Eh boleh pulak sampai entry 2 tajuk yang sama. Hehehe.. penangan contest punya pasal, pisang pun boleh jadi nangka!
Seperti biasa, letak banner dulu.
Seperti entry terdahulu, saya memang ibu kandung kepada nama bayi yang bakal dipertandingkan. Juga seorang blogger. Kalau bukan blogger, mana datangnya entry ni kan? (soalan perangkap) Hehe..
Nama anak kedua saya ialah .....
NUR IZNI HASANAH binti Farizal
NUR - Cahaya
IZNI - Kebenaran
HASANAH - Yang Baik/Yang Lawa
Siapa pilih? Mengapa pilih?
Nur - Bermaksud cahaya. Abahnya yang pilih. Mungkin abah ingin anak gadisnya memiliki akhlak yang mulia, jiwa yang bersih dan terang hatinya seterang cahaya bintang di langit! Atau mungkin juga abah ingin mengabdikan nama permulaan isterinya (aku la tu) sebagai nama hadapan anak-anak gadisnya.
Izni - Saya yang pilih. Sebab nama blog saya ialah Mak Izz Menulis. Maka.. mestilah nama anak-anak saya ada perkataan IZ. Hehe.. gurau jelah. Saya pilih Izni kerana nama itu lain daripada yang lain. Selalu nama Azni lebih gemar menjadi pilihan nama anak-anak. Maksud Izni adalah kebenaran. Saya mahu anak saya menjadi insan yang membenarkan kata-kata saya, seorang yang bercakap benar dan mempunyai sikap yang benar (tidak hipokrit).
Hasanah - Kami berdua sepakat memilih nama ini. Moga Hasanah menjadi insan yang baik budi pekerti, baik akhlak, baik tingkahlaku, baik tutur kata, baik menjaga maruah dan baik segala2nya. Moga Hasanah mempunyai sifat yang lawa, sempurna di mata dan di hati, suara yang merdu mengalunkan ayat suci Al-Quran dan cantik menjaga solat dan amal ibadat! Amin...
Hasanah fresh from oven! (pengikat kepala ala Bienda. Hehehe)
Maklumat lanjut tentang contest klik sini!
Moga ada rezeki juga untuk anak gadisku, NUR IZNI HASANAH :)
3 comments:
cute baby girl. semoga berjaya dan tq join yeee
gudluck channah & abg izz
mak izz..kalo bersalin kat HUKM mesti ikat pale camtu kan..pastu bile da terbukak aku nak pasang balik tak tau da..hehheee..rayyan dulu camtu la...
ezan - tq. kalo ezan bg chance menang, menangla akak. hehe..
ros - tq ros! a'ah x reti nk psg balik kan? x tokoh nurse lgsg kita nie :)
Post a Comment