Tuesday, September 1, 2009

Selendang

Seorang lelaki sedang mundar-mandir di pasar. Menjenguk dari satu gerai ke gerai mencari selendang yang paling cantik untuk buah hatinya.

"Pakcik berapakah harga selendang ini?"

"RM1.20 je nak"

Lelaki itu meraba2 koceknya. Mengeluarkan kepingan syiling. Satu.. dua.. (dan terus mengira jumlahnya)

"Tapi saya cuma ada 90sen sahaja pakcik"

"Kalau 90sen tak bolehlah. RM1 pakcik boleh bagi"

Lelaki itu berubah wajahnya menunjukkan riak kesedihan (barangkali ingin memancing simpati pakcik penjual selendang itu)

"Tapi pakcik, saya cuma ada 90sen. Bolehlah pakcik"

Tiba2 ada seorang hero datang menghampiri lelaki itu. Dia menyerahkan lagi 10sen mencukupkan RM1 dan membolehkan lelaki itu membeli apa yang dihajatinya. Yay, selendang berjaya dibeli.

Persoalannya di sini:

Di gerai manakah saya boleh memperoleh selendang berharga RM1.20 atau RM1 selepas diskaun?

Masih adakah selendang berharga RM1?

Ok.. korang sume tak payah berangan2 ye. Selendang sekarang paling murah pun RM3 tau! Dialog di atas adalah salah 1 scene dalam filem Sarjan Hassan. Malam tadi aku tengok cite ni dengan Acik. Sambil2 enjut Izz dalam buai, sambil2 aku tengok. Kebetulan time tu scene beli selendang ni kuar.

Aku dengan Acik ketawa berdekah2 bila dengar harga selendang tu hanya RM1.20. Yelah aku bajet2 harga RM10 ke.. RM15 ke. Tapi RM1.20 ok! (zaman tu RM1.20 dah kira mahai) *Macamla aku idup zaman tu. Aku agak2 jelah. Tapi Hassan tak mampu nak beli selendang tu sebab dalam kocek dia cuma ada 90sen. Cuba kalau zaman sekarang macam tu? Ada ke perempuan2 nak berboifrenkan Hassan?

*Sempena hari merdeka, cite kat tv pun tayang cite2 pejuang jelah. Layan....

1 comment:

fahmijaes said...

ooo cam tu cite dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!