Monday, January 10, 2011

Kijing, Mentarang dan Ala-Ala

Pernah tak dengar perkataan-perkataan ni?

Kijing
Mentarang
Ala-ala (sebut: ale-ale)

Erm.. kalau aku tak ikut Kak Ngah ke tempat tu, memang sampai bila-bila pun aku tak tahu apa benda alah Kijing dan Ala-ala tu. Mentarang pun tahun lepas baru aku tahu, bapa mertua datang ke rumah bawa mentarang dalam karung plastik. Kalau dia tak bawa, memang sampai sekarang la aku tak tahu. Huhu.. apa benda la tu yek?

Bagi mereka yang tidak tahu dan malas meng’google’, meh sini aku kasi otak dan mata korang clear pasal menatang yang aku sebut tadi.


Kijing


Mentarang


Gambar ala-ala aku tak jumpa. Boleh teruskan pencarian anda ok. Hihi..

So faham dah? Hehe.. spesis makanan laut ler (kategori kerang-kerangan). Hehe suka hati aku je letak kategori :P Untuk mereka yang pertama kali mendengar perkataan kijing, mentarang & ala-ala rasa pelik tak? Pelik kan? (Sila jawab pelik, jangan tipu)

Tapi kan.. tak pelik bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan pantai dan laut. Kerang-kerangan ni agaknya makanan harian je, ratah2 gitu.

Dulu masa sekolah rendah makanan laut yang aku tahu cuma siput sedut dan kerang. Dah masuk sekolah menengah baru tahu kepah, lala dan remis. Punyalah cetek akal fikiran. Siapa tak kenal siput sedut, kerang, kepah dan lala meh dekat sikit. Nak sekeh kepala sorang2! Ngade!

* Bertuah betul budak2 zaman sekarang. Kecil2 lagi dah dapat makan kijing, mentarang dan ala-ala (refer to Izz & Ammar) Kami dah tua baru nak merasa ^_^

::cerita selanjutnya next entry::

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!