Wednesday, March 23, 2011

Kenduri Kahwin Nuzhan

Sambungan entry semalam.

Sampai rumah pengantin matahari terpacak betul2 atas kepala. Panas yang amatttttssss. Pergi kenduri kahwin harus baju kurung selendang belit2, peluh merembes, badan melekit toksah cakaplah. Rambut si Izz dan Hasanah basah lencun macam kena siram air.


Baru sampai, belum keluar kereta lagi. Muka masih suci tanpa perpeluhan melampau. Konsep berpakaian hari ni baju kurung moden dengan selendang warna pelangi. Meriah!





Hasanah yang confused. "Eh mak, kita kan dah sampai. Kenapa duduk dalam kereta je?"




"A'ahla abah. Bila nak keluar ni? Izz dah lapar!"


Kita tunggu kawan abah la, Uncle Ramli. Isk isk anak2 aku ni. Tak sabar2. Dalam 5 minit menunggu, kawan abah pun sampai. Uncle Ramli, abah dan Uncle Nuzhan (pengantin) adalah kawan2 abah masa belajar di UTM dulu. Dari zaman bujang sampailah sekarang dah beranak-pinak, hubungan persahabatan masih utuh. Sekali sekala contact juga bertanya khabar memasing. Layan gambar jelah ye.




Makan time! Tudung oren wife uncle Ramli. Sebelah tu bibiknya mengendong anak bongsu mereka. Anak uncle Ramli 3 orang, sume gugurl.





Budak ni taknak makan nasik, minum air sirap je. Minum time!



Khemah tetamu. Pukul 12.30 tetamu mulai datang tak putus-putus.



Pas makan lepak2 menanti ketibaan pengantin. Jam baru 1 tengahari. Pengantin sepatutnya sampai dalam pukul 2 petang.



Muka gigih menunggu di bawah panahan mentari.



Budak tak reti diam. Dok kulu kilir lintas jalan. Lari sana, lari sini. Tukang kejar, Acik dan abah. Nasib baik aku pegang Hasanah, kalo tak... mak pun jadi tukang kejar. Tiba2 hujan rintik2 pulak. Terus kami berlari masuk rumah mak pak pengantin. Abah tak ikut, dia lepak2 dengan uncle Ramli kat luar.


Mula merangkak jelajah 1 rumah. Tersengih2 pandang belah sana. Pandang siapa tu?



Abang Izz yang diumpan lolipop perisa laici. Bila dah hujung2 ada rasa masam2 sikit terus taknak makan. Apa lagi, Mak Izz ambil alih la kan. Hahaha...



Oh... Hasanah sengih2 gedik dengan uncle/abang2 photographer ni ye. Suka betul bila uncle tu dukung. G-word!




Bukti rambut basah lenjun sebab peluh. Nasib baik dua2 tak meragam.


Tunggu punya tunggu punya tunggu, dekat pukul 3 baru pengantin sampai. Masa ni Mak Izz tak larat dah, rasa nak pengsan pun ada. So abah je yang snappy2 gambar pengantin. Malangnya gambar pelamin takde! Pelamin indahhhh sangat tau. Konsep English gabungan warna putih, pink dan purple. Arghhhh.. warna kegemaranku! Telan air liur jelah.



Ketibaan pengantin. Tema pakaian, putih & silver.




Pengantin lelaki, Nuzhan nampak slim dan kacak. Wifenya sangat CUTE!






Pengantin ada 4 orang. Nuzhan dan pasangannya. Adik Nuzhan (perempuan) dan pasangannya. Senang kenduri sekali 2 beradik kan, sekali harung orang kata. Puas tak tengok gambar pengantin?


Abis je snappy gambar ni terus kami beransur. Tak larat dah. Hasanah pun dah mengamuk2 agaknya tak selesa. Apa taknya dari pukul 12 sampai 3 petang duduk rumah pengantin. Kami terus beredar ke masjid sebelah rumah pengantin. Hehe.. nasib baiklah masjidnya dekat. Mandikan budak2 ni dan solat. Kemudian kami nak ke destinasi lain pulak sebelum balik ke rumah opah. Ke mana? Tunggu next entry k.

::To be continued::

5 comments:

-oP_ida- said...

comel pengantin perempuan tuh..
alamak ruginyaa takda gambaq peLamin

ummirayyan said...

hui..ah cun nyer...pakai le tudung belit2 bagai tu g opis..
hmm..gajin korang laki bini berpanas2..kat situ eh..pastu drive jejauh lak tu..huhhh..kalo FK..6 7 kali memikir..tak sanggup weh..

Mak Izz said...

nida - mmg comei. tu psl la jd pilihan Nuzhan kut. hehe..

rose - x smpt le nk membelit tdg pg2. kang terbelit sape susah? hehe.. ala FK lelaki metroseksual, of coursela x koser berpanas2. jaga imej beb!

Nur Irfan Juezrie said...

huhu.. tula.. syg gambar pelamin.. dgr wane mcm geram je..

Mak Izz said...

jue - syg kan ju. santekkkk sgt pelamin dia tau. bunga 2 pasu besaq. xtau la fresh flower ke x tp dari jauh mmg lawo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!