Gambar2 ni semua dah ada di facebook aku, Adha Khalid. Tapi menggatal nak upload juga di blog, saja nak berkongsi dengan readers. Eleh letak 's' tu macamlah ramai nau reader. Hehe.. Sengaja aku letak tajuk sebagai Geng Nasyid 1Malaysia. Nak tahu kenapa, tengoklah gambar baru tahu.
Haha geng nasyidlah sangat... Baju sama tapi tak serupa. Macam2 fashion, janji bahagia! Wedding siapalah kami semua menyibuk2 ni ye? Siap dapat baju free lagi, bertuah betul kitorang!
Gadis2 ayu di muka pintu (nasib baik bukan di muka tembok).
Inilah tugas menyibuknyer. Jadi penyambut tetamu masa wedding anak Puan Aziah, one of our Deputy Director di Jabatan Penerangan nih. Tetamu sampai, salam2 peluk dengan kasih sayang (untuk wanita sahaja) kemudian beri mereka doorgift berupa homemade choc by ibu pengantin iaitu Puan Aziah sendiri. Kelesss.. choc mereka sangat sedap sehingga menjilat dinding! Doorgift untuk kanak2 juga adalah choc tetapi dihiasi gambar watak animasi Upin Ipin & Naruto. Hebat!!! Bebudak suko, mak budak terlebih suko!
Majlis perkahwinan gilang-gemilang anak dara sulung Puan Aziah dan Encik Mahadzir ni diadakan di Rumah PUSPANITA, Jalan Hose bersebelahan DBP. Pertama kali aku ke dewan ni dan tak sangka, dekorasi dalamannya tersangatlah indah. Tu yang gatallll je bergambar dengan bunga2 yang ada. Dulu aku kahwin buat dekat rumah, bunga2 beli sendiri je kat Mydin. Kasihan~
Gambar wajib haruslah di pelamin anganku musnah. Gambar serius! (kata jurufoto)
Ok now... freestyle!!! Tapi jurufoto kata muka aku buruk. Eh kata freestyle, sukati la nak buat muka buruk. Atau.. wajahku memang buruk? Sob..sob.. sretttt (sedut ingus)
Last but not least, gambar bebudak ni yang dicaptured oleh AKU! Bangga sebab aku rasa shot gambar ni cantik dengan limpahan cahaya lampu warna-warni dari atas pentas. Dan bunga besar sejambak berada pada paksi simetri foto. Fuhyo... ada bakat tak?
Ku akhiri entry Geng Nasyid 1Malaysia ini dengan gambar...
Doorgift untuk VVIP. Actually masa wedding hari tu aku terlupa nak amik gambar doorgift. Doorgift ni adalah doorgift yang diberi oleh bos aku. Puan Aziah bagi bos, bos bagi aku. Yeayyy!!!
Gambar pengantin takde sebab kitorang busy tawaduk menjalankan tugas. Gambar tuan rumah pun takde. Hihi... terima kasih Puan Aziah kerana sudi menjemput kami menjadi penyambut tetamu di majlis perkahwinan anak puan. Wedding anak yang seterusnya nanti jemputla lagi :) Selamat pengantin baru Shaqina & Shakur! Moga kalian kekal bahagia hingga ke akhir hayat. AMIN.
5 comments:
Tercari2 gambar PENGANTIN...-mk Enon
salam perkenalan! terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy...rajin-rajinlah dtg lag iye? =)
mak enon - pengantin lama kan ader. tengok jelah muka tembam i tu puas2.
mommy fara - salam! blog yang menarik harusssss rajin disinggah. insyaAllah :) kongsi idea & cerita mantop2 tau!
ijo mak izz yer..
tak lawe pun cokelat tu kat aku eh...
rose - ala lalingku cayang bucuk macam... lupa nak lawa. bkn pe, terbayang wajah2 kesayangan hamba berbelas2 org kt umh tu. smpi tlupa plak kt laling. jgn mare ye...
Post a Comment