Wednesday, March 16, 2011

Tumit Kaki Pecah? Merekah?

Sob..sob.. bila berbicara tentang tajuk di atas rasa macam mahu sembunyikan kepala di dasar tanah. Masalah tumit kaki pecah dan merekah betul2 buat hidup tidak sempurna. Ibarat Siti Nurhaliza kehilangan suara merdunya. Ibarat Mawi kehilangan auranya. Aku perasan tumit kaki aku mulai kasar sejak awal tahun 2000. Masa tu usia baru nak menginjak ke angka 18. Usia tengah masak ranum tapi tumit kaki dah pun buruk :(


Ni tak lain tak bukan mesti sebab pakai but getah 8 jam tanpa henti masa kerja kilang lepas SPM. Eceh, salahkan pekerjaan pulak. Padahal memang malas sapu lotion. Eh, bila tulis kat sini baru aku perasan. Kalau tumit kaki aku start kasar dari tahun 2000, sekarang dah 2011. Ya Rabbi... dah lebih 10 tahun tumit kaki aku tua sebelum waktunya. Haish... patutla makin lama makin buruk aku tengok. Cerita saja tak guna. Korang tahu ke tumit kaki pecah tu macam mana rupanya. Mana yang tak tahu mungkin keturunan jenis kulit cantik (keturunan Puteri Gunung Ledang ke) meh tengok gambar di bawah.


Iey.. buruknya tumit kaki orang ni. Tumit kaki aku agak2 buruk camni tak? Hehe.. soalan berani mati.

Macam2 cara saya dah cuba masa muda2 dahulu. Genyeh dengan berus lembut, berus kasar, berus dawai tak jalan. Sagat pada lantai yang kasar macam jalan raya 10 tahun tidak berturap pun tak berjaya. Cuba pulak sapu lotion bayi, lotion kakak, lotion mak masih gagal mengembalikan tumit kaki menawan. Sapu pulak cracked heel cream pada waktu malam sebelum tidur, sarung setokin lagi konon2 nak cairan cream meresap dahsyat ke dalam kulit tanpa gangguan. Hem semua cara2 tu takkan berjaya jika aku/kau/dia/cik Bedah yang mengalami masalah tumit kaki pecah dan merekah ni TIDAK KONSISTEN mengamalkannya. Apa benda jelah pun, kalau kau buat kau pakai tapi tak amalkan memang susahlah nak berjaya. Apatah lagi tumit kaki degil macam aku ni. Hem...

Nak kasi nampak ilmiah sikit entry kali ni, maka aku copy paste sedikit info tentang Cracked Heel. Asal nak ilmiah je kena bahasa omputeh ye. Hehe.. Dah tu yang kuar dulu selepas digoogle. Baca jelah ye, asalkan faham.

Cracked or fissured heels is a frequent problem found around the rim of the heel in women more than men. The cracks may be superficial or deep involving many layers of the skin. The skin on the soles of the foot and palms of the hands has a 5th layer which is one layer more than the rest of the body. This layer is called the Stratum Lucidum. This is a layer to add density to protect the palms and soles. In severe conditions, the cracked areas of skin may bleed.

Cracked heels are mostly present during dry winter months. Diabetes, obesity, poorly fitting shoes and decreased sweating can cause this problem.

This problem can be treated by superficial debridement of the hyperkeratosis or callous followed by the use of prescription strength 40% Urea creams. It is also important to use correctly fitting shoes.

Oh.. betullah aku teka tadi. Punca tumit kasar aku ni berasal dari pemilihan kasut yang salah! Dah tentu2 kerja kilang kena pakai uniform, terpaksale pakai but getah berkuap tu. "Hey Ji, jangan tipulah, takat keje kilang tak sampai 2 bulan tu takkan jadi faktornya. Entah2 tumit kaki ko buruk sebab perkataan yang bermula pada huruf O tu tak?" Huruf O? Larikkkkkk...

Tadi BW ke blog2 peberet, mata tertancap kepada sesuatu yang memang sudah lama aku cari. Eleh.. sebenarnya boleh je nak google pasal benda ni. Tapi memang tak teringat. Apa taknya, asyik mengadap kerja siang malam of coursela tak tercari. Boleh percaya ke mengadap kerja? Hehehe...

Petua Mengatasi Kulit Pecah dan Merekah

Petua 1 : Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu untuk mendapat kesan yang memuaskan.

Petua 2 : Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Petua 3 : Gosokkan tumit kaki yang merekah pada permukaan simen yang kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Sewaktu menggosok tumit pada simen, jangan terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

Petua 4 : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.


Yeay.. pasni harussss tumit kaki aku akan cantik menawan macam pipi Siti Nurhaliza.



Notakaki: Kalau TAK KONSISTEN tiada gunanya! Selamat mencuba bagi mereka yang senasib dengan aku! Have a nice heel :P

4 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

uji...akak pun mengalami masalah yg same gak...kalau teruk sgt tu sampai takut tgk kaki sendiri, huhuhu....akak serasi dgn minyak franch oil, bubuh jer kat situ time nak tido, seminggu bubuh, alhamdulillah, hari ke 7 dah ok....cuba la....

Mak Izz said...

terbukti ye kak. erm.. saki baki bio oil ada lg lebih mengandung dulu2. rasanye blh ganti franch oil kan kak? tp mcm sy ckp "kalo x istiqamah, x bkesan juga" huhu..

armouris said...

lagi info tentang tumit kaki di SIHAT SELALU - Angel Foot Lembutkan Tumit Kaki Dalam 5 - 7 Hari

Mak Izz said...

armouris - sy dh bc psl Angel Foot tuh. iewwww... takutnye nk menghadapi saat2 pengelupasan kulit. cara terbaik nak cover malu kalo kulit tumit tak cantik adalah dengan memakai stoking ketika keluar rumah. hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!