Thursday, September 10, 2009

Majlis Khatam Al-Quran

Majlis yang ditunggu2 telah pun tiba. Dari 8.30 pagi lagi kaum muslimat PUSPANITA mula memenuhi ruang solat Masjid Angkasapuri. Hari ni ada Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri untuk ahli-ahli PUSPANITA Cawangan KPKK.


Majlis