Thursday, March 10, 2011

Sesi Bertemu Artis

Wakakak! Tajuk tak boleh blah! Selalu mesti ayat 'Sesi Bertemu Peminat'. Tak bagus.. tak bagus.. kali ni bior lain sikit.

Semalam selamat membeli-belah lagi di Lobby Sime Darby. Aku beli cekak rambut untuk Izzah dan Hasanah. Buy 2 RM5 only. Harusss... beli! Beli buku gak untuk Izz. Harga buku RM9.90 dapat less 10% (korang congakla sendiri ye). Gambar2 aku upload kemudian sebab handphone tertinggal kat rumah la pulak.

Tengahari tadi seperti yang dijanjikan, penyanyi Aizat Amdan datang ke Lobby Sime Darby untuk buat show selama 2 jam. Slot Aizat In Person dari jam 12 hingga 2 petang. Memandangkan aku ni staff gomen yang berhemah tinggi, pukul 1.10 baru terhegeh2 ke sana. Dan pada ketika itu.. Aizat sedang mendendangkan lagu ......... (taktau lagu aper) secara unplugged. Main gitar je weh. Terbaek!!! Punyala ramai orang, penuh! Padahal semalam dengan kelmarin idokler seramai itu. Semua datang nak tengok Aizat!


Tu dia... Aizat kurus abis! Dalam tv nampak macam kurus biasa2, tapi memang kurus betul dia ni (banding dulu2 la kan, zaman chomel berentap dalam AF dulu) Abes 1 lagu, Aizat bagitau nak nyanyikan lagu terakhir. Ala... tiba2 terakhir ni. Padahal aku yang turun lambat. Dia nyanyi lagu PERGI..... wow!


Kat bawah tadi aku perasan Aizat ni macam malu2 kuceng (jantan) masa perform. Pasal apa dik? Hang terkujat ke tengok sambutan dari akak2, mokcik2, tok2, tin2 kat ofis ni??? Toksahla malu2 kucen (betina pulak). Hang tu kan artisss... Mesti ramah tamah tanpa kompromi tau! Dari jauh nampak rendah je Aizat ni kan? Tapi bila berdiri sebelah, ok dia lebih tinggi dari aku.


Walamak... Tengok muka bangga aku amik gambar dengan Aizat. Aizat pulak muka terkejut senyum kamben. Mesti dalam hati dia dok sebut "Apsal makcik ni teringin sangat nak bergambar dengan aku?" Fine Aizat, FINE!!! *Sedih gambar ni kabur. Huhuhu... Aizat, please lapkan airmata akak ni. Akak tau, bukan makcik! ^_^


Teman sosial aku haruslah Cik Ros merangkap photographer tak profesional. Tu pasal gambar kabur. Salahkan kamera husband dia!


Aku pun teringin juga. Ingat senang ke nak bergambar dengan banner Aizat Amdan ni. Bukan 1 tapi 2 ok.


Yup, gambar perempuan tak sedar diri muka gebu gebas cam pau Yik Mun di atas adalah peminat Aizat secara tiba2. Hehe.. mentang2 dapat jumpa Aizat, terus minat Aizat. Cuba kalo show tadi Pah Aini yang datang, terus jadi peminat Tok Pah. Wakakak!

Selain daripada show Aizat yang dabomb tadi, ada juga pemeriksaan kesihatan oleh pelajar2 nursing dari Kolej Masterskill. Aku dengan Cik Ros harus mencuba, benda free kan sape taknak. Dorang check BP, blood sugar, jenis darah, BMI & peratus lemak dalam badan. Untuk diri aku, confirmlah bab BMI dan peratus lemak tu failed! Tengok rupa pun tahu kan.

Ape pun, program anjuran NIEW ni (sebelum ni aku cakap anjuran Sime Darby, silap tau) memang bestlah. Katanya jumpa lagi Open Day 2012. Adakah office aku masih menyewa pejabat di Bangunan Sime Darby ni? Idokler teman tahu.

Dah dah.. pergi buat kerja! PERGIIIIII....

6 comments:

lynaleng said...

aizat..aizat..aizat..kasi ghegarrrrrrrrr hehehe

Nur Irfan Juezrie said...

wah.. ingat tak bergambar dgn aizat..rupa2nya ada nok!! hihi..

Kamariah Awang said...

Wah, macam tak percaya..! Tak tanya ke petua camane cara dia kuruskan badan?! Salam ziarah...

jackapron said...

Amboi2.. begambar sakan yer!

Anonymous said...

Ji, Aizat terlebih kurus ke? Nmpak berisi u....hehehe suruh komen sgt-Kak Eja@Mak Enon hahaha

Mak Izz said...

amboi.. bila cite psl artis tiba2 ramai komen ye. kiki.. meh nk jwb.

k'lyn - skrg aizat kasi gegar dgn sore dia je. nk gegar dgn bdn x leh dh, slim melim.

jue - harus bgmbr! wlupun bsesak2 dgn bdk2 lain (ada bdk2 sekolah ms tu) tp tetap bjaya tampil ke sebelah aizat. jiwa mesti kental!

k'kamariah - tak sempat tanya kak, org lain bertolak2 nk bgmbr dgn aizat. haishh... terima kasih sudi singgah blog sy :)

jack - of cosh laling!

k'non - hihi... i cite psl aizat br u nk komen ye. a'ah aizat sgt kurus, mgkn lg kurus dr u. hihi.. i mmg makin berisi. cuma jrg2 upload gmbr berisi. wakakak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!