Thursday, January 6, 2011

Checkup Hasanah 6 Bulan

Pagi tadi dalam keadaan hujan renyai2, aku bersama Hasanah berlari2 anak dari kereta ke klinik yang mengambil jarak lebih kurang 5 meter. Malas berpayung, leceh! Kanan galas beg susu, kiri dukung Hasanah (yang tak reti duduk diam). Kalau tangan kanan memegang payung, buatnya nanti Hasanah meronta2 kengadaan, tak ke terjatuh payung (terbasah kami) sebab nak memaut Hasanah yang bakal tergolek kalau tak pegang kuat2? Atas 2 risiko tersebut (Hasanah tergolek & kena hujan sebab kutip payung yang jatuh) aku lebih rela menutup Hasanah dengan tudung labuhku dan kena gerimis sikit2. Itu lebih baik!

Pagi tadi checkup Hasanah 6 bulan pada usianya genap 7 bulan. Lewat
checkup sebab masa checkup 5 bulan, Hasanah tak sihat (selsema & batuk). Maka nurse tunda 2 minggu tarikh checkup Hasanah. Masa tu umur Hasanah lagi seminggu cukup 6 bulan. Sebab tu lah checkup pagi tadi untuk 6 bulan, usia Hasanah dah pun masuk 7 bulan. Tak kisahlah, janji checkup & janji dapat injection.

Hasil checkup: Berat badan 7.2kg. Tinggi 67 cm. BMI 16. Ukuran dada & ukur lilit kepala aku tak ingat. Alhamdulillah graf Hasanah cantik. Before injection, jumpa doktor dulu. Doc kata Hasanah sihat dan aktif. Ok la tu. Masa injection, macam biasa dia meraung kuat2. Tapi lepas dukung dan pujuk2 terus diam. Bagus!

Pukul 9.30 pagi, semua selesai. Keluar dari klinik duduk di bangku (yang goyang2 sebab dah uzur) tunggu abah jemput (abah half day hari ni). Hujan masih renyai. Sejukkk... nyaman... (syoknya kalau dapat buat taik mata). Abah sampai dan kami pun pulang ke rumah. Nurse kata injection 6 bulan ni tak men'demam'kan baby. Jadi tak perlu ubat. Baik nurse!

Checkup seterusnya adalah pada usia 9 bulan nanti, 9 Mac 2011. Jumpa lagi nurse!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!