Friday, June 17, 2011

Kenduri Kahwin di Rawang

Majlis berlangsung pada Ahad lepas, 12 Jun.

Bapa pengantin merupakan abang kepada adik ipar emak. Rumah pengantin tidak jauh dari rumah Kak Ngah di Green Valley, Rawang. Maka berbondong-bondonglah kami ke rumah pengantin, selain mewajibkan diri menghadiri walimah kerana tiada urusan lain, kami juga ingin berkenalan dengan saudara-mara belah keluarga ibu saudara yang lebih mesra kami panggil Mama itu. *nape tak cakap je ko pergi sebab nak makan lauk kenduri? ^____^

Bergambar sebelum ke kenduri (menanti kaum hawa  bersiap)

 Yang semakin susut badannya

 Dua beradik yang ceria sebab rumah tiba2 ramai ahli

Geng sepupu bersama Pak Ngah

Gambar2 selepas makan (sebelum makan takdo)


Makanan adalah super sedap. Semua menu sedap.


 Gambar bertiga sahaja, Abang Izz ntah ke mana

 Aku yang dah sama saiz dengan Kak Ngah *arghhhhh

 Pelamin nan indah

 Sepupuku, Rabiatul Adawiyah (anak sulung Mama)


Nur Izni Hasanah dengan fesyen rambut pokok kelapak yang tak menjadi (nasiblah dapat emak tangan tak bedung macam aku)

Gambar pengantin takde sebab kami sampai dah agak lewat. Pengantin pun dah masuk bilik (untuk solat zohor la.. apa korang pikir da?) ^__^ Aku sorang je yang excited nak bergambar di pelamin (nasib baik Hasanah ada buat peneman) Then paksa Adawiyah ikut sama (jadi photographer) sebab geng cik kiah yang lain tak berminat. Huh!

Kepada pasangan pengantin (nama dah lupa) Selamat Pengantin Baru dan berkekalan hingga ke anak cucu :)

11 comments:

Puteri Satu said...

dah lama tak makan kenduri...hiks... sejak bersalin... tak penah lagi g kenduri makan nasi minyak orang kawin...sob..sob..

Nur Irfan Juezrie said...

hihi..bestnya kenduri.. ju pun dh lama tak g kenduri.. ada invitation cuti sek lps.. tp ada je aralnya..

Mak Izz said...

puterisatu - sy pn dh lama x makan kenduri (makan kenduri? wah besar mulut) kehkeh. tp cuti sekolah aritu 2 minggu berturut2 dpt makan nasik minyak alhamdulillah.. x dpt jemputan ke kak?

jue - hehew bz ngalah menteri ye. takpelah, esok lusa ada lg jemputan tu. takde aral g eyh!

Mommy Fara said...

Mak Izz comel sgt! heheheh!

Mak Izz said...

fara - malewnyew ai (tgk eja pn dh x betul) :D

nixaeemran said...

comelnyer anak dara u...

Mak Izz said...

nixaemran - comel mcm kakak yaya :)

Anonymous said...

Salam, poyo je gi kenduri kawen tp gambar pengantin sekeping pn takde. yg ada hanyalah gambar tetamu yg poyo...hehehe jgn mare r-Mak Enon

Mak Izz said...

mak enon - u ni x abes2 nk tgk gmbr pengantin (kalo i g kenduri kawen). tgk jelah muka pengantin lama ni muka i dgn farizal. tak pun tgk muka kak ngah dgn abg gom tu je. kehkeh.. sifat poyo dgn i dah sebati, tak dapat dipisahkan :P

Anonymous said...

Hasanah very cumel la. best rambut banyak. anak i botak....huhu-Mak Enon

Mak Izz said...

mak enon - anak u botak sbb keturunan haha.. ala nt dh bsr lebatla rambut tu mcm kakak2 dia. dahla lebat halus pulak tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!