Wednesday, September 16, 2009

CD Raya

Ekekek, korang jangan ingat entry ni berkaitan dengan cd lagu2 raya ok! Seperti yang dijanjikan, aku nak cite sket pasal cloth diaper (cd) Izz yang telah selamat tiba di rumah melalui pos ekspres petang Selasa lepas. Oleh sebab cd ni sampai dekat2 nak raya maka aku panggilla cd ni cd raya. Ahaks!

Inilah cd Izz. Brand Coolababy jenis poket kaler light blue.


Gambar di atas adalah cd yang dah siap2 letak insert & dah dibutangkan ikut size M (Izz pakai size M).

Ini pulak adalah bahagian dalam cd yang belum berbutang dan belum dimasukkan insert. Material sebelah dalam cd ni tersangatlah lembut. Seronok aku ramas2 dengan tangan. Harap2 Izz pun seronok juga bila memakainya.


Yang ni pulak yang dah dimasukkan insert. See, kelihatan kembung sedikit. Aku masukkan 2 insert sekaligus.


Ini bahagian luar yang berwarna biru. Aku pilih biru sebab.. takde sebab khusus. Aku rasa nak beli kaler biru untuk cd pertama Izz, so beli jelah. Hehe..


Ini pulak insert. Beli 1 cd dapat 2 insert. Price cd brand Coolababy Izz ni hanya RM31 sahaja. Kos penghantaran RM4. So kos untuk 1 cd Izz ni RM35. Erm, bolehla kan.


Gambar kat bawah adalah cd yang dah siap untuk dipakai. Saje aku letak Liona sebelah cd ni, nak tunjuk yang size dorang lebih kurang je kan. Takdela besar sangat.


Ok sekarang saksikan gambar2 Izz melaram cd barunya.


Posisi baring telentang. Izz suka dapat cd raya! Cd tu nampak tebal semacam je kan. Yelah, sebab aku masukkan 2 insert dalam tu. Tujuan aku beli cd kan sebab nak guna untuk Izz pakai malam2. Untuk pengaliran yang lebih banyak, harus masukkan 2 insert agar kadar penyerapan lebih berganda2.


Posisi berdiri pulak. Wah.. bajet handsome la tuh. Kuikui..


Gambar dari posisi tepi pulak. Cd kelihatan melekap dengan begitu kemas sekali.


Ya.. gambar eksklusif dari Izz. Muntot yang telah dipakaikan cd. Betul2 kemas & cantik terletak.

Aku beli 1 dulu (nak cuba). Pasni nak try jenis aio (all-in-one) pulak. Nak tengok mana yang lebih bagus & lebih serasi dengan Izz. Dan.. yang mana lebih mudah untuk aku uruskan (dari segi basuhan etc). Kalau cd ni betul2 bagus dan berkesan, aku beli lagi ikut jenis yang aku suka (samada jenis poket atau jenis aio) Hoho..

Sabtu malam Ahad aritu Izz telah selamat merasmikan cd barunya. Erm.. kurang memuaskan hati la sebab masih bocor. Aku rasa mungkin aku silap letak insert (kedudukan tak betul). Tapi takpe.. masih terlalu awal untuk membuat penilaian. Kita cuba beberapa kali dulu ok! Baru boleh cakap berkesan ke tak.. puas hati ke tak.. Nanti dah ada jawapan yang pasti aku bagitau kat korang semua. Ok jumpa lagi next entry. Tata..

*Hari ni dah 16hb, entry aku baru 12 post untuk bulan Sept ni. Ada 4 entry lagi untuk dikejar. Mampukah? *Dahle nak cuti raya ni. Huhu.. tak tercapai lagi le gamaknye matlamat aku.

4 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

hehe.. dah try cd yer.. takpe.. guna dulu, t baru buat penilaian.. klu bgus harus dicuba. hehe..
ok akak, chaiyok2.. cpt abiskan 5 entry tu.. huhu

lynaleng said...

pasni i plak nak dptkan bende alah ni utk bakal baby i hehehehe...

PuteriSatu said...

emm ok ke ji...???

puan serie syasha said...

tang muntot yang paling syok tuh, padat je nampak..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!