Wednesday, September 16, 2009

Ke Mana Aku Menghilang?

Tak pernah2 aku bertangguh menulis blog. Yelah, sejak bln 8 aritu aku dah berazam nak update blog setiap hari (kalau boleh). If Sabtu & Ahad aku tak update, aku akan try update untuk hari berikutnya. Yang penting kalau dalam 1 bulan ada 30 hari, blog aku mesti ada 30 entry. WAJIB! *Matlamat suka2 aje. At least ada benda jugak yang aku usahakan selain dari kerja2 ofis & kerja2 rumah. Hehe..

Ok nak bercerita nih. Hari Isnin dengan penuh semangat dan tekad aku nak update pasal Cloth Diaper Izz. Tapi baru je baca2 blog orang lain (belum sempat lagi nak update) tiba2 internet down. Huhu frustnye! Takpe, sabar2. Bulan Ramadhan ni kita kena banyakkan sabar. Tunggu punya tunggu.. sampai ke sudah masih takde connection. Huhu, tak dapatla bertenet untuk 1 hari. Punyela boring hidup. Tapi yang bestnya, meja aku bersih! Sume kerja2 ofis settle. Siap leh kemas meja lagi. Hikhik..

Semalam pulak, aku MC. Tak sihat. Selsema & sakit tekak. Demam tu takde tapi kalau aku gagahkan jugak ke ofis, mesti selsema aku makin teruk (kesejukan aircond yang melampau2 kat ofis). Jadi aku amik keputusan untuk bercuti saje di rumah. Merehat2kan diri sambil melayan anak. Selalu aku pergi klinik Medic Mesra yang doktornya sangat peramah tapi sebab klinik tu hanya dibuka jam 2 petang jadi aku pergi ke klinik lain aje. Pusing punya pusing jumpa 1 klinik. Poliklinik Shaik namanya. Klinik ni sangat eksklusif (alat2 canggih + interior design sangat menawan qalbu). Kalau dah ekslusif, bayarannya pun eksklusifla jugak. Huhu.. kopak makcik. *Kalau aku tahu mahal, confirm jelajah cari klinik lain je.

Hari ni alhamdulillah, aku sudah kembali sihat dan cergas. Sepatutnya sampai awal di pejabat sebab aku keluar rumah awal (sebelum 6.15 pagi) tapi malangnya LRT rosakla pulak. Tren hanya berenti sampai stesen Bandaraya aje, selebihnya semua penumpang kena cari alternatif lain ke hentian masing2. Nasib baik dah dekat sangat dengan ofis aku. Aku malas nak naik bas yang disediakan (sebab bas tunggu kat depan Sogo). Aku jalan kaki saje sampai ke ofis. Punch card tepat jam 7.34 pagi. Huhu.. lewat lagi.. (sabar2). Okey, kerja pun dah berlambak atas meja ni. Aku siapkan kerja dulu, nanti2 aku update pasal cloth diaper tu ye. Tunggu...

3 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

oo.. gitu citenya ye.. ptt la.. heran gak. tak penah2 snyp.

Unknown said...

kesiannya.. tapi kalau dah mentaliti gomen, nak murah tapi nak baik, jgnla gatal2 masuk klinik private.. kan banyak klinik 1Malaysia.. bayar RM1 je...

Unknown said...

Poliklinik Shaik? Hmm.. so far pegi ok je.. ni klinik kat Kota Kemuning atau Sunway yeak? maybe akak selalu masuk klinik murah2 kot, ubat pun dari India mari.. setahu saya kat Poliklinik Shaik tu ubat original dan berkualiti, tapi lebih murah dari klinik pakar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!