Friday, September 11, 2009

RM250 - alhamdulillah...

Semalam busy di Angkasapuri, tak sempat nak update entry pasal RM250 ni. Huhu.. setelah mendengar khabar angin sejak minggu lepas, akhirnya RM500 sebagai bayaran khas kewangan dapat jugak untuk semua kakitangan sokongan termasuklah aku. Terima kasih PM & terima kasih CUEPACS. Alhamdulillah.. berkat doa semua penjawat awam dan semua ahli keluarga penjawat awam, dapat jugak kita merasa duit tambahan RM250 untuk digunakan sempena hari raya nanti. Syukur..

Kepada golongan profesional janganlah marah2 ye. Tambahan RM250 ni, kalau tambah dengan gaji bersih aku tiap2 bulan, masih tak menyamai lagi gaji basic golongan profesional yang baru masuk kerja. Itu gaji aku lah, untuk kakitangan sokongan lain yang bergred paling tinggi pun - gred38 (confirm umur pun dah dekat2 pencen) of coursela gaji dorang + tambahan RM250 kelihatan lebih banyak dari golongan profesional yang baru bekerja, tapi dorang pun perlukan lebih wang juga untuk menampung perbelanjaan anak2 sedang meningkat dewasa (ntah2 yang dah bercucu pun ada). Mereka memerlukan perbelanjaan yang lebih besar.

Bak kata ustaz, rezeki ni Allah bagi cukup untuk semua orang. Anak sorang ke.. anak sepuluh ke.. rezeki Allah bagi memang cukup. Cuma kita kena pandai adjust kat mana2. Kalau tak cukup, tak perlulah ganti langsir baru. Tak perlulah baju sampai 3, 4 pasang sorang. Tak perlulah balik kampung (boleh ke?)

Nak cerita sket. Dulu masa aku kecik2, keluarga aku tergolong dalam golongan susahla jugak. Kami 7 beradik, mak tak kerja. Cuma ayah je sorang yang bekerja. Kami memang tak balik kampung untuk beraya padahal opah dan atuk masih ada! Percaya tak? Percayalah... Aku start balik kampung masa Darjah 4. Tu pun tumpang2 sedara mara yang dah ada kereta. Sumbat je kat mana2, kesian kan. Sedih je masa tu. Tapi nak buat macam mana, masa tu memang tak mampu. Jadi, marilah kita amalkan bersama. Kalau dapat sikit, sikitla kita belanja. Dapat banyak.. tolonglah sedekah kat orang2 yang dapat sikit ni ye agar sama2 dapat merasa nikmat berhari raya. Sharing is caring kan.. Hehehe...

*Selamat mengadjust perbelanjaan raya ye! (pesanan untuk diri aku jugak)

6 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

alhadulillah.. dari takde lgsung..

jackapron said...

mane gamba izz haris 6 bulans?

Anonymous said...

skarang ni harap-harap lah takde yang tak terjaga kebajikan di hari raya..sama-sama lah merasa

Madam Hana said...

yer ahr..
dlu sibuk beli baju sendiri.
bila dah beranak pinak nih..
bior ler settle dlu bab2 anak.
yg kite2 nih.. pakai baju 2 3 taun lepas pun takpe sebabnya size tak berubah2 (mungkinkah..kekehekhekeh).
budak2 nih lain.. tiap taun membesar. tiap tahun gak la kena beli baju raya baru. adoiyaaa..
aku siap ckp ngan mak aku.. "aler..baju melayu dia taun lepas kan ada lagi.baru pakai sekali jer."
sekali try.. hah! senteng!
adoiii lagi sekali..

Chenta said...

Yup. Amalkan sikap berjimat cermat.

Kita sebagai isteri kena lebih peka dan berfikir waras ketika berbelanja . Jangan nak ikut nafsu, asal hari raya nak tukar langsir and perabut baru . ala..dah klise kann..

Selamat Menyambut Aidilfitri buat awak sekeluarga .

fahmijaes said...

taniah2. x de hulur2 ke ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!