Ye, mula2 berangan dulu. Mana tahu angan2 mat jenin aku ni menjadi ke nanti?

Oklah cakap banyak pun tak guna. Tengoklah macam mana nanti, if jadi aku war-war la. Kalau senyap je tuh, maknanya.. faham2 sendiri. Apa pun aku memang tak sabar tunggu bulan 12 ni. PD dah lama tunggu aku anak-beranak (haha.. poyos).

Tata...

8 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wah2..bestnya nk g holiday.. ju tak tau lg plan apa hujung thn ni.. skg ezrie dalam kursus.. skg ni pun kena tinggal dah .. asyik Outstation je..

Mak Izz said...

ala ju, dh lm menunggu baru nk merasa p holiday sekeluarga. at least ju dh merasa gak naik cameron tu ha dgn irfan, hehe.. sabar la ju, ezrie o.s pun atas tuntutan kerja. dlm kursus pun sbb utk naik pangkat. mudah2an dgn kerajinan ezrie bekerja dptla dia naik pangkat dlm usia muda belia ni.

sape tahu?

ena said...

Beli rumah? bagus bagus, aku sokong 110%. yela, time muda ni la nak buat investment, n at least nnt tua senang sikit, biar susah sekarang. jgn jadi mcm mr mama, sewakan umah kat kwn sendiri, kdg2 bayar, kdg2 lmbt byr, kdg2 short...mane untung nye??

Mak Izz said...

ena - aku br je mcm tak jadi nk beli skalik ko telah mengembalikan semula semangat aku. hahaha.. bahaya toi pikir lama2 ni. mmg kena grab cpt kalo x, mesti x jd. jd ke x ni ek? hahaha...

statement ssh skrg tu mgkn aku hny akan rs sng bila dh tua esok. tp tulah.. mmg kena sekat sana-sini, xleh enjoy2 sgt. cukup sekadar bersederhana dlm segala hal yg mgkn agak sukar nk tempuh (tp akan cuba 100% if jd beli umh)

cm mr mama tu.. ko kena kaji tujuan sbnr mr mama sewakan umh tu na. mgkn bkn sbg investment tp sbg... amal jariah kut :) cuba tanya. hahaha... apepun, mr mama dh kaya raya (ada isteri yg pandai masak dan anak2 yg comel loteh) so mgkn takde mslh kut dgn byrn umh sewa tu :)

tq kerana memberi komen yg membakar smgt!

Nur Irfan Juezrie said...

insyaAllah.. harap2 cmtu la akak.. eleh.. setakat cameron highland.. huhu.. rasa mcm tak best lg masa tu.. irfan baru 3 bulan lebih.. klu skg2 ni jalan lg, mesti lg best.. sbb anak kita dah mcm2 peel...

Mak Izz said...

ju - anak semakin besar, semakin byk cabarannya. hahahah.. tp mmg x sabar la ke PD ni. harap2 Izz behave kt sana nanti.

jackapron said...

U dah beli rumah ker blum?

Mak Izz said...

jack - kura2 naik perahu, pura2 tak tahu :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!