Tuesday, January 18, 2011

Bandar Enstek

Cuti Raya Haji lepas, masa dalam perjalanan pulang dari Port Dickson kami sempat singgah di Bandar Enstek, Nilai. Saja jalan2 cuci mata tengok rumah contoh. Pergi pejabat developer, kebetulan ada 1 rumah contoh sedang dibuka untuk public. Wah.. apa lagi. Aku memang suka tengok hiasan dalaman rumah contoh ni. Walaupun sedar diri tak mampu nak tiru deko rumah contoh 100% tapi dapatkan inspirasi sikit2 apa salahnya kan?

Dah alang2 dapat tengok rumah contoh yang hiasan dalamannya tersangat cantik dan memikat hati, maka rajinle aku snap beberapa keping gambar. Bolehlah korang jamu mata sekali, mana tahu boleh apply kat rumah sendiri ke nanti. Wah...


Ruang tamu di tingkat bawah. Simple but very nice. Aku suka chandelier gantung kristal tu.



Standing lamp yang memikat hati. Nak sambar satu lah nanti :)



Ruang makan bersebelahan ruang tamu. Look very classy!



Ruang antara ruang tamu ke dapur.



Wet kitchen lengkap dengan island (gambar gelapla pulak)



Leather high chair with glass round table untuk duduk santai2 minum petang konon2. Hehe.. (lepas tunjuk gambar ni dekat Erin, terus dia terpikat nak beli 1 set untuk rumah baru dia) Wow!



Jengah tingkat atas pulak. Ada family area, 2 kerusi ni mengadap kabinet tv. Korang tengok karpet dia, hitam merah putih. Langsir pulak warna merah, hem.. sedondon..



Kabinet tv separa gelas, separa kayu siapan warna putih dan hitam. Dorang tak letak tv pulak dekat sini ek? Aku rasa kalau 4 keping gambar hiasan tu diletakkan center tengah2 lagi cantik kut.



Di family area turut ditempatkan ottoman bench dan standing lamp yang arghhh... memang idaman kalbu!



Zoom dekat sikit. See! Menawan kalbu sungguh kan?



Jengah master bedroom jom! Fuhyo.. sangat romantika de amour.. tengok Hasanah baring, elok terletak tak berganjak. Mentang2 ler tilam empuk, deko cantik. Fuh!



Abah pun tak lepaskan peluang nak tumpang sekatil dengan Hasanah. Huhu..



Aksesori memikat hati dalam bilik ni of courselah table lampnya yang romantikkk sekali.



Lampu gantung berbulu putih ni memang betul2 mencuri tumpuan Hasanah. Asik je mendongak ke siling. Masa lampu on lupa pulak nak snap gambar.



Jengah bilik kedua pulak. Hitam putih menjadi pilihan. Tetap menawan!


Lastly gambar bilik ke-3, bilik gugurl la ni pinky2. Omel angat..


Suka tak dapat jamu mata tengok interior design rumah contoh? Best kan? Semoga dengan gambar2 yang aku kongsikan eksklusif dengan korang tadi menambah motivasi dalam diri korang (dan aku semestinya) untuk lebih rajin mengemas rumah walaupun punya anak2 kecil yang baikkkkkk sangat2. Hehe.. Lain kali kalau aku melawat rumah contoh lagi, aku snappy2 pic kongsi dengan korang ye. Da..

4 comments:

-ina2210- said...

nak decorate bilik...tapi xtau theme apa yg sesuai...=p

Chepoh said...

weihhhhh...aku sangat suka katil kat master bedroom tu...isk...nk kawen cepat2 la nk beli katil camtu...hahahahaha...

Nur Irfan Juezrie said...

bestttt!!!!!!!!!!

Mak Izz said...

izzah - theme plg sesuai ialah "U student". hahak boleh ke? i know u love pink n purple so why not make it as ur bedroom's colour. simpan duit gaji sket, nt kta shop2 apa yg ptt. *bila kakchik nk p cyber ni?

jue - terbaik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!