Thursday, March 31, 2011

Rumah Kak Ngah

Balik dari kampung hari tu, singgah bermalam di rumah Kak Ngah. Fewwit... Rumah Kak Ngah ada perabot baru! Hehe.. ada la beberapa barang yang aku macam suka tengok. Jom tengok sama2. Sebelum tu nak pesan, abaikan sebarang ketidakkemasan rumah ye. Sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. Ekekek...


Meja & kerusi makan baru from IKEA. Aku suka sebab nampak 'country'. Aku suka tengok je, kalau nak beli design macam ni untuk rumah sendiri, tak kut. Hehe.. Siapa la makan bersepah2 tu kan? Larikkkk...



Rak kayu murah untuk letak rice cooker, electric kettle dan eh kenapa kettle ada dua? (baru perasan)



Ruang penyimpanan atas sinki. Rumah Kak Ngah berkonsep 'mampumilik'. Tak mampu nak buat kitchen kabinet maka beli rak besi ni then gantung je atas sinki. Memang kelihatan agak 'semak mata memandang' tapi if ada vitamin R (RAJIN) dalam badan, pinggan mangkuk boleh diatur lebih kemas dan teratur sekaligus menghasilkan imej yang lebih 'cantik dan indah'.



Pilihan langsir roman blind di bilik Dian. Entah kenapa aku tak terfikir nak buka lampu masa ambil gambar ni. Tak pasal2 gelap.



This is my favvyyyyyyyyyyyy things! Para bertingkat di kepala katil. Letak anak patung banyak2 (walaupun senget-benget). Cantik sangat menjadi hiasan kamar si gugurl! Rumah aku pun ada tapi takdela sampai 3 tingkat. 1 je pun jenuh nak buang habuk. Ekekek...



Ni almari lama tapi tetap juga nak ambil gambar. Aku suka sebab BANYAKNYA BUKU!!! Abang ipar dan Kak Ngah suka membaca. Jadi of courselah berlambak2 buku di rumahnya. Dan itu juga 1 sebab aku suka menyinggah ke rumah Kak Ngah sebab nak baca buku dan majalah bermacam-macam jenis. Macam aku cakap tadi, kalau ada vitamin R dalam badan, mesti rak buku ni boleh kemas dan teratur kan? Hehe.. Bilalah nak ada rak buku macam ni dekat rumah?



More shelves di bilik Ammar bertemakan warna biru. Masih kosong lagi para2 ni. Entah bila nak susun barang.



Last but not least langsir di bilik Ammar. Lampu buka tapi still gelap. Konsep roman blind jugak.


Gambar2 di ruang lain tak ambil sebab rumah sangat 'kemas'. Lain kali dah cantik2 aku snap & share kat sini ye. Btw rumah Kak Ngah di Perdana Park, Lembah Hijau, Rawang. Rumah flat je (tapi ada swimming pool tau) Eh dah lama tak terjun tiruk. Abah, jom swimming! Oklah tu je, bye...

8 comments:

Khairina Izzah Khoirul Anuar (KIKA) / -ina2210- said...

i loike all the wall colours....memikat kalbu.... =D
plus the IKEA stuff....urban & simple...i loike... =D

Kamariah Awang said...

Asal bahagia... hihihi.

Mommy Fara said...

sweetnye shelves tu....nie yg jadi sumber inspirasi...tp rumah sy masih sewa....so, macam membazir je...

Mak Izz said...

izzah - me loike tu tp certain colours je (yg dlm bilik suka) kt luar nehi! say no to orange & green!

k'kamariah - yup. asal bahagia ye kak.

fara - mmg sweet. rumah sy ada 1 (nk cite jgk kan). kalo rumah sewa tu... mmg kena fikir byk kali. bkn pe, takut dh pasang pastu tanggalkan nk gantung kt rumah sendiri nt takut conditionnya tidak selawa baru beli. buatnye ada pecah sana sini ke, erm.. last2 beli baru. mmg membazir namanye.

-oP_ida- said...

chantiklaaa.....sume tuh

alamak kain langsir tuh sama patern ngan BEG DIAPER sofia....hahahhahaaa

Mak Izz said...

nida - cantik tp kalo dikemas cantik2 susunannya jadi teratur lagi cantik! ye ke? kain langsir bilik 1st ke 2nd? fabrik dr Elyza tuh. kelessss diaper bag sofia. hehe..

Shy Lorenzo said...

para tu akak beli kat mane yea? and mane mana nak cari?

Mak Izz said...

shy lorenzo - para tu sume beli dkt ikea. murah2 jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!