Monday, March 7, 2011

Happy Birthday Izz!!! 2 Tahun Dah!

Salam,

Apa khabar pagi Isnin ni? Moga semua sihat dan ceria2 selalu. Maklumlah, hari Isnin selalunya hari 'mood lemah'. Dah 2 hari bercuti kan? Hehe..

Semalam 6 Mac 2011, genap umur Izz 2 tahun. Hoh yeh!! Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah kerana memanjangkan umur Izz, memberi kesihatan yang baik boleh makan dan minum dengan berselera, boleh bermain dengan cergas, boleh bercakap, menyanyi dan melompat tanpa memerlukan bantuan. Terima kasih Ya Allah kerana memberkati rezeki kami sekeluarga dan melimpahkan kasih sayang dengan banyaknya walaupun di saat gundah-gulana. Moga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhirnya. Amin...



Tidak seperti tahun lepas, tahun ni aku memang dah bercadang tidak mahu celebrate birthday Izz. Even beli kek makan2 among families pun aku rasa macam "Tak payahla". Nak sekalikan aje dengan birthday Hasanah bulan 6 nanti. Tak jauh pun gap, selang 3 bulan je. Jimat kos beb!

So semalam hanya lepak2 di rumah. Aku macam biasalah berhempas-pulas membuat kerja-kerja rumah, Farizal sibuk berperang dengan Izz dan Hasanah. Oh ye, demam Hasanah datang dan pergi. Bagi makan ubat, jelumkan kepala dan badan dengan towel basah, demam dia kebah. Tapi 4-5 jam lepas tu badan dia panas balik. Macam tu lah 2 hari ni. Bila demam kebah, bukan main aktif ketawa mengelekek tayang gigi 2 batang. Panjat sana sini, merangkak 1 rumah. Bila demam huhu.. sedih, lemah lesu je badan. Last bagi ubat malam tadi, pagi tadi bangun tidur tengok2 badan dia ok tak panas. Mintak2 biarlah sembuh terus. Tak sampai hati tengok keadaan dia.

Okeh berbalik semula kepada cerita Izz. Petang semalam, Along call bagitau nak singgah rumah. Nak pulangkan bantal katanya. Aku pulak memang dari sehari ke sehari nak ke rumah Along (selepas dia berkahwin ni). Bukan apa, ziarah-menziarahi kan amalan mulia. So tanya Farizal dia pun ok. Hasanah pun nampak sihat. Maka lepas solat Maghrib berbondong2lah kami ke rumah Along di Bukit Tinggi. Ala.. takdela jauh sangat dari rumah aku, naik kereta dalam 15 min dah sampai.

Sampai2 je rumah Along, terkejut u ols! Kemas dan bersih! Sebelum ni rumah bujang kan, what do u expect? Sejak ada isteri ni, alhamdulillah.. sejuk mata memandang. Seronok berkunjung ke rumah Along kali ni sebab dah ada bunga sebagai penyeri. Dah ada geng untuk borak2. Dah ada suri untuk layan tetamu datang. Hihi.. Siapa? Mak Long Izz lah. Tak sangka mereka belikan kek untuk Izz. Dia tahu bithday Izz 6 Mac. So, dari tak nak celebrate, ter'celebrate' jugak. Orang belanja, sukacita jelah kan. Tak payah cakap banyak, layan gambar je k.


Gambar terakhir gambar muka kami tersenyum kekenyangan (esp abah senyum sampai terpejam2 mata). Terima kasihla Pak Long & Mak Long sudi celebrate untuk kami, eh untuk Izz. Hehe.. Walaupun cuma small cake, simple menu & cuma kita berenam tetapi ia tetap meriah di hati kami. Thank you, thank you, thank you so much!

Kami doakan Pak Long & Mak Long murah rezeki dan cepat2 dapat baby. Hihi... Jumpa lagi Mak Long and Pak Long!

3 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wah bestnya.. ok la tu.. kek yg penting tu.. btw, happy besday to izz.. smg membesar sebagai anak soleh, bijak pandai, petah bekata2.. aminnn..

K.I.K.A. said...

untung umah dkt dgn tesco yg besar gler...mcm2 ada... XD

Mak Izz said...

jue - tu namanye rejeki. tq2!

izzah - a'ah, cashier tesco kentut pn bau. punyela dekat. mcm2 ada!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!