Tuesday, June 21, 2011

One Lovely Blog Award


Terasa seperti ingin menitik airmata ke lantai dapur bila menerima award indah ini dari Mama Ainan dan Arash yang nunnnnnnnn jauh di benua Eropah sana. Terima kasih Ann sebab sudi singgah blog ni, baca cerita-cerita merepek Mak Izz walaupun Ann sentiasa sibuk dengan tugas sebagai seorang isteri, ibu dan pelajar. Mak Izz sangat terharu dan rasa macam sekarang jugak nak beli tiket kapal terbang ke Norwich untuk lawat Ann di sana (ok tipu).

Ini award bukan sebarang award tapi ini award ada kerja kena buat daa... Aku dikehendaki bercerita tentang 7 PERKARA MENGENAI DIRIKU. Amboi cam retis kena interview dalam majalah Hai! pulak ye. Ok2 bukan senang nak dapat award (jadi retis pun belum tentu dapat award) maka dengan sukacitanya aku nak bercerita 7 perkara pasal diri aku. Jom baca dan selami, sejarah hidupku cewah..!! *Siapa benci sila nyanyi lagi Casey - Jangan Ada Benci  ^__^

Perkara 1 - Kelahiran Luar Negeri
Bertuahnya aku dilahirkan di bumi Inggeris (wah....) Menumpang tuah ayah yang bertugas di Malaysia Hall, London pada ketika itu. Malangnya aku sekadar bayi kecil yang tidak mengingati apa2. Langsung tiada memori terpahat di minda. Yang menjadi kenangan hanya gambar2 kami sekeluarga menetap di sana selama hampir 3 tahun.
Ok cuma gambar ni aje yang aku ada softcopy. Nanti ada masa aku scan gambar2 lama kat London dulu k (eh korang nak tengok ker?)

Iklan sekejap:

Perasan tak gaun yang aku pakai dekat gambar atas tu (feeling comel dekat tepi pantai) dengan gaun yang Hasanah pakai dekat gambar ni? Ia adalah GAUN YANG SAMA! 29 tahun ko usia gaun tu. Syabas kepada emakku (opah Hasanah) yang berjaya menyimpan pakaian tu dengan cermat sampai boleh pass pulak kat anak aku. Siapa kata simpan barang lama tu merugikan?

Perkara 2 - Masa umur 7-12 tahun
Sekolah rendah di SKBTR (1), Cheras. Dari darjah 1 sampai 6 duduk dalam kelas pertama. Boleh bajet la aku periksa nombor berapa kan (of course nombor belakang2) Hehe.. dengan result UPSR yang tak berapa semenggah  aku sambung ke SMKBTR (sebelah sekolah rendah je). Sebenarnya dapat sambung ke SAB (sekolah kawalan) tapi aku tak pergi sebab takut naik bas awam (boleh terima tak alasan nih?). Mohon juga sekolah menengah agama tapi selepas 2 minggu mendaftar di SMKBTR baru dapat tawaran ke SMA Hulu Langat. Pun aku tak pergi sebab aku rasa membazir duit (yelah, aku dah beli buku2 sekolah kat SMKBTR). Dah takdir aku meniti usia remaja di SMKBTR, redha je :)

Gambar kelas masa Darjah 5 (tahun 1994). Guru Kelas, Puan Rosnah. Dia sangat cantik dan baik. Cuba cari aku. Sape dapat teka, anda memang teror!

Perkara 3 - Masa umur 13 - 17 tahun
Menghabiskan usia persekolahan waktu remaja suam2 kuku di SMKBTR. Masa ni mula bergaul dengan kawan2 dari sekolah rendah yang berlainan. Baru belajar sekelas dengan separuh classmate berbangsa Cina. Belajar dapat nombor belakang (eh ni bukan dari sekolah rendah ke?) Masa Form 1-3 masuk PBSM tapi bila Form 4 tukar Persatuan Puteri Islam pulak. Tah pape je. Takde apa2 yang best masa ni. Jiwa remaja kan, memberontak je banyak (tapi dalam hati jelah). Sebab tu result SPM pun tak best (alasan).

