Tuesday, September 8, 2009

First Time

Semalam selepas berkahwin selama 1 tahun 3 bulan, buat pertama kalinya Farizal menjejakkan kaki ke pejabat aku nih . Hikhik.. lain macam aje bunyinye kan. Orang lain pergi balik suami jemput, tapi macam aku, tiap2 hari abang train yang hantar dan jemput. Ekekek.. isk takdelah. Tiap2 hari pun suami aku hantar dan jemput tapi sekadar sampai ke stesen LRT jelah. Tak koser aku nak menyusahkan dia drive sampai ke tengah2 KL ni (yang memang sentiasa sesak). Dia drop aku kat LRT, turun naik tren, jalan kaki sket dah sampai ofis. Isk... dah mudah sangat2 dah ni. Kita sebagai isteri yang solehah haruslah memudahkan suami dari apa segi sekalipun. Lainlah kalau dah tentu2 ofis korang laki bini sebelah menyebelah, takpun.. jalan gi ofis sehala, ar.. melampaula kalau tak pergi sama2. Ke aku kereta aku, kau kereta kau! Hehe.. apa2 jelah ye.

Ar mesti korang pelik kan, tak pernah2 Farizal datang ofis aku, kenapalah semalam dia rajin benor ye. Adakah kerana semalam hari jadi aku? Tidak. Hari jadi aku 27 Sept ni (wah, mention nampak). Adakah kerana semalam anniversary kami? Pun tak jugak. Anniversary aku 31 Mei lepas. Erm.. adakah kerana semalam hari gaji aku eh eh.. ni pun taklah. Kuikui.. Sebabnya, semalam sume pekerja2 di Selangor bercuti. Dah alang2 cuti Farizal ni pergi settlekan urusan di Damansara. Otw balik tu betul2 lalu hiway sebelah bangunan ofis aku ni. Terus teringat kat bini dia yang tersayang ni.. eh bukan, teringat yang belum abis shopping baju raya lagi (kihkih) so teringinla nak shopping di Sogo. Jarak Sogo dengan ofis aku ni sepelaung aje (sepelaung tu jauh mana ye?), maka dia pun memithalikan diri jumpa aku kat ofis (nak parking kereta kat ofis aku sebenarnya) Huahuahua.. Gagah betul kan. Nak shopping punya pasal. Eh taklah.. bukan gitu. Kebetulan, dia pun memang nak kena jemput aku di stesen LRT. Dah alang2 lalu, jam pun dah pukul 3 (aku balik kul 4.30) elokla dia amik aku terus. Sebab ada waktu lagi, so elokla dia menjengah ke Sogo tu cuci2 mata (tengok barang je bukan aweks tau) kalau2 ada yang berkenan di hati.

Ngam2 soi pukul 4.20 dia sampai ofis aku semula. Kat tangan dah jinjit beg plastik Sogo. Dapat gak t-shirt sehelai. Balik umah try, tengok2 kecikla pulak. Haiyo.. ni la masalah orang lelaki. Lain kali, kalau nak beli baju atau seluar atau barang2 yang nak dipakai di badan, tolongla cuba dulu ye. Tak semestinya awak pakai saiz M maka semua jenis baju pun awak pakai saiz M. Sebab ikut brand la jugak. Ada brand saiz M tu kecik, kena beli saiz L. Ada brand saiz M tu besar, kenala pulak beli saiz S nak ngam2kan badan. Tapi kalau aku, of coursela saiz S, M, L ni tak masuk dalam list kan. Hehe..

So aku telah ditugaskan untuk menukar saiz baju dia. Sebagai isteri mithali haruslah kena taat kan. Eh dah pukul 12.30 la. Ok, nak pergi Sogo ni tukar baju. Harap2 ngam kali ni. Tata..

*Aku pergi Sogo tukar baju suami aku la, manade shopping. Korang ni... isk isk. Tak baik tuduh2 tau! Hehe..

2 comments:

Diarihatiku1976 said...

weh.. awat tak ajak akak.. akak nak pi gak ler... kalau tak bolh jln beriringan ... ahahahksks

Nur Irfan Juezrie said...

wah2.. ptt la tetiba je ym senyap sunyi..ingat tadarus rupa2nya ke sogo..hehe.. jgn membeli untuk diri sendiri dah la.. hik hik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!