Dah jejak 3 hari dalam tahun baru, baru tergedik2 nak buat entry ni. Kalau last year aku buat entry Suka Duka 2009 tahun ni aku gedik buat tajuk Bye Bye 2010. Kedengaran macam aku tak sabar2 tunggu tahun 2011 kan? Memang aku tak nafikan. Aku mahu cepat2 datang tahun baru 2011 sebab aku nak cepat2 buat perubahan dalam hidup aku. Perubahan yang positif dalam pelbagai aspek sebagai seorang isteri, ibu & penjawat awam. Hem.. klise betul bunyinya. Macam azam aku tahun lepas je :)
Nanti2 jelah aku cerita pasal azam 2011 aku. Sekarang aku nak kongsi rentetan peristiwa pahit manis dalam hidup aku sepanjang tahun 2010.
Januari - Projek tambah dapur rumah kami bermula. Halaman belakang didirikan dapur sepenuhnya tanpa baki tanah. Projek dapur bersekali dengan table top tanpa kabinet. Projek kabinet pasang kemudian (bila ada duit nanti). Projek mengambil masa 3 bulan (lama weh!). Projek penambahan dapur + projek pemasangan awning di hadapan rumah + projek mengecat keseluruhan rumah dan lain2 mencecah kos lebih 15k.
Mac - Acik (adik Farizal) berhenti menjadi pengasuh Izz. Ingin mengembangkan bisnes dalam bidang jahitan pakaian wanita dan kanak2. Emak mula menjadi pengasuh Izz mulai Mac 2010. Setiap hari aku akan berulang alik dari Jalan Kebun - Cheras. Sampai di rumah mak, menaiki LRT pula ke tempat kerja. Penatttttttttt...
Mei - Berkesempatan untuk cuti2 Malaysia ke 2 buah tempat menarik. Awal Mei ke Melaka Bandaraya Bersejarah dan hujung Mei ke Cameron Highlands. Seronok dan mengujakan!
Jun - Kelahiran puteri sulung kami, Nur Izni Hasanah pada 6 Jun 2010 menambah seri lagi dalam keluarga kecil kami. Seminggu sahaja berpantang di rumah emak, baki cuti bersalin 7 minggu aku habiskan di rumah Jalan Kebun. Amat mencabar sekali menjaga 2 orang anak sekaligus. Seorang bayi baru lahir dan seorang lagi baru menginjak ke usia 1thn 3bln. Betul2 mencabar!
Ogos - Kembali ke pejabat selepas tamat cuti bersalin 2 bulan. Terkejut kerana dapat bos baru menggantikan bos lama yang bertukar ke bahagian lain. Mulai 5 Ogos, Tuan Haji Ramly menjadi bos di BMKK.
September - Mak mula dimasukkan ke IJN kerana masalah jantung. Kaedah rawatan adalah melalui pembedahan pintasan jantung seawal2nya Jun tahun depan.
Disember - Masalah jantung mak semakin serius. Mak terpaksa jalani pembedahan serta-merta pada 23 Dis. Alhamdulillah pembedahan berjaya walaupun mak terpaksa disorong ke OT semula selepas 7 jam keluar dari OT kerana mengalami pendarahan. Kini mak masih di wad Kenanga, IJN dan kesihatan semakin stabil. Dalam kegundahan kami bergelut dengan pembedahan pintasan jantung mak, abang sulungku, Along melangsungkan pernikahan dengan Mas Eddayu seorang guru dari Taman Pandamaran Jaya, Klang pada 24 Dis. Alhamdulillah.. kini aku sudah ada kakak ipar dan emak sudah ada menantu perempuan. Bertambah lagi ahli keluarga kami dan mudah2an tahun depan bertambah lagi cucu insyaAllah.
Begitulah sedikit corat-coret peristiwa suka duka berlaku dalam kehidupan aku sepanjang tahun lepas. Semoga tahun 2011 menjanjikan kehidupan yang lebih bahagia, menarik, positif dan ceria walaupun pernuh warna.
No comments:
Post a Comment