Tuesday, March 22, 2011

Hohoho Balik Kampung

Salam semua, bertemu lagi kita dalam blog Mak Izz Menulis. Takmo cite panjang2 nanti jari jemari runcing lenguh menaip. Entry kali ni cerita pendek2 aje ok janji faham. Pagi Sabtu sekitar jam 5 pagi, kami berlima (Farizal, aku, Acik, Izz dan Hasanah) bertolak ke rumah opah di Kuala Kangsar. Tengahari tu kami nak attend kenduri kahwin sahabat baik suamiku, Nuzhan di Kampung Terap, Kulim.

6.15 pagi sampai di R&R Tapah, berhenti untuk solat Subuh. Selepas 1 jam meregangkan urat pinggang yang tergeliat, baru teruskan perjalanan ke rumah opah. Sampai jam 8.30 pagi, tengok2 opah tengah cabut rumput kat laman rumah. Rajinnya! Opah sape tu? ^__^

Wajah2 lesu dan ceria masa baru sampai rumah opah. Tak perasan pulak dorang snappy2 gambar ni. Oh.. masa ni aku tengah busy menyapu dan mengemas ruang tamu. Kang nak baring2 tak sedapla ada habuk2 kan.



Di tangga anjung rumah opah. Makin usang aku tengok tangga ni. Tangga yang menggamit seribu kenangan.



Apa pesen selak2 baju ni? Gembira korang anak-beranak ye. Eden berpoluh2 menyapu kat atas tau.



Abang Izz yang ceria bila sampai kampung.


Hasanah yang confused. First time sampai kampung opah selepas dilahirkan. Erm.. umur 9 bulan baru balik kampung. Cucu sape nih?


Pukul 10 pagi abah dah bising2 marah mak sebab tak siap lagi. Hello.. i kena siapkan anak2 dulu ok. Haruslah ambil masa kan. Selepas bersiap2 dan breakfast nasi goreng (opah yang masak) kami pun bergerak menuju ke Kulim. Ikut highway je, senang! Dari Kuala Kangsar kami keluar ke Bandar Baharu, Kedah. Dari situ terus cari Pekan Serdang, rumah pengantin dekat2 situ. Tepat jam 12.05 tengahari kami dah terpacak depan rumah pengantin. Awalnya!


Eh tadi kata nak cerita pendek2. Apsal aku dah masuk cerita kenduri ni? Ok cerita kenduri next entry k.


::To be continued::

5 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wah.. next please!

Unknown said...

mengikut cerita dongeng sang farizal, gen2 kene kiss ek heheh

Mak Izz said...

jue - x sbr ko ye!

zaidi - yup. subuh sapi'e di RNR tapah ada seekor makhluk berbody tegap putih besau diyakini milik seorang pemuda cina telah mengkiss keta kami. tuan gen2 x sedor sbb tido (mampuih). bini tuan gen2 perasan keta mcm b'goyang tp leh bajet xde pape. kikiki.. (sebenornya takut pemuda cina tu salah sorg anggota kongsi gelap) tu psl wt xtau.

-anidaothman- said...

alahaii sianny...GEN2 kena kiss..terok dak kak???

Mak Izz said...

nida - kiss sipi2 je. nsb baik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!