Wednesday, March 23, 2011

Gathering Blogger di Penang


Tajuk nak hebat je. Hihi.. Kali ni pun aku nak bercerita secara ringkas jelah dipenuhi gambar2 menawan qalbu. Kesinambungan entry sebelum ini, dari kenduri kahwin di Kg. Terap, Kulim kami meneruskan langkah ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk berjumpa sahabat lama, si Ju.

Seminggu sebelum keberangkatan aku ke kampung, aku dah plan siap2 dengan Ju kalau ada rezeki nak berjumpa. Si Ju pulak sangatlah eksaited nak jumpa aku (eh tak tipu tau) dia siap ajak Nida, kawan dia di sana iaitu salah sorang blogger yang agak famous amos. Kebetulan pulak si Ju ada blog, aku pun ada blog, maka terciptalah tajuk di atas. Hahaha... gatai je kan. Merenyam no... (betul tak bahasa utara macam ni?)

Nida selaku tuan rumah berbesar hati membawa kami ke tempat makan paling menarik di sana iaitu PMC. Apa itu PMC? Kalau kat KL ni, PMC tu setahu kami Pantai Medical Centre. Tapi di utara PMC ni adalah Puncak Mutiara Cafe. Tidak ada kena mengena dengan hospital ok!

Kami berjumpa di Plaza Tol Kubang Semang atau pun Farizal salah sebut jadi Subang Kemang. Hikhik.. Then berkonvoi 3 kereta dikepalai oleh kereta blogger famous amos ke Kg. Pelet lokasi PMC. Dalam hujan renyai gerimis mengundang Zamani Slam kami berpayung anak-beranak ke tempat makan.


Panaroma yang indah. Kami memilih untuk duduk bersila/bersimpuh ala tradisional. Senangkan budak2 kata Nida. Akak yang comel ni tak kisah, ok je. Best apa duduk2 ni, lagi2 pulak pakai baju kurung macam akak. Sangatlah kemelayuannya terasa. Tapi kan, nak habaq gak.. berpuluh2 kali akak dok kalihkan kaki yang asik kebas pantang terhimpit. Huhu.. kantoi~ Tulah, badan mantaps sangat =)


Berkenalan dengan keluarga Nida, OP dan puteri comel mereka Zahra Sofia. Nida ni mak aiiii peramah yang amats. Ramah tamah macam bertih goreng. Sedap sangat dengar dia cakap utara, mentang2lah anak jati Penang. OP pun mesra walaupun pertama kali jumpa. Serasi la hampa laki bini. Cuma Sofia je nampak pendiam, mungkin sebab mama dia dah riuh so dia cover cun la. Lagi2 ada 2 hero idaman Malaya petang tu. Hehehe...


My best friend masa di politeknik dulu. Sekarang best friend juga tapi sekadar di alam maya :) Jarak jauh memisahkan kita tapi dunia siber berjaya merapatkan kembali ukhwah yang pernah terjalin satu ketika dulu. Eh apsal tiba-tiba puitis ni? Hehe.. Inilah Ju, mama Irfan si cilik yang comel (tengok Irfan pura2 tidur. Drama King sungguh!) Amboi Ezrie, tersenyum manis nampak apa la yang kelakar sangat tu ye. Hasanah! Macam mana boleh terlepas duduk atas riba Cik Ju tu? Budak ni memang tau. Suka sangat bermanja2 dengan orang yang baru kenal. Don't talk to stranger ok! Nasib baik depa ni bukan stranger. Hehe..

Dah jumpa haruslah borak2 kan. Jumpa Ju dengan Nida mana boleh tak borak sakan. Borak macam2 hal dari cerita perkenalan Ju dan Nida hinggalah perkenalan OP dan Nida. Eh2 kantoi pulak :) Mak-mak budak dok brok brek brok brek, pak-pak budak brok brek brok brek, anak2 buat hal masing2. Tapi dorang ni lambat betul nak warm up. Kami dah nak balik baru la nak main2. Tengok gambaq k.


Eh apsal Izz berjauhan dari merpati 2 sejoli tu? Izz teringat Hasanah kut. Hehe..

Borak punya borak hari semakin gelap. Makanan kami sampai agak lewat. Apa menu petang tu? Tak sempat snap gambar sebenarnya sebab asyik berborak. Tapi jangan risau, ku sajikan juga menu2 yang selamat masuk perut petang tu. Gambar dari official website PMC.



Aku dan Acik makan chicken chop. Ok tahu, ayam di atas bukan chicken chop. Tapi lebih kurang gini la kan. Hehe..

