Tuesday, September 8, 2009

Mood Hari Raya

Wow... masih awal lagi. Tapi aku dah tulis entry pasal hari raya. Hehe.. entahlah. Minggu2 awal dulu, aku rasa biasa2 je. Yelah, mood tu lebih kepada nak menjalani ibadah puasa. Tapi sekarang ni bila tengok kalendar yang weekend depan dah raya, wah.. terasa seperti hari raya tu dah dekattttt sangat2. Bahang hari raya mula terasa, argh... tak sabar nak raya weh!

Untuk pengetahuan korang semua, jiran2 selorong aku dah mula pasang lampu kelip kelap. Ar.. jangan taktau. Mula2 1 rumah je pasang, then 2 dan malam tadi aku tengok dekat 5 buah rumah dah berpancaran lampu warna-warni kejap ada kejap takde. Ada bentuk jaring ikan, ada bentuk tiub getah berlingkar2 dan yang paling dabomb sekali ada yang siap dengan ketupat. Ekekek, macam2. Ntah2 nanti kuar pulak lampu bentuk lemang, rendang & nasi impit pulak ye? Miahaha...

Budak2 pulak sejak 1st puasa hari tu dah start main mercun & bunga api. Siang2 pun dorang bantai main. Kadang2 geram je. Tapi sabar jelah banyak2. Akhir2 ni bebudak makin ligat. Main mercun tak hengat dunia, berdentam-dentum! Bukan takat main mercun & bunga api je, siap dengan aktiviti berbasikal & berkejar-kejaran depan rumah lagi. Alahai.. budak2 sekarang. Pukul 10 malam, kawasan lorong rumah aku masih happening dengan budak2 bersepah penuh atas jalan raya. Kalau kami ni baru balik dari mana2, nak lalu kat lorong tu kenalah hati2 (kebetulan rumah aku kat bahagian hujung lorong sebelah dalam) Dengan basikal, bola, stroller (siap ada baby kat dalam tu) selamba badak je parking tengah lorong. Huhu.. kena hati2 beb! Tak pasal2 je nanti.

Entahla, aku kadang2 tak faham dengan ibubapa zaman sekarang. Eh aku bukan cakap semua tau, tapi segelintir jelah. Especially yang buat perangai macam ni. Pukul 10 malam ke atas tu, kalau boleh janganla dibiarkan anak bermain2 kat luar. Mak bapak sedap2 bukak kedai kopi bersembang kat luar rumah, anak2 dibiarkan buat aktiviti masing2 kat luar. Isk isk.. ibubapa pesen camni, kalo nak bersosial pun, bersosial la di petang hari.. kalau tak sempat nak bersembang time weekday (yelah, mungkin keje shift atau balik lambat) tapi mungkin korang boleh pertimbangkan untuk bersosial pada hujung minggu je. Tak elokla budak2 kecik dibiarkan bermain2 @ merayap2 pada waktu malam. Isk isk isk.. (kalau mak aku tengok ni, mau sakit dada hari2) ^_^

Korang cuba fikir, bagus ke tak budak2 main kat jalan malam2 ni? Budak2 sepatutnya pukul 10 mlm dah masuk tido, ini pukul 10 baru bersiap2 nak main kat luar. Berembunla sampai pukul 11. Pastu esok mula la liat bangun pagi. Pastu malam esok nak main lagi. Dah seronok... isk isk. Aku doa sangat, aku taknak didik Izz Haris macam tu. Biorle budak2 lain seronok2, tapi Izz kena duduk di rumah. Masa untuk aktiviti luar hanya pada waktu siang. Malam2 duduk rumah aje! Buatla apa aktiviti pun tapi tolongla duduk di rumah. Atas sebab apa? Mak taknak dedahkan Izz dengan kehidupan malam macam tu. Mak tak suka! Mak nak didik Izz seperti mana opah didik mak dulu ok!

Eh apa aku melalut cerita pasal budak2 ni? Ar jom sambung cerita pasal mood hari raya tadi. Persiapan raya kami tahun ni hampir selesai. Yang nak dibeli udah pun dibeli. Tinggal 1, 2 perkara je lagi yang belum ada tapi takpe, boleh beli kemudian. Yang ditempah udah pun diterima, cuma sediakan bayarannya aje. Untuk tahun ni persiapan aku ala kadar aje walaupun tahun ni aku beraya bertiga dan beraya di rumah sendiri (idok lagi beraya di rumah sewa) Bukannye apa, nak berbelanja lebih macam orang lain, income kami suam-suam kuku je. Apatah lagi dengar2 pun takde bonus sebelum raya. Jadi.. untuk mengelakkan leher sendiri terjerut dan mengelakkan diri dari mengeruk duit simpanan, eloklah kami berbelanja seadanya saja. Ada baju raya, ada kuih raya dan kami balik kampung untuk raya pun dah cukup alhamdulillah. Persiapan untuk rumah - zero! Hehe, nanti2lah aku touch up rumah aku tu (raya tahun depan kut, kikiki). Sekarang cuma perlu kemas2kan aje bagi nampak kemas dan bersih. Barulah tetamu selesa datang beraya! *Uiiii jemputla datang beraya ke rumah ye! Entah bila nak mula mengemas pun taktau. Mungkin hujung minggu kut. Eh bukan mungkin tapi WAJIB!!! *mieh mieh

*Hohoho.. pasni nak dengar lagu raya pulak. Layan beb...

2 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

erm.. bestkan? kat umah mama ju, dorang pn dah psg lampu kelip2 masa last week balik cuti nuzul al-Quran.. tp pasang dalam umah tau..
2 jenis lmpu kelip lagi..heheh.. nape psg dlm umah? lambat lagi raya kata abah ju.. tp rasanya skg ni mesti dah psg kat luar umah dah..
then.. masa irfan rengek2.. tutup lmpu dalam umah n psg lempu kelip2.. tak berkelip2 mata dia tgk lampu2 tu sume..
Ekceli mmg tak sabar nk raya, tp sayu di hati pun ada sbb 1st time beraya tnpa arwah adik ju.. for sure sayu tmbah2 lg beraya di kampung mertua.. then, mama & abah hanya beraya dgn 2 anak dia je.. tp dont worry.. KEDAH!!.. tunggu raya ke-2 ku smpai jua.. InsyaAllah

Mak Izz said...

wow siap 2 jenis lagi lampu kelip kelap ek. hehe.. biasalah org tua. dorg nak rs kemeriahan hr ry tu. cm kta tgk lampu kelip kelap jejiran pn dh enjoy (sbnrnya kes nk jimat duit, xmo beli, ekekek).

sabarla ju, 1st time beraya tanpa org tersayang mmg rs pilu sgt2. akak prnh rs ms putus cinta dulu (ehek ehek). jgn sedey2 ok, hr ry kena meriah. ry ke-2 lenjan abis2a. wakakak...

*sedekahkan alfatihah utk roh arwah, moga dia tenang & damai di sana. amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!