Thursday, September 17, 2009

Apa Motif Sebenar Dia Ye?

Kan semalam aku ada cerita pasal tren LRT rosak. Tren hanya berhenti di stesen Bandaraya. Semua penumpang kena turun di situ. Aku tak kisahla sangat, nak buat macam mana, dah nasib tren nak rosak pulak pagi tu kan. So aku pun turunla & menonong catwalk ke ofis. Takla jauh sangat, jalan kaki dalam 10min je dah sampai.

Masa aku tengah sedap2 catwalk tu, tiba2 je ada sorang perempuan panggil aku dari belakang. "Akak, akak" Eh eh, ada orang panggil aku ke? Atau aku je terdengar2 ada orang panggil. Ewah2 cam kisah mistik la pulak. Pagi2 pukul 7.20 camtu takkan ada kisah mistik kut. Then aku toleh kepala ke belakang, oh yelah.. ada seorang gadis panggil aku. Nak apala budak ni ye. Tersenyum manis je dia macam kerang busuk.

"Akak, tahu tak kat mana bangunan TH Perdana?" La.. nak tanya pasal bangunan ke kat aku. Ingatkan ape la. Aku pun tunjukla jari ke bangunan tu. Yelah, bangunan TH Perdana tu kan tinggi mencakar langit, dari situ memang dah nampak bangunannya. Pastu budak tu boleh jawab "Saya tahu tu bangunannye. Tapi saya nak tahu macam mana nak jalan kaki pergi situ" Aik taktahu nak jalan kaki ke situ? Rupa2nye selama ni dia berulang alik kerja turun kat stesen Sultan Ismail, so bila 1st time turun kat stesen Bandaraya ni jadi tak reti pulak nak ke TH Perdana. Oho.. baru akak faham dik.

So pagi tu aku telah menjadi tourist guide dia secara tak bertauliah. Budak ni ramahla pulak. Siap tanya nama aku, duduk kat mana, keje kat mana. Tanya pulak aku start cuti bila, beraya di mana.. ehm orang dah ramah kan, kita pun ramahla jugak. Walaupun aku macam konfius2 untuk beramah dengan dia. Yelah, pertama kali jumpa kan. Lagipun perkenalan hanya bermula kerana bertanyakan arah jalan.

So jalan2, sembang2 hampir 10min kami pun sampai di persimpangan jalan. Ke kanan ke TH Perdana, ke kiri ke Sime Darby. Sebelum kitorang berpisah tu budak perempuan ni cakap kat aku "Kak, dah alang2 berjumpa ni nak mintaklah nombor telefon" Hah, nak mintak no telefon aku? Kenapa ek? Apa motif sebenar budak ni? Tanpa aku sempat berfikir dengan lebih panjang (lagipun budak tu dah keluarkan hp dia) so aku pun bagilah no hp aku yang betul dengan jujur. Why? Why? Entahlah, mungkin sebab dia perempuan kut. And dia cite dia kerja kat Biro Pengaduan Awam Cawangan KL, so aku rasa yakin bagi no tel kat dia (sebenarnya, kalau tak bagi rasa cam kesian pulak dengan budak tu. Nak tanya lebih lanjut tak sempatla pulak. Jam dah pukul 7.30)

Dah sampai ofis, aku checkla hp kalau2 budak ni ada misscall aku. Tapi takde. Erm.. takpelah. Mungkin saje2 je kut dia mintak no. Eh terlupa pulak nak tanya nama dia tadi. Ehm.. So aku pun startla buat kerja ofis sambil blogging sambil bloghopping sampai ke petang. Terlupa langsung kisah budak perempuan ni. Tiba2 masa aku balik dari ofis, kat stesen LRT aku dapat msg dari budak tadi berbunyi "Salam, ni ema yang jalan sama tadi, balik pukul brp?"

Gulp! Aku konfius lagi. Kenapa ek nak kenal2 dengan aku. Nak mesra2 dengan aku? Sedangkan aku tak kenal dia. Beraninya dia approach aku sebegitu sekali. Entah2 aku orang jahat ke.. pembunuh bersiri ke.. manala tau kan (ehek ehek).

Apa motif dia sebenarnya ye? Tapi aku rasala kan.. dia nak ajak aku join bisnes dia kut. Tak pun nak jual barang. Sekarang kan dah ada macam2 produk. Beautiful la.. Bio Aura la.. takpun dia nak jual insuran agaknya. Erm ntahla. Pikir punya pikir taktau apa motif sebenar. Sampai sekarang pun aku tak balas msg dia. Korang rasa patut tak aku balas msg dia & cuba bermesra2 dengan dia? Tapi aku taknak beli barang2 dia or insuran dia (kalau betul la itu tujuan dia nak kenal2 dengan aku).

*First time ni aku diapproach begini. Korang pernah tak? Apa pendapat korang ye?

5 comments:

Deqna said...

tak taulah pulak apa motif dia yer... tapi apapun just berjaga2 lah sbb kengkadang ni pompuan pun ada yg tak leh dipercayai.. kita tak tau modus operandi dia.. wah ayat...

jgn gitau dia balik kul bape sumer.. sbb kang dia tunggu pulak (takut dia ada niat jahat ke apa)

tapi takdelah nak tuduh apa2 just berhati2 jelah

WILAYAH C.T.M said...

uiisshh..cam misteri plak itu pompuan..errmm..just taking care jelah akak.takut la skang ni..mcm2 leh jd.wlpun muke suci je nengok tp kekadang uiiisshhh..

Mak Izz said...

ye ke korang, gitu ek? isk isk terus tertakot nih. harus x bls la msg dia. biorle dia kenal2 org lain. mek xnak. takotttsss!

jackapron said...

mesti itu org mau kipnap/ pukau n mintak duit, mintak rantai, mintak h/pone, jam tgn... eiii seramnye! lawa ker?

Nur Irfan Juezrie said...

ish2.. lebih baik berhati2.. betul kata bloger2 yg di atas tu, skg pmpuan pun tak leh cy gak.. kita tak tau niat sebenar dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!