Tuesday, December 29, 2009

Makcik Gumbira

Yay aku gumbira!!! Aku gumbira sebab direktori dah siap. Yahoooo!!! Dah submit pun pada Kak Su. Lega 1 perkara. Sekarang aku tengah bercadang nak lengkapkan borang prestasi pulak. Hahak baru bercadang. Entah boleh siap ke tak sebelum balik hari ni. Kohkohkoh.. (terbatuk2 kecil)

Selain bergumbira sebab direktori dah siap, aku bertambah2 gumbira bila ada sorang hamba Allah ni warwar dalam blog dia yang dengar2 khabar dapat bonus hari ni. YAYYYYYYY!!! (wah kenapa kali ni mesti eja guna huruf besar?) Dan dengar2 khabarnya jugak, dia nak guna duit bonus tu untuk jalan2 sambil tengok panaroma alam yang indah tak terkata kat Malaysia ni. Wow, berita gumbira yang sangat memberangsangkan. Erm.. agak2 aku dapat tempias tak?

Aku nak suggest sikit la kat hamba Allah tu tempat mana yang best untuk spend duit bonus tu kan. Mula2 cadang macam nak pergi tempat ni.



Tapi.. sekarang kan musim hujan. Nanti entah aku dapat berjalan entah tak. Silap2 kena berpayung pulak time jalan2. Tak syiokla itu macam kan. Kalau takde anak kecik takpela jugak. Ni kang sampai stroller2 pun aku kena payungkan. Dukung? Hem.. nehi kabi nehi. Nehi to me & nehi to my partner. Beberapa minggu lepas hamba Allah ni ada bagitau yang kawan2 sepejabat dia nak jalan2 makan angin di sini.



Tapi dia dah pesan awal2, trip ni hanya untuk staf aje. No family ok! Erm.. yolah. Lagipun tak hingin aku nak pening2 lalat naik tempat ni ikut jalan berlingkau2 macam ular kena palu. Tak koser! (ayat tak puas hati) Lagipun apa je benda yang best kat tempat ni? Setakat sejuk je. Peti ais umah aku pun sejuk gak :)

Erm.. entahlah. Kepala macam tak boleh fikir nak ke mana lagi. Ikutkan hati nak aje pergi tempat ni.



Boleh ke? Ok dahla tu makcik. Cukup2lah berangan. Vacation in Malaysia only!

Tapi aku rasa bukan kata nak pergi Cameron, pergi Bagan Lalang pun belum tentu lepas lagi. Aku ada projek besar awal tahun ni. Tunggu!

*Tak sabar tunggu samseng Kg. Dusun datang umah malam ni untuk discuss projek mega. Harap kedua2 pihak dapat pulangan yang berbaloi.

9 comments:

Diarihatiku1976 said...

wahhhh.. bestnya dapat bonusssss..... kita nan ado.... ahhaksss

Nur Irfan Juezrie said...

apa ni akak!! bonus apa ni.. nk jugakkk!!! udah la.. smbung la cite PD.. bila nk abis ni?

Mak Izz said...

ekekek.. private je dpt bonus. kerajaan dpt bantuan kewangan je RM250 - jadilah.. dari takdo langsung. alhamdulillah :)

mamaelly said...

heheheh elly baru balik dari cameron.best sangat2..maklumlah dah lama tak p...

kalau ikut kan...banyak sbnrnya kat malaysia ni tmpt yg cantik2 kan..tp tu la..duit je la...disney land pun cam best je..aduihhhh..hehehe

Mak Izz said...

elly - tulah. br je plan nk p cameron, tgk2 elly & k'ina camar dah pergi dulu. kikiki.. kalo sy x dpt g pn x ksh dh sbb dh bc cerita dr elly & k'ina camar. sgt puas hati :)

Mak Izz said...
This comment has been removed by the author.
NeenaAnuar said...

eh takper! berangan tu penting.. cam akak dari berangan-rangan lah jadik kenyataan satu hari nanti.. insyallahh...

anyway.. all the best for your mega project! ;)

zaidi said...

adha...pegi desaru la..layan gak kat sana. baru je pegi minggu lepas

Mak Izz said...

zaidi - desaru? mmg teringin nak pergi. tp... (sila sambungkan ayat seterusnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!