Wednesday, November 11, 2009

Duit Dah Masuk

Wah.. rejeki. Sebelum berceloteh dengan lebih panjang, mula2 aku nak panjatkan syukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan aku rezeki bergolek tatkala dalam kocek cuma tinggal beberapa RM sahaja. Tu dalam poket, dalam bank toksah cakapla. Nak topup RM5 pun tak lepas (wah.. very the hazab).

Meh nak cite sikit. Khamis lepas aku hantar borang permohonan pengeluaran duit KWSP aku. Sebelum tu punyala bertangguh2 nak isi borang tu. Yelah, sibuk sangat kat ofis. Tak sempat2 nak isi borang & cari dokumen2 penting untuk sokong borang permohonan tu. Masih terngiang-ngiang lagi kat telinga aku masa kat KWSP tempoh hari, akak kaunter tu cakap... "Tunggu dalam tempoh masa 21 hari bekerja, pihak kami akan proses. Selepas 21 hari kalau duit masih tak masuk lagi hubungi nombor ni" Wah.. 21 hari bekerja tu. Kalau tak campur Sabtu dan Ahad maknanya dalam masa sebulan jugakla.

Kita biasalah kan, kalau bab2 duit ni rajin aje. So sejak Isnin aritu aku takde keje lain melainkan pagi2 sampai je ofis, terus bukak maybank2u nak check duit dah masuk ke belum. Wah, sangat jakun ok. Isnin check, belum masuk. Selasa check, pun masih belum masuk lagi. Iey mengada2nye aku, baru 2-3 hari dah menggatal2 check. Tapi tadi... jeng jeng jeng. Memang rezeki bergolek tu dah masuk ko, alhamdulillah! CEPATNYE??? Baguslah cepat kan. Kalau lambat nanti aku tension pulak. Erm, berapa jumlah yang masuk ye? Haha.. mana boleh bagitau. Korang agak2 sendiri jelah ye. Kerani gomen cabuk cam aku ni potong KWSP tu sejak tahun 2001 dan last potong bulan Oct 2009 baru ni. Korang agak2lah berapa yang aku dapat ye. Hehe, refreshkan kembali kemahiran matematik anda!

Tak sangka betul begitu cepat dorang buat kerja kan? Tak bertangguh langsung. Aku ingatkan dorang peram borang aku tu seminggu dua pastu baru terhegeh2 nak proses. Hem.. tiba2 aku rasa berdosa sebab berpandangan negatip tentang dorang (warga KWSP). Kat sini aku nak ucapkan syabas dan tahniah la ye kepada semua petugas KWSP yang memang buat kerja sangat cekap dan pantas. Memang betul2 menepati Piagam Pelangganlah! Atau mungkin korang tahu kut yang aku memang benar2 perlukan duit sekarang. Hoho... apepun KWSP HQ mmg bestlahhhhh!!!!

So.. sekarang hati aku sedang berbunga bahagia, bibir lebar menguntum senyum dan mata bulat bercahaya bak bintang kejora. Bila banyak duit, hati pun senang la ye. Tapi seperti biasalah, duit tak selamanya banyak. Kebahagiaan tak semestinya berkekalan. Eleh, ingat ada duit je boleh bahagia? Takde duit pun boleh bahagia, yang penting cukup kasih dan sayang (eh apa aku mengarut nih). Ok2, nak bagitau kat korang (yang mungkin dah berangan2 nak suruh aku belanja itu ini - pesanan ini ditujukan kepada mereka2 yang berniat sedemikian. Yang takde niat, please ignore this statement) duit KWSP tu aku dah pasang tujuan awal2 nak dilaburkan ke mana. So kalau aku rasa nak belanja apa2 tu.. memang rezeki korang la ye.

Oklah, aku ada banyak benda nak buat ni. Asik berangan je sejak pagi tadi, kerja tah ke mana, apa tah ke mana. Oh ye, lagipun bos takde sekarang. Tu pasal dapat berangan. Erm.. dapat makan buah berangan pun sedap gak ni :P

Eh, ok bye!

6 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wah2 akak dah kaya.. huhu... eh.. masa ju dpt duit kwsp hari tu pun cpt gak..
rasanya dalam 1 minggu je..

mamaelly said...

hehehe elly ngah tunggu cukup 3 tahun ni..ingat nak try keluarkan..tp kene tunggu surat pengesahan opsyen dari SPA tu mesti lambat..hehehe

Ms Bukhari said...

boleh lah belanja kiter lepas nih..hehehehe. air kosong pun jadik lah

puan serie syasha said...

nak gak belanja wehhh...

Mak Izz said...

ju - kaya sekejap je. pasni kayap semula :) ar mmg sekejap sgt kan. dlm 3 hari bekerja je duit dh masuk. mmg betul2 WOW!

elly - a'ah kena tunggu cukup 3thn dulu. pasni kuarkan la, simpan dlm ASB. dpt gak faedah.

ms bukhari - boleh2 bkn kata air kosong, ais kosong pn boleh.

serie - bolehhhhh. tp kena jumpa dulu la br blh belanja ;)

Diarihatiku1976 said...

wahhhh... dah boleh booking meja rumba cafe ni .... amacam.. ada berani ka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!