Friday, June 3, 2011

An Evening in Fun Fair

Stop seketika kisah percutian ke Sarawak. Next week aku sambung eyh. Hehe.. (suka2 hati je main langkau2 cerita) Sekarang nak cerita perihal tajuk di atas.

Ahad lepas kan Yang tidur kat rumah kami. So malam tu saje bawak Yang ke Fun Fair dekat Carrefour Kota Kemuning. Moh tengok gambor.

 Best giler naik buai ni (tapi tak naik pun)




Cari mana Izz?

 Hasanah dan abah

Mata terbeliak pandang apa la tu?

Si kecil tidak ketinggalan
 Ada Yang baru boleh ambil gambar berempat :)

Yang konon macho tapi kantoi ada kacang dalam plastik kat tangan. Hehe!

Actually fun fair ni start dari awal Mei hari tu. Last year pun ada. Sempat juga pergi walaupun masa tu tengah sarat mengandung. Pergi pun just temankan abah lepas gian nak main game 'gerenti dapat hadiah'. Macam2 game ada (game2 standard kat fun fair la) macam baling dart, cedok itik dalam kolam, tembak tin, baling gelung dalam botol air gas & macam2 lagi.

Fun fair rides pun banyak tapi kami tak cuba 1 pun kecuali Carousel Horse tu. Saje bagi Izz main (aku yang eksaited lebih, Izz biasa2 je) Nak bagi Izz main yang lelain tapi abah Izz takmo naik sekali. Takut gak bagi dia naik sorang, buatnya dia terjun kapal terobang tak ke bahaya? Mak Izz kalo slim dah lama naik temankan anak (dapat merasa sekali) Hehe..

Main game dapatla beberapa hadiah. Kunjungan sebelum ni asik dapat pen je, buhsan. This time dapat mug kecik, keychain bear & apa tah 1 lagi barang lupa pulak. Mahal gak nak main game, sebab 1 token cost RM2. Game paling murah pun kalau nak main kena 2 token, dah RM4. Setakat seronok2 bolehla.

Last year kami singgah fun fair di PD  hadiah game dia quite best jugak. Dapat Brick Game, puzzle & anak patung yang boleh consider size sederhana, takde la kecik besar ibu jari je.

Rasanya fun fair ni last hujung bulan 6 lah. Sesape berminat mohle datang Carrefour Kota Kemuning. Happening tau! Kaum bapa lepak dekat fun fair, kaum ibu leh shopping kain ela kat Nagoya dalam Carrefour. Eh korang dah shopping kain buat baju raya???

7 comments:

~AZALEA~ said...

baju raya dah settle... tinggal bayo jer... =)

Mak Izz said...

ye ke? beshnyerrr.. akak ni hantor tempah pn belom. kain br beli last week heheh!

Suzila said...

yezaa..... tmpt fov ak masa kecik2 dulu. Pantang klu ada fun fair tp x pergi. Mau mogok seminggu. hahahahah

MOHD FAHMI JAES said...

wah selamat bersiap hari raya

Mak Izz said...

suzi - wah ko kecik2 dh pandai mogok. nasib baik skrg keje sendiri, kalo x mesti bos ko tensi. hahaha.. (jgn ko mogok dgn mamak udahler) ^__^

fahmi - persiapan kaum ibu kena awal agar tidak kelam-kabut di saat2 akhir. haha poyonyer!

ummirayyan said...

izz da merasmikan baju baru...cun r kaler tu..harus ada 1 utk rayyan..tapi...da takder saiz...hehehh

Mak Izz said...

ummirayyan - izz sket2 nak baju bola, nak baju bola. adusss.. kena sorok ko! jgn bg nmpk kt mata dia. kalo x, nk lenjan bj ni je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!