Tadi seharian aku surfing website berkaitan cloth diaper (cd). Sembang2 dengan Su tanya apa pendapat dia. Su ada anak lelaki yang dah berusia 2 tahun lebih. Aku tanya dia berapa jumlah pampers yang anak dia pakai untuk menahan kebocoran di siang dan malam setiap hari. Su jawab dalam 8-10 keping. Fuh~ banyaknye! Tu pun Su beritahu pampers selalu sangat bocor sampai basah2 baju dan seluar. Anak lelaki kan.. pee banyak dan super lasak.
Setiap bulan Su kena beli 2 pack besar pampers untuk dipakai di rumah dan 1 lagi pack besar pampers untuk ditinggalkan di rumah pengasuh. Aku berpendapat, untuk bayi/kanak2 yang banyak pee seperti Izz dan Darius (anak Su) maka sangatlah wajar kalau kami cuba menggunakan cd. Manalah tahu kalau2 selepas menggunakan cd masalah kami selesai? *Masalah kebocoran & masalah mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli pampers setiap bulan.
Lagipun cd boleh dibasuh dan dipakai berulang kali (sampai lunyai). Erm.. setelah fikir2, bincang2 dan minta pendapat orang lain.. aku ambil keputusan untuk BELI. Kita try 1 dulu.. tengok bocor ke tak, mudah ke tak, jimat ke tak, (seperti yang dicanangkan). Dah guna sendiri baru tau bagus atau tidak kan?
Jadi.. tunggu dan lihat.
*Hari ni aku tak sempat order lagi. InsyaAllah esok. Huhu..
3 comments:
erm.. teruskan usahamu.. jika ok, beritahu kawan2 yg lain..hehe
a'a klu ok..bitau....
bagus tu.. jimat.. langkag penjimatan sekarang kan...
Post a Comment