Iye.. today sangat bosan bekerja di pejabat (walaupun tak buat apa2 kerja). Hari ini adalah hari Jumaat, 2 hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hohoi.. buat apa lagi korang melepak eh silap, bekerja kat ofis lagi ni? Orang lain semua dah berseronok2 dengan keluarga masing2 di kampung, bergurau senda dengan opah dan atok, berebut2 dengan sepupu nak duduk/baring depan kipas angin sebab cuaca panas (rumah kampung takde aircond) dan berkumpul dengan kaum ibu di dapur menyediakan hidangan berbuka petang nanti (sambil berbincang hal ehwal semasa a.k.a bergosip).
Korang... kebosanan melanda nih. Apa perlu ku lakukan? Tak larat dah ni menghitung detik dan waktu. Cepatlah jam pukul 4 petang. Ye, aku nak balik awal hari ni. Sepatutnya balik pukul 4.30 petang. Ini amanat suami. Aku harus ikut! Erm tapi.. bos takde kat ofis la petang ni. Dari pagi di ke PD uruskan hal Pilihan Raya, entah pukul berapa baru balik. Pukul 4 aku dah nak cha alip bot. Abes tu sape nak sign punch card aku yang bakal keluar dakwat kaler merah nanti? Dua2 timbalan bos pun dah bercuti. Aisey.. tak bestla camni. Balik awal tapi bos tak sign kat punch card. Isk isk.. (sejak bila aku berhemah ni?) Takpe2 nanti lepas cuti aku mintak bos sign. Harap2 masih valid & bos mahu sign. Buatnya dia taknak, uwaaa.. ada haiwan dalam bahaya.. eh bukan2.. bukan haiwan tapi manusia. Ada manusia dalam bahaya.. ada manusia dalam bahaya.. ada manusia dalam bahaya di sini.. (yeahhhhh.... wonderpets!)
Tadi masa lunch break yang panjang (2 jam 30 min) aku tak keluar ke mana2 pun. Macam ada rasa2 (tapi rasa sket jelah) nak jelajah Jalan TAR cuci2 mata. Untuk pertama kalinya dalam hidup aku, bulan Ramadhan tahun ni iaitu tahun 2009 Masihi (macam lah orang lain taktau tahun ni tahun berapa, hiks!) belum pernah sekalipun aku menjejakkan kaki ke Bazar Aidilfitri di Jalan TAR tu. Hoho.. kagum tak? Sila kagum dengan aku. Tepuk2. Macam tak percaya aje aku boleh menahan gelodak nafsu dari terjah ke situ walaupun lokasinya tersangatlah dekat dengan ofis aku nih. Bukan apa, selepas fikir berjenak2, aku rasa taknaklah pergi. Lagipun aku bukannya ada nak beli barang, semua dah ada serba lengkap. Kang kalau aku pergi jugak, tak pasal2 terbeli barang yang tak diperlukan sangat. Hoho.. cannot2. Pembaziran harus dielakkan pada waktu sekarang. Aku harus sentiasa berpegang kepada slogan tetap aku untuk raya kali ni -> "Berjimat-Cermat Amalan Mulia". Untuk mengelakkan diri aku susah di kemudian hari! Haha.. pesanan penaja ini adalah untuk diri aku dan suami dan Izz Haris juga :)
Haa.. Izz ada di rumah mak sekarang. Oh ye lupa nak bercerita. Acik (adik ipar aku merangkap pengasuh Izz) dah pun pulang ke kampung pagi semalam. So aku terpaksa post Izz ke rumah mak di Cheras pagi semalam. Malam tadi aku sekeluarga tidur di rumah mak. Hehe.. chumil je rasa bila Izz tidur atas katil. Ok nak inform di sini bahawa jika di rumah Jalan Kebun, hampir setiap malam Izz tidur di dalam buaian tau. Buaian Izz aku letakkan di sebelah katil dalam bilik tidur aku ni. Bukan aku saja2 nak tidurkan Izz dalam buai tapi sebab Izz tak boleh tidur lena kalau di atas katil. Adakah kerana mak abahnya tidur lasak? Eh bukan2 :P Izz la.. yang tidur lasak. Dia bukan boleh kalau tersentuh anggota badan dia tu dengan anggota badan kita. Harus kita kena sepak terajang (tapi tidak sampai mencederakan) then mulala menangis. Hoho.. Tapi malam tadi kat rumah mak, aku dan Farizal saje nak try tidurkan Izz atas katil. Resultnya.. BERJAYA. Izz berjaya tidur lena dan kami suami isteri selamat dari sepak terajang Izz. Thank God!! (Allah)
So petang ni dari ofis aku akan terus ke PJ dan Farizal akan culik aku bawak pulang ke rumah di Jalan Kebun untuk final preparation balik kampung tengah malam nanti. Dah setel sume nanti baru balik Cheras semula dan ambil Izz dan kami akan konvoi 3 buah kereta ke Rawang (rumah Kak Ngah) then baru gerak ke Kuala Kangsar. Baju Izz aku dah masukkan dalam beg siap2 sejak 2 hari lepas. Baju aku dengan Farizal dah keluarkan, tinggal masukkan dalam beg je lagi. Harap2 takde barang yang tertinggal. Dulu masa berdua pun bonet dan penuh sarat mendat, this time dah bertiga erm.. aku tak dapat bayangkan nanti macam mana Farizal nak adjust barang2 untuk dimuatkan dalam bonet kereta. Huhu.. usaha tangga jaya abah. Pasti boleh Rakan Muda! Ops.. tak sesuai dah guna Rakan Muda. Ahaks!
Oklah nak siap2 untuk pulang. Nak sms bos dulu bagitahu nak balik awal. Eh bagitahu ke? Bukan sepatutnya kena mintak izin? Haha.. Ok jumpa lagi next entry ye yang entahkan bila. Tata everyone... selamat hari raya! (berapa ratos kali dah aku ucap selamat hari raya ni) ^_^
No comments:
Post a Comment