Thursday, March 17, 2011

Ceramah oleh Ustaz Dzulkarnain Astro Oasis

Hari ni hari sibuk sedunia bagi warga ofis aku. Bahagian aku handle function petang ni di Hotel Legend. Walaupun tidak terbabit secara langsung, tempias air liur kena jugak la dekat aku kan selaku PA terhebat. Sambil2 kena tempias, aku kena arrange preparation bos yang bakal terbang ke Sabah esok sampai hari Isnin nanti. Tiket flight pagi tadi baru ambil dari bahagian kewangan, orang Sabah call pulak bagitau nak buat majlis makan malam untuk bos malam esok. Duh.. sempat ke? Tentatif belum masuk lagi ke mesin fax aku. Entah2 bos dah ada agenda tersendiri tak? Tambah sibuk lagi bila pagi tadi ada 4 ceramah. Diulangi!!! 4 ceramah ok. Aku sempat pergi 1 ceramah je, ikutkan hati memang la nak dengar semua ceramah tu. Abes tu.. dah sibuk macam2 hal, memang takde chancela. Turun dewan jam 10.30 pagi, masa tu Ustaz Ustaz Dzulkarnain Hamzah Al-Hafiz, Pengacara Kalam Suci Astro Oasis tengah bagi ceramah. Siapa yang tak kenal ustaz tu silalah google nama dia ye. Popular tau. Pasal apa popular? Memang mantaplah ceramah dia tadi pasal Maulidur Rasul.

Antara kandungan ceramah dia banyak menerangkan tentang perjuangan Rasulullah SAW kepada umat Islam. Apa yang Rasulullah bawa melalui Islam kepada kita? Ada 3 perkara. 1) Akidah 2) Ibadah dan 3) Akhlak. Ustaz BANYAK KALI berpesan, zaman Rasulullah dulu, bersungguh2 Rasulullah perjuangkan akidah umat Islam. Ajar ibadah. Ajar akhlak yang baik. Sempat juga ustaz berkongsi cerita. Katanya mengapa dulu Parameswara memeluk agama Islam sedangkan orang Portugis, Inggeris dan India sampai dulu ke tanah Melayu? Mengapa Parameswara tidak memeluk agama Kristian dan agama Hindu. Mengapa dia memilih agama Islam? Kerana.. Parameswara tertarik dengan akhlak pedagang2 Arab pada ketika itu. Mereka mempunyai akhlak yang baik, jujur dalam berniaga, tidak menipu timbangan dan sebagainya. Punyalah besar kesan akhlak yang baik itu kepada manusia. Maka pesan ustaz, janganlah kita sekali-kali merosakkan semua tu. Kalau sayang Rasulullah, marilah kita sama2 memartabatkan akidah, ibadah dan akhlak. Marilah kita sama2 menegakkan syiar Islam. Apa itu syiar? Lambang kebesaran, keagungan atau kemuliaan. Atau dalam bahasa Inggerisnya adalah greatness.

Ustaz Dzulkarnain bercerita juga tentang salah seorang sahabatnya dari Mesir yang pernah datang ke Malaysia sekitar tahun 1984. Dia tidak percaya bahawa Malaysia adalah negara Islam. Katanya tidak ada apa2 syiar yang melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Pada ketika itu, beliau menginap di Hotel Holiday Inn (kini dikenali sebagai Hotel Concorde di Bukit Bintang). Persekitaran hotel tidak memperlihatkan Islam. Persekitaran kawasan Bukit Bintang juga tidak memperlihatkan Islam. Namun apabila tiba waktu solat, kedengaran azan dari masjid yang berdekatan. "Ya, Malaysia adalah negara Islam". Syiar yang berupa laungan azan dari masjid itu terus membuka fikiran sahabatnya bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Ustaz ni mengaji punyalah sedap, suara memang ada masa depan orang kata. Hehe.. dan tak disangka ustaz adalah sangat lucu!!! Sempat dia menitipkan beberapa kisah tentang keadaan rakaman untuk rancangan Kalam Suci di Astro Oasis. Macam2 cerita. Walaupun diselitkan dengan lelucon diikuti deraian gelak tawa penonton yang tidak kering gusi, namun cerita2 ustaz semuanya memberi pengajaran. Akhir kalam ustaz, pesannya janganlah kita meninggalkan majlis ilmu kerana dengan ilmulah kita tahu hukum dan tahu samada perkara itu benar atau pun salah. Pembezaan antara perkara benar dan salah inilah yang akan membantu kita menjaga akidah, ibadah dan akhlak.


Ustaz Dzulkarnain Hamzah yang kacak. Hihi.. Rerajin tontonlah chanel Astro Oasis ye. Ataupun dengar ceramah ustaz di youtube. Semoga kita semua beroleh manfaat. AMIN.

2 comments:

ummirayyan said...

noks..thanks share ilmu keagamaan ni...aku tak sempat dengar la ritu..

Mak Izz said...

rose - ko sibuk jd peniagawati berjaya time tu. tu la pasal. xpe2. ceramah ilmu falak bila nk share dgn aku?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!