Berkenalan dengan keluarga Nida, OP dan puteri comel mereka Zahra Sofia. Nida ni mak aiiii peramah yang amats. Ramah tamah macam bertih goreng. Sedap sangat dengar dia cakap utara, mentang2lah anak jati Penang. OP pun mesra walaupun pertama kali jumpa. Serasi la hampa laki bini. Cuma Sofia je nampak pendiam, mungkin sebab mama dia dah riuh so dia cover cun la. Lagi2 ada 2 hero idaman Malaya petang tu. Hehehe...
Dah jumpa haruslah borak2 kan. Jumpa Ju dengan Nida mana boleh tak borak sakan. Borak macam2 hal dari cerita perkenalan Ju dan Nida hinggalah perkenalan OP dan Nida. Eh2 kantoi pulak :) Mak-mak budak dok brok brek brok brek, pak-pak budak brok brek brok brek, anak2 buat hal masing2. Tapi dorang ni lambat betul nak warm up. Kami dah nak balik baru la nak main2. Tengok gambaq k.
Eh apsal Izz berjauhan dari merpati 2 sejoli tu? Izz teringat Hasanah kut. Hehe..
Borak punya borak hari semakin gelap. Makanan kami sampai agak lewat. Apa menu petang tu? Tak sempat snap gambar sebenarnya sebab asyik berborak. Tapi jangan risau, ku sajikan juga menu2 yang selamat masuk perut petang tu. Gambar dari official website PMC.
Aku dan Acik makan chicken chop. Ok tahu, ayam di atas bukan chicken chop. Tapi lebih kurang gini la kan. Hehe..
Aneka jenis sate disajikan. Ju dan Ezrie order sate ayam, daging, rusa dan arnab. Perghhhh... terbaeklah sate arnab! Lembut sangat dagingnya. Sedap hingga menjilat jari (tangan tau, bukan kaki). Ju takut2 nak makan sate arnab. Why dik non why???? Rugi tak makan tau!
Nasi beriani, ayam kampung (ok ini bukan ayam kampung) dan daging masala. Menu untuk abah Izz.
Grilled lamb chop untuk Nida dan OP. Lebih kurang ginilah, sama tapi tak serupa :)
Harga untuk semua food di atas termasuk minuman adalah RM117 (kalau tak silap aku la). Sesiapa yang teringin mencuba sesuatu yang berbeza (cewah...) menikmati hidangan di tempat yang penuh ketenangan, dikelilingi pohon-pohon menghijau dan ladang ternakan segar, mai la berkunjung ke sini. Pasti tidak kecewa!
PMC pada waktu malam. Cantik no...
Wajah mama/mak/anak/untie sebelum berangkat pulang. Awat aku paling besaq? *pasrah*
Tersenyum manis kerana dapat bertemu. Entah bila dapat berjumpa lagi?
Family photo! (Tak reti diam budak2 ni)
Menjelang maghrib kami pun berangkat pulang ke destinasi masing2. Kepada Ju dan Ezrie terima kasih banyak2 sebab sudi bersusah-payah mengatur masa untuk kita bertemu dan sudi perkenalkan akak kepada kawan Ju yang ramah tamah Kak Limah, Nida dan OP. Terima kasih jugak untuk ole-ole dari Singapore tu. Huishhhh... cenyum cimpul akak menatapnya. Kepada Nida, terima kasih tau sudi carikan port menarik untuk kita lepak2 petang tu. Mintak maaflah tak dapat nak singgah rumah, masa terhad. InsyaAllah lain kali akak p sana, kita singgah rumah sorang2 na. Jangan tak lalu nak layan sudah. Hehe..
Pertemuan dengan korang memang betul2 best & harap sangat dapat jumpa lagi lepas ni. Moga ukhwah kita berpanjangan dan kalau turun KL tu jangan malu2 roger akak k.
Usai pertemuan kami bertolak pulang ke rumah opah. Hujan lebat mengiringi sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, tiba dengan selamat. Malam tu tak larat dah nak keluar ke mana2. Duduk di rumah saje melayan mata. Esok nak berjalan lagi. Ke mana?
Tunggu next entry :)
::To be continued::
9 comments:
wah.. best2!!! detailnya cite.. huhu.. terharu, sedih. .bila agaknya kita leh jumpa lg kn??
hihihihiih nak gelak nie...BECAKAP MCM BERTIG GORENG..dh kalah KERETAPI tanah melayu dak.....hahahahahah
tuhlaa kot kelebihan org utara...cepat mesera....hihihii
takleh malu--malu jenuh satg..... hujan tak berenti......
akak bikin nida sengeh senidiran kat depan monitoer nih....hahahah tak puaihlaa jmpak mlm tuh..nnti kita jmpak len nuh....INSYA'ALLAH
jue - cite kena detail la br puaih (cey.. ckp utara nmpk) ada rezeki kita jmp lg, jgn sedih2 no...
nida - betoiiii. org utara mmg cpt mesra. lg2 hang nida! hehe.. betul2 len kali kta jmp lg k. take care :)
wah sudah berjumpa blogger dari utara nie.. syoknya.. bila lah saya nak bertemu dengan blogger2 ni sumer yer....
kebetulan balik kampung, kawan2 pn free xde program lain pakat jumpa la kami. k'deqna organize la gathering jemput bloggers. berduyun2 nk join nt. hehe..
cam ne juju yg jauh akak leh jumpe, sy yg sekangkang kera ni tak jumpe2... uwaaaaa....
salam puan azalea (sedap nama),
usaha tangga jaya diknon. kita ni kurang usaha nk jmp tu la pasal. wlupn hampir tiap2 minggu akak turun bkt. lanchung tp ttp x dpt bjmp saudari. lea bz ngalahkan menteri. gitew!
akak teringin nk p umh putrajaya. tp jaki payahhhhh sket nk ke sana. buatla makan2, nt akak pujuk jaki. wakakak! semoga kita berjumpa lagi :)
Salam kembali....
ok, idea yg baik... nanti sy wat mkn2 yer... tp tetamu ny akak 1 family jer... ok??? ahaks!!!
Post a Comment