Thursday, September 17, 2009

Tak Sabar Nak Raya Weh

Ofis aku sunyi sangat sekarang. Hampir separuh staf dah pulang ke kampung untuk berhari raya. Huhu.. Dahle speaker PA System kat ofis ni tak berhenti2 main lagu raya. Uhuk uhuk.. terasa sedey pulak.

Eh eh, nape tiba2 aku nak rasa sedey pulak ni. Bukan ke malam esok aku akan balik kampung? Hehe.. yeh yeh nak balik kampung. Nak raya kat kampung. Nak jumpa opah. Yeh yeh!

Esok pagi aku akan bekerja seperti biasa. Tak tau lagi samada nak pulang awal or tunggu je sampai 4.30 petang baru balik. Bergantung kepada amanat suamiku nanti. Hehe.. kalau dia suruh awal, kena awal la kan. Isteri kena taat perintah suami. Tapi kenala mintak ijin bos dulu. Jangan suka suki je cabut awal. Tak baik tau!

Malam esok aku akan pulang ke kampung di Kuala Kangsar, Perak untuk berhari raya di sana. Pertama kali aku beraya di kampung halaman selepas berumahtangga ni. Tahun lepas aku beraya di kampung Farizal di Jerantut, Pahang. Dulu raya berdua, sekarang raya bertiga. Yahoo! Di kampung sendiri pulak tu. Harus lebih meriah dan gumbira! *Raya kat Jerantut pun happy jugak tau ^_^

So esok hari terakhir aku akan beronline sebelum bercuti raya. Aku ambil cuti 3 hari je iaitu pada 23, 24 dan 25 Sept. Isnin 28hb aku dah mula bekerja semula. So seminggu jugala blog aku akan sepi tanpa sebarang post. Aku takde akses internet kat kampung (selalu update blog lenjan pc ofis je). Tapi taktahulah kalau2 abangku yang cikgu Sains itu atau kakakku yang penyelia asrama itu rajin usung laptop & broadband dorang balik kampung, bolehla aku tumpang menyelit. Hehe.. (verangan jelah).

Ok nak sambung buat kerja (walaupun mood dah takde nak buat kerja). Jasad je masih di sini, hati dah terbang melayang ke umah opah tu. Huhu.. Tak sabar!

*Kepada semua kawan2 & semua pembaca blog saya ni, selamat hari raya saya ucapkan. Maaf zahir & batin. Pesanan penaja: Jaga kesihatan di hari raya ni, cegah H1N1. Pandu cermat, jiwa selamat, ingat2lah orang yang tersayang. Take care friends! Luv u all...

3 comments:

NeenaAnuar said...

Hi sis!

Thanks for visiting & following my blog yeah!

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin..

Do enjoy your raya keh! ;)

Mak Izz said...

hye neena,

ya, sama2. blog neena best & menarik. hrp sudi bc blog sy.

slmt hr ry gak & maaf zahir batin.

take care!

Nur Irfan Juezrie said...

ala.. akak. bestnya neena dah comment akak.. ju pun hari2 bc blog dia tau. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!