Tuesday, September 29, 2009

I'm Sorry

Good morning everyone! Pagi2 kena ceria. Jangan marah2. Kalau hati panas, cepat2la beristighfar agar api kemarahan tu cepat2 reda. Huhu..

Pagi tadi ada orang marah dengan aku. Sebab aku lembap katanya. Buat kerja semua pun lembap. Janji nak bangun pukul 5 pagi, pukul 5.30 aku masih terbungkang tido. Huhuk.. aku takot.

Bukan apa, malam tadi aku tertidur awal. Aku kan selsema teruk. Makan panadol 2 bijik, pastu mata pun mula la kuyu. Tengah malam aku tersedar, terusla bangun kan. Bukan nak bertahajud (teruk betul!) tapi teringat yang baju kerja belum gosok lagi. Gosokla baju kerja 2 pasang. Pastu cuci pinggan mangkuk clearkan sinki. Sementara tu sejukkan air panas dalam jug untuk buat air masak. Pung pang pung pang buat kerja, 1.30 pagi aku tidur semula. Pukul 5 orang yang marah aku tu dah kejutkan aku bangun tidur, aku bangun. Bangun masuk toilet then aku sambung tido balik. Huhu.. aku mengantok u ols. Mengantok yang amat sangat. Pukul 5.30 orang yang marah aku tu terus bangun & nak pergi mandi (otw dia ke toilet tu aku dengar dia merungut2 sebab aku tak bangun lagi) Haish.. makcik terus takot menggigil and terus bangun dalam kemamaian pergi mandi.

Siap2 pukul 6 dah gerak dari rumah. Orang yang marah aku tu dah baran je dengan aku. Walaupun dia tak cakap or tunjuk memek muka baran tapi aku tau sebab semua bonggol kat jalan raya tu dia langgar. Tutup pintu pun hempas kuat2. (Ke.. aku je terasa yang dia hempas pintu kuat, padahal seperti biasa je?) Aku dengan Izz kat belakang dah macam naik lori ayam je. Terenjut2. Terkejut2 macam orang kena siksa kat kusi elektrik. Time corner kiri kanan tu, aku pegang Izz kuat2. Takot aku terlepas Izz. Punyala kuat momentum kereta tu bergerak. Marah betul nih.

Kepada orang yang marah aku pagi tadi (dan aku harap sekarang dah tak marah dah), aku mintak maaf banyak2. Aku tahu.. tiap kali kau marah aku, aku mesti cakap "Ok, Uji janji tak buat lagi" atau "Ok, pasni Uji janji buat kerja cepat2" tapi janji hanya tinggal janji. Aku masih lembap seperti biasa dan tak berubah2 pun. Huhu.. Aku sedih.. bila la nak berubah ni?

* Abang, jangan marah Uji lagi ek! Tak cium bau syorga Uji nanti. Uji janji tak buat lagi! (huhu..)

1 comment:

Nur Irfan Juezrie said...

oo.. takpe la.. kadang2 mmg kita cmtu kak.. penat n letih.. ju faham.. ju pun slu penat.. kdg2 nk angkat mata pun tak larat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!