Aneka jenis sate disajikan. Ju dan Ezrie order sate ayam, daging, rusa dan arnab. Perghhhh... terbaeklah sate arnab! Lembut sangat dagingnya. Sedap hingga menjilat jari (tangan tau, bukan kaki). Ju takut2 nak makan sate arnab. Why dik non why???? Rugi tak makan tau!


Nasi beriani, ayam kampung (ok ini bukan ayam kampung) dan daging masala. Menu untuk abah Izz.


Grilled lamb chop untuk Nida dan OP. Lebih kurang ginilah, sama tapi tak serupa :)

Harga untuk semua food di atas termasuk minuman adalah RM117 (kalau tak silap aku la). Sesiapa yang teringin mencuba sesuatu yang berbeza (cewah...) menikmati hidangan di tempat yang penuh ketenangan, dikelilingi pohon-pohon menghijau dan ladang ternakan segar, mai la berkunjung ke sini. Pasti tidak kecewa!




PMC pada waktu malam. Cantik no...




Wajah mama/mak/anak/untie sebelum berangkat pulang. Awat aku paling besaq? *pasrah*




Tersenyum manis kerana dapat bertemu. Entah bila dapat berjumpa lagi?


Family photo! (Tak reti diam budak2 ni)

Menjelang maghrib kami pun berangkat pulang ke destinasi masing2. Kepada Ju dan Ezrie terima kasih banyak2 sebab sudi bersusah-payah mengatur masa untuk kita bertemu dan sudi perkenalkan akak kepada kawan Ju yang ramah tamah Kak Limah, Nida dan OP. Terima kasih jugak untuk ole-ole dari Singapore tu. Huishhhh... cenyum cimpul akak menatapnya. Kepada Nida, terima kasih tau sudi carikan port menarik untuk kita lepak2 petang tu. Mintak maaflah tak dapat nak singgah rumah, masa terhad. InsyaAllah lain kali akak p sana, kita singgah rumah sorang2 na. Jangan tak lalu nak layan sudah. Hehe..

Pertemuan dengan korang memang betul2 best & harap sangat dapat jumpa lagi lepas ni. Moga ukhwah kita berpanjangan dan kalau turun KL tu jangan malu2 roger akak k.

Usai pertemuan kami bertolak pulang ke rumah opah. Hujan lebat mengiringi sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, tiba dengan selamat. Malam tu tak larat dah nak keluar ke mana2. Duduk di rumah saje melayan mata. Esok nak berjalan lagi. Ke mana?

Tunggu next entry :)

::To be continued::

9 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wah.. best2!!! detailnya cite.. huhu.. terharu, sedih. .bila agaknya kita leh jumpa lg kn??

-oP_ida- said...

hihihihiih nak gelak nie...BECAKAP MCM BERTIG GORENG..dh kalah KERETAPI tanah melayu dak.....hahahahahah

tuhlaa kot kelebihan org utara...cepat mesera....hihihii
takleh malu--malu jenuh satg..... hujan tak berenti......

akak bikin nida sengeh senidiran kat depan monitoer nih....hahahah tak puaihlaa jmpak mlm tuh..nnti kita jmpak len nuh....INSYA'ALLAH

-oP_ida- said...
This comment has been removed by the author.
Mak Izz said...

jue - cite kena detail la br puaih (cey.. ckp utara nmpk) ada rezeki kita jmp lg, jgn sedih2 no...

nida - betoiiii. org utara mmg cpt mesra. lg2 hang nida! hehe.. betul2 len kali kta jmp lg k. take care :)

Deqna said...

wah sudah berjumpa blogger dari utara nie.. syoknya.. bila lah saya nak bertemu dengan blogger2 ni sumer yer....

Mak Izz said...

kebetulan balik kampung, kawan2 pn free xde program lain pakat jumpa la kami. k'deqna organize la gathering jemput bloggers. berduyun2 nk join nt. hehe..

~AZALEA~ said...

cam ne juju yg jauh akak leh jumpe, sy yg sekangkang kera ni tak jumpe2... uwaaaaa....

Mak Izz said...

salam puan azalea (sedap nama),

usaha tangga jaya diknon. kita ni kurang usaha nk jmp tu la pasal. wlupn hampir tiap2 minggu akak turun bkt. lanchung tp ttp x dpt bjmp saudari. lea bz ngalahkan menteri. gitew!

akak teringin nk p umh putrajaya. tp jaki payahhhhh sket nk ke sana. buatla makan2, nt akak pujuk jaki. wakakak! semoga kita berjumpa lagi :)

~AZALEA~ said...

Salam kembali....

ok, idea yg baik... nanti sy wat mkn2 yer... tp tetamu ny akak 1 family jer... ok??? ahaks!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!