Thursday, March 31, 2011

Wajah2 OTW Balik KL

On the way balik KL, singgah sebentar di Parkson Ipoh untuk makan2 menghilang lapar dan dahaga. Restoran Uncle Kenny Rogers (KR) pilihan hati.


Eh sebelum tu bergambar dulu di rumah opah. Hasanah dan cekak ribbon emas barunya. Muka monyok sebab sedih nak berpisah dengan opah. Hasanah pakai cekak ni ok, dia tak tanggalkan TAPI abang Izz dengki. Sekejapan dia tarik cekak ni bawak lari. Tak dapatlah Hasanah nak melaram lama2. Sabor jelah mak Hasanah!


Saksikan wajah aku yang besar gedabak perasan cun. Tersenyum gembira sedang menanti hidangan tiba. Aku suka servis kat sini, cepat dan pantas tak macam KR di Maju Junction. Padahal customer sama banyak je.


Abah menjeling & Hasanah duduk santai. Eleh macamlah adik boleh makan ayam.


Tak lupa Acik yang sentiasa ayu dan bersifat ayu. Terima kasih sudi ikut kami balik kampung a.k.a tolong sama handle budak2. Nanti Kak Uji bagi hadiah spesel. Apa la tu?


Eh rupa Hasanah macam boboi kan? Tu pasal le aku pakaikan cekak ribbon emas tu supaya kelihatan gugurl.


Minum susu jelah dik. Lelain biar kami yang makan. Gambar makan2 takde sebab masing2 dah kelaparan. Waktu bersantap mesti fokus.


PERHATIAN: Gambar Izz takde sebab masa ni dia membuat perangai taknak duduk diam2. Sibuk je nak turun dari kerusi dan lari2. Malaslah nak cerita lebih2 nanti orang kata aku merungut jaga anak :)


Selesai makan, sempat jalan2 tawaf Parkson. Kebetulan F.O.S ada sales. Beli baju Hannah Montana kaler pink untuk Hasanah sepasang RM7 je. Pastu agaknya memang rezeki aku dan abah Izz kami dapat beli tshirt RM11 buy one free one. Yeay... gumbira tak terkata sebab kain memang kualiti 100% cotton. Aku beli 1, abah Izz amik 1 yang free tu.


Kemudian teruskan perjalanan pulang ke rumah (tapi tak balik rumah lagi, singgah rumah Kak Ngah di Rawang). Next entry cerita pasal rumah Kak Ngah k. Bye bye!


4 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

tomeynya shanah dgn cekak di kepala.. tak bercekak pun comey.. maintain cute dia la.. eee... geram...

Mak Izz said...

huhu.. bayi sume pun comel. mak bayi kena touch up tebai2, jaga muka produk ratus2, br maintain comel. kalo geram apa lg, kasi hadiah kt irfan adik girl 1. hehehe... lg byk lg bgs.

-anidaothman- said...

hasanah ComeLLL..........
geram ngan Pipi ibu dia..tetiba??hahahhahahaa

Mak Izz said...

nida - comel mcm sofia jgk. geram dgn pipi ibu dia??? OMG!!! *terus tersipu2 malu*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!