Saturday, January 15, 2011

Transformasi Rohani

Sekadar renungan kita bersama,

Menurut Imam Ghazali dalam buku 'Taubat dan Liku-Likunya' yang diterjemahkan dan dikupas oleh Syed Ahmad Semait, "Setiap manusia mempunyai pelbagai sifat dan empat daripadanya menjadi induk kepada segala dosa: Sifat Rububiyah (sifat ketuhanan), sifat Syaithaniyah (sifat kesyaitanan), sifat Bahimiyah (sifat kebinatangan) dan sifat Subu'iyah (sifat kebuasan)".

Sifat Rububiyah (sifat ketuhanan)
- Sikap suka membangga diri, sombong, bongkak, suka dipuji, gemar memburu kekayaan, kuasa dan kemuliaan serta ingin hidup menongkat langit.

Sifat Syaithaniyah (sifat kesyaitanan)
- Terpancar daripada tindakan seseorang yang gemar menipu, menganiaya, sering dengki-mendengki, putar belit kenyataan dan kebenaran serta suka mempengaruhi orang lain berbuat jahat.

Sifat Bahimiyah (kebinatangan)
- Dikaitkan dengan kegelojohan manusia, sentiasa tamak haloba, melakukan zina, dan berusaha mengaut keuntungan walaupun terpaksa melakukan perkara kotor dan keji serta merampas hak orang lain.

Sifat Subu'iyah (sifat kebuasan)
- Punca manusia jadi pemarah, panas baran, gemar serang-menyerang, busuk hati dan memusnahkan hak atau harta benda orang lain.


Apa sifat anda?


Sumber: "215 Checklist Transformasi Diri 360 darjah 1432H" - Majalah NUR Jan. 2011

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!