Assalamualaikum wbt
Wah.. macam tak percaya tapi berjaya jugak aku sambung cerita percutian aku ke Sarawak 2 bulan lepas. Clap clap clap! (beri tepukan kuat2 untuk diri sendiri) *mak vangge nyah*
Penceritaan kali ini lebih kepada entry bergambar. Sila tatap sampai lebam. Kalau tak lebam, sila cubit peha kanan atau kiri sampai lebam. Kalau takut sakit sila cubit peha rakan sebelah sampai lebam. Kalau tak lebam, mata korang yang lebam nanti (ape hal pulak main cubit2 orang nih?) *ok mengarut!*
Dalam entry lepas, aku ada beritahu lepas acara makan2 di Rumah Barok ada acara seterusnya. Apalah acara seterusnya tu ek? Meh cuci mata tengok gambar aktiviti.
Lecak? Selut? Apakah?
Adik2 comel bermain lecak dan selut. Woh.. kotornya seluarmu! (tapi ibu tak pening lagi selepas menggunakan Fab Total!)
Oh acara padang rupanya. Lumba lari (bukan lumba kuda) Cepat! Cepat!
Aku kagum dengan budak2 ni bersemangat waja join acara padang. Cuaca panas terik, padang berselut dan berlumpur, kelengkapan sukan tidak sempurna namun tak jadi masalah buat mereka. Anak kampung kan? Dah betah dengan itu semua ^__^
Acara untuk orang dewasa pulak. Abang pakai baju hijau ni pengadil kami tau. Apa acara kami agaknya? Cuba tengok kelapa tua yang dia pegang. Agak2 game apa kami nak bertanding?
Abang baju hijau beri penerangan kepada semua peserta.
CC Ruhani ala artis (blaus, slack, shades dan handbag). CC.. agak2 la penampilan tu kalau nak join game :) Kalau korang nak tahu, cuaca tengah panas terik (pukul 2.30 petang masa ni) Tapi kami semua tetap gigih memberi kerjasama.
Rajes mengambil tempat. Oh.. main boling padang rupanya. Kami dikehendaki menjatuhkan botol mineral size besar (penuh berisi air) dengan menggunakan buah kelapa tua sebagai bola. Susah bangat weh sebab buah tu tak bulat, ada ringan ada berat, keadaan padang rumput pun tak rata, benci tau. Asal lontar je ke laut. Asal lontar je ke gunung. Huhu.. (ok tipu tapi perumpamaan main begitu teruk macam tu lah) Bertambah sedih bila lontaran yang dibenarkan hanya SEKALI sahaja. Sekali je tau *sobs*
Wow gaya peserta dari team kami. Peserta lawan kami adalah golongan belia wanita Kg. Belimbing. Sape menang ek?
Tadi gaya tangan ke atas. Yang ni gaya tangan ke bawah pulak. Semua peserta cuba sedaya upaya walaupun tahu bukan senang nak menang.
Makcik ni sangat comel. Tapi korang jangan terpedaya dengan kecomelannya. Next entry nanti korang tahulah mengapa.
Ok giliran Kak Zack mengambil tempat. Aim punya hebat, kalah peserta Olimpik ni. Adakah Kak Zack berjaya?
Hihi.. comel2 kan peserta lawan. Masa main boling ni, kalau tak silap aku group kami yang menang. Ceay.. sedikit bangga di situ. "Kita kalahkan tuan rumah wehhh"
Ahli yang telah kepenatan. Aik main boling pun dah penat? Camne nak lawan tarik tali ni? ^__^
Cubaan kedua CC. (Cubaan kedua hanya dibenarkan jika anda dapat point untuk mara ke peringkat seterusnya) Adakah berjaya? (paling banyak botol yang tumbang pun 2 botol je (dari 5 botol kalau tak silap) Sabor jelah. Susah wei game ni.
Peserta paling hebat (tangga paling atas dari bawah) Gaya tak nak kalah tapi memang kalah pon :(
Abang baju hijau mengambil markah. Huhu.. siapa yang menang? *sebenarnya aku tak tahu siapa yang menang (secara individu) sebab aku dah blah masa ni. Lepak2 kat tepi je sebab aku tension tak dapat jatuhkan 1 botol air sekalipun. MENCIK! <-- semangat kesukanan semakin longgar (kalau baju longgar ke, seluar longgar ke syokla jugak -> petanda dah kurusla konon2) *eh apa ko ngarut nih? ^__^
Game seterusnya adalah tarik tali. Hah entry tarik tali ni aku update later k.
No comments:
Post a Comment