Perkara 4 - Pekerjaan selepas tamat SPM
Abis je exam kemasukan khas ke matrik, berdesup aku pergi interview Operator Pengeluaran di Kilang Ramly Burger dekat dengan rumah (jalan kaki je). Wah.. bangga giler masa tu bila dapat kerja. Pekerjaan pertama dalam hidupku selepas tamat persekolahan - 'gadis kilang'. Tapi gelaran tu hanya untuk seketika sebab sebulan kemudian aku dapat offer masuk matrik dekat Bahau. Maka bermulalah perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar matrikulasi :P

Perkara 5 - Kena buang matrik dan kembali  menjadi 'gadis kilang'
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari *cisss sape cipta pepatah  ni? Kena pulak dengan diri aku :( Result SPM sangat teruk maka tidak melayakkan diri untuk hidup lebih lama di takuk matrikulasi. Hanya sempat 2 bulan berjimba di Kolej Chermai, aku packing barang pulang ke rumah untuk bertapa selama seminggu. Malu weh.. mana nak sorok muka yang tembam macam kuih pau ni??? Sana sini orang bertanya "Eh bukan aritu masuk matrik ke?" NAMUN, genap seminggu tempoh pertapaan, nafsu bekerja kembali mengganas. Malu untuk kembali ke Kilang Ramly Burger (sebab dalam surat berhenti inform nak sambung belajar), aku ke lokasi kilang yang jauh sedikit dari rumah (kena naik basikal) dan menadah muka dari 1 kilang ke 1 kilang untuk memenuhi tuntutan nafsu mencari uang. Yes,  berjaya! Aku kembali bergelar 'gadis kilang' di sebuah kilang percetakan selepas menagih simpati *murah rezeki betul :)

Perkara 6 - Jadi Akak Cybercafe pulak
2  bulan di kilang percetakan aku dapat offer kerja lebih menarik. Bekerja sebagai Akak Cybercafe di cybercafe milik kawan baik kepada boyfriend kakakku. Masa ni dah advance sikit. Pergi kerja naik bas RapidKL dengan tambang 90sen (jenuh wo kumpul duit syiling tiap2 hari. Kalau masuk RM1, 10sen tu burn) RUGI. Dengan pendapatan sebanyak RM550 pada ketika itu, aku mampu tersenyum bangga! Di sini aku mula belajar selok-belok perniagaan (tipu). Baca balik. Masa ni aku mula belajar selok-belok pc games dan playstation. Masa ni juga aku mula mengenal email dan chatting. Masa ni juga dah pandai mengenal jurnal atau blog (wah...). Menjadi Akak Cybercafe hanya untuk 9 bulan sahaja.


Perkara 7 - Berjinak2 dengan agensi Gomen
Tak lama kerja dekat cc, ayah paksa isi borang kerja gomen. Nak tak nak isi lah jugak. Pergi interview macam orang lain juga (entah mengapa masa interview air mata aku meleleh mencurah2 especially bila penemuduga tanya pasal bab sambung belajar).  Bukan aku tak nak sambung belajar wei. Nak sangatttt... Tapi result SPM aku teruk! Diulangi teruk! Mana ada unibersiti nak amik student tak cemerlang macam aku? Masuk matrik pun kena tendang. Sedeh... dalam sedeh2 tu 3 kali jugak aku isi borang masuk maktab, pergi exam DPLI tapi tak dapat. Nak kata aku merepek jawab soalan, soalan dalam bentuk objektif. Agaknya sudah tertulis takde rezeki aku nak bergelar guru. Berkat doa emak dan ayah, aku dapat keje gomen tu. Pada bulan Mei 2001 pada usia 19 tahun aku mula bergelar sebagai kakitangan awam. Best tak best tak? Macam tak percaya tapi itulah realitinya. Alhamdulillah...

Perkara 8 - Eh sudah terlajak perahu nih ^__^
Award ni minta aku cerita 7 perkara je. Korang nak tau lebih ke? Hahaha... cerita selanjutnya hanya akan disambung jika ada permintaan dari anda. Ceay... bajet bagus  bajet bagus.

Akhir kata, hargailah hidup anda selagi masih ada nyawa. Bersyukurlah dengan titian perjalanan hidup kita ini walaupun ada suka ada duka. Itulah warna-warni kehidupan kita :) Lagi banyak warna, lagi indah kan? (kecuali korang suka warna plain) Hehehe...

