Friday, March 4, 2011

Tag: Lagu Yang Bukan-Bukan

Pagi tadi sementara menanti breakfast hadam dalam perut sempat aku blogwalking ke blog2 peberet. Singgah ke blog kawan lama masa praktikal dulu, Cik Norimaliza atau aku lebih suka panggil dia Kecik. Kenapa Kecik? Tengok fizikal pun tahu. Walaupun kecil tetapi hati besar tau!

Baca entry dia yang satu ni Tag:Lagu Yang Bukan-Bukan rasa terpanggil nak join sama. Hihi.. zaman kita kecil2 dulu memang banyak kan lagu2 tradisional yang ditokok tambah sendiri. Yelah, masa kecik dulu mana reti tulis lirik bagai. Dengar orang menyanyi kita pun ikut menyanyi. Tah betul tah tidak. Tak peduli pun. Janji bunyi lebih kurang sama! Hihi.. Jom dengar lagu versikus pulak.

Lagu Pertama

Assalamualaikum
Kum apa.. Kombat
Bat apa.. Batman
Men apa.. Mentol
Tol apa.. Tolak
Lak apa.. Laksa
Sa apa.. Sepak
Pak apa.. Pakcik
Cik apa.. Cicak
Cak apa.. Cawan
Wan apa.. One Two Three Four Five Six Seven Eight Nine Ten (fuh penat taip)
Ten apa.. Tembak!!!

Lagu tu sepatutnya habis di situ. Di mana pemain menembak rakan masing2 sehingga mati (kononnya!) Tapi sebab otak aku zaman kecik2 dulu tak puas hati dengan kematian partner, aku menokok tambah lagu tu.

Ten apa.. Tembak!
Bak apa.. Bak duit! (wah, kelihatan sedikit materialistik di situ)
Duit apa.. Duit raya
Raya apa.. Raya Haji
Haji apa.. Haji Bakhil (pengaruh P.Ramlee sangat hebat)
Bakhil apa.. Bakhil KEDEKUT!!!

Terhenti di situ! Tak tahu dah nk sambung perkataan apa lepas kedekut tu. Hehe.. tah pape je kan. Bak kata Kecik, tak berkaitan langsung. Who cares?

Lagu yang ke-2, aku belajar masa menghabiskan cuti sekolah di rumah sepupu di Kajang. Lagu ni nyanyi masa nak undi keluar pemain (untuk main kejar2 la biasanya) Rapatkan semua kaki pemain bentuk bulatan. Pastu sorang tunduk mencangkung dan tunjuk kaki masing2 guna jari telunjuk ikut pusingan. Eh masa tu tak kisah pun nak usik kaki kawan2 kan? Takde pun rasa geli ke haper. Walaupun masa tu masing2 dah banjir peluh yang confirm busuk masam. Hehe..

Mari perdengarkan lagu ini.

Lagu Kedua

Sang kancil keluar
Kalikulaka
Kapodepode
Iyya jenggut!

Apa maksudnya ek? Ada sesiapa tahu?

Lagu kat bawah pulak adalah lagu yang sering dimainkan secara beramai2. Syok wo. Very fofular ini game. Siapa tak tahu meh nak tarik telinga.

Dengar aku nyanyi dulu (korang bayangkan je la)

Lagu Ketiga

Jan jan jala.. jala itik jala ayam
Di mana lubang kancil, seratus lima puluh
Panggil Cik Lela makan pulut sirih pinang
Cik Lela junjung! Cik Lela junjung!!!

Apakah ertinya semua ini? Tak faham.. tak faham. Hehehe! Korang.. jom kita sama-sama ajar anak kita lagu2 ni. Yang pernah menjadi siulan kita masa zaman kecil2 dulu puluhan tahun yang lampau. Jangan hilangkan memori zaman kanak2 kita dulu. Jangan luputkan lagu2 tradisional kanak2 (walaupun banyak salah dari betul) di minda anak-anak generasi sekarang. Hehe.. patriotik sungguh!

Lagu terakhir sebagai penutup.

Lagu Keempat

Enjit enjit semut.. sape sakit naik atas
Enjit enjit semut.. sape sakit naik atas
Enjit enjit semut.. sape sakit naik atas
Enjit enjit semut.. sape sakit naik atas
(tiada kaitan dengan cerita HKLBR tau)

Motif lagu ni ulang2 sampai bila nak habis? :P Kalau main permainan ni mesti aku cubit tangan geng sekuat2 hati. Kalau boleh nak sampai tersiat kulit. Yelah, dorang pun cubit aku kuat2 gak. Mana aci? (estet...) <- salah satu jawapan klise zaman kecik2 dulu.

Apepun bila terkenang zaman kanak-kanak terasa sungguh begitu cepat masa berlalu. Bukan boleh kembali ke zaman lampau. Memori jelah jadi pengubat hati. Wahai kawan2ku zaman kecil sekalian.. di manakah anda?

Tata titi tutu..

4 comments:

lynaleng said...

sume lagu tu mengimbau kenangan lama masa kanak2..bestnyeee

ima said...

haha. uji buat tag aku lah!! terharu nya!!
btw uji, lagu kedua ko aku langsung takpenah dengar. lagu ketiga pulak macam lain version ngan aku punye. haha. tahpape je masa kecik dulu kan?

sentiasa rindu zaman kanak-kanak dulu kan?

Mak Izz said...

k'lyn - yeah.. tiba2 terasa tua :P

ima - la.. terharu ke? tag yg menarik harus dibuat. lagu kedua tu mmg aku hanya dengar dkt umh sepupu aku tu je. x pernah dgr kt tmpt lain. lain negeri, lain lagunya. mcm2!

owez rindu~

ummirayyan said...

hahaha..teringat masa skolah..men teng teng ngan yati gumuk..esehhh..kelakau bebs..

hmm lagu 2 tak pena dengau pun..lagu 3 & 4 tu slalu nyanyi kat rayyan..tom tom bak mak yung dek dek..penah dengar tak?!!

hmm sangat mengimbau lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!