Pelukis Pelan JKR Bekerja Dari Rumah
KUALA LUMPUR, 4 Nov. - Kementerian Kerja Raya akan melaksanakan projek perintis bagi membenarkan 35 pelukis pelan Jabatan Kerja Raya (JKR) bekerja dari rumah mulai Januari tahun depan.
Menterinya, Datuk Shaziman Abdul Mansor berkata, pelaksanaan projek itu bertujuan meningkatkan produktiviti selain mengurangkan kos pengangkutan yang terpaksa dibelanjakan oleh kakitangan JKR.
"Saya telah mencadangkan perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mendapati pelukis pelan banyak menghabiskan masa bekerja dengan komputer dan beliau membenarkan.
"Kita percaya langkah ini berupaya meningkatkan produktiviti terutama kepada kakitangan perempuan kerana pada masa sama mereka mampu memberi tumpuan yang lebih kepada keluarga," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya, melalui kaedah bekerja dari rumah, 35 pelukis pelan tersebut hanya perlu hadir ke pejabat sehari dalam masa seminggu untuk bertemu dengan penyelia.
Katanya, jika projek perintis itu berjaya, ia kemudian akan diperluaskan kepada agensi-agensi lain di bawah kementerian berkenaan.
Bagaimanapun, jelas beliau, jika penilaian mendapati projek itu gagal meningkatkan produktiviti kerja, ia akan dibatalkan.
"Kementerian memberi masa tiga bulan iaitu sehingga Mac tahun depan untuk membuat penilaian sebelum sebarang keputusan terhadap masa depan projek ini diputuskan.
"Kami bagaimanapun percaya, ia akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia, Khamis 5 November 2009
*Kenapa aku bukan Pelukis Pelan JKR? Owh.. alangkah indahnya kehidupan mereka bermula Januari depan. Tahniahlah untuk korang semua ye. Kerja elok2 tau! Nanti mana tahu.. tempias pulak ke kat golongan PA ni. Tapi aku rasa tak mungkin. Ho ho ho... Bestnye korang... anak depan mata, sambil kerja sambil enjut anak dalam buai (jimat duit pengasuh). Jimat duit minyak & tambang, duit parking & duit tol. Jimat duit dari breakfast & lunch kat ofis. And jimat duit dari terbeli barang kawan2 jual kat ofis. Owh... bahagianyer!
No comments:
Post a Comment