Sorrylah tak dapat nak lengkapkan entry ni dengan gambar2 zaman persekolahan dan zaman muda-mudi dulu. Dulu2 mana ada kamera digital, semua guna filem. Kalau nak upload dalam entry ni kena scan dulu. Mana la nak sempat scan bagai (sebenarnya malas). Ok tanggungjawab award belum tamat lagi. Aku kena tag 15 orang. Dengan sukacitanya aku mengetag blogger di bawah:

Jue, Suzila, Roskhadijah, Izzah, Lea, K'Deqna, K'Neena, K'Ina, CikWhite, K'Kamariah, Emma, Ameh, K'Fid, Mama Aqilah dan Mama Isya.

Mengapa mereka?
Sebab saya punya sukalah! (jawapan tak berhemah) Hehe.. Sudilah terima award ni ye kawan2, adik2 dan kakak2 semua :)

Bye!

8 comments:

~AZALEA~ said...

Waduhhh... Gue kene tag lg... dh kene start wat rangka karangan dh ni... =)

nixaeemran said...

We want more!!! we want more!!!(we adalah the people in my house)ekeke...

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Salam mak izz,
Blog ni memang best tu pasai deserve for the award!:)

Waahhh sape sangka mak izz rupanya berdarah british..made in england nii..ekekekekee..walaupun tak ingat apa2 tapi sekurang2nya kaki penah jejak sini..so mana tau nnt2 ada rezki leh mai sini kan..ameen..

Cite laa lagi psl mak izz..sonot tau dpt share pengalaman idup..especially time2 dilamar dulu, mesti romantika..hihihi

NeenaAnuar said...

waaaaaa.. kelasss ko dik lahir kat London.. so dpt status penduduk tetap tak nie? hihi..

btw akak terimaa dengan tangan yg terbukak luasss award nie darimu.. tapi malangnya tag nie panjangg bebenorr.. akan akak usahakan jugak sebaik mungkin utk jawabh tag nie yerr.. skg nie masa sangat2 suntuk dan tak mengizinkan.. blog sendiri pun kengkadanggg momentum merudummm.. satu citer makan bulan... hahaha.. thanks a lot btw sbb sudi tag akak yeer! ;D

emma said...

WAAA..KENE TAG NIEH..HEHEHEHE...SAT AR..SAT AR...KENE PIKIR NIE NAK DRAFT NIEH..

BTW hasanah ngan akak mmg sepesen mase tecik..hihihii suka je tengok..hikhik...

Mak Izz said...

lea - rangka cpt2 diknon. kang cik besah mengaco, sampi ke sudah tag akak ni x berjawab. jgn rangka karangan sampai body tinggal rangka udahler :)

nixaemran - people in ur house? which house? is it includes along, rehan, adik, ur mom & dad, wak milah, onie dll? insyaAllah i'll write another entry bout this (kalo ghajin) terima kasih kerana menunggu :D

sufeenan - hnss..hnss.. kembang kuncup lobang idung kemek ni bc komen ann. macehla byk2 support blog picisan ni. ann adalah org kedua yg ckp blog mak izz ni best (org pertama tu of coursela mak izz sendiri) haha..

ni permintaan kedua soh sambung cite nampaknye. wah.. siap nk tau kisah dilamar lagi. kisah khloe dan lamar odom ke? *ok wat lawak jer. insyaAllah... kalo diijinkan cik abg, mak izz bikin entry panas nt k. jgn muntah bc udah kuikui..

AMIN... mudah2an sampai jua kaki mak izz ke tanah tumpah darahku itu.

k'neena - warganegara la k'nin oi.. hehe.. tingin gak nk jd warga london tp kang terkedang sorg2 kt sana apehal pulak. miehmieh.. ala k'nin make it short n simple pun ok. mak izz mmg suka panjang lebor kata penukil berjaya. ada ms free buat kak eyh! bkn sng nk dpt award dr mak izz :)

emma - ha.. sila draft entry skrg jugak ok! kami mmg sepesen nama lg anak beranak tp rambut akak lebih lebat dan wajah lebih lebau. gemuk tu memang sama. haha.. (mesti Hasanah benci bc kenyataan ni dan terus memulakan diet)

ummirayyan said...

wah..di tag lae..cik uji ui..tag yang lepas pun tak menang tangan..ecehh...hhehee//insyaallah..ade masa..aku wat eh..da berangan nak draf nih..

Mak Izz said...

ros - ada ms wat la ek. best kan menyingkap kenangan dolu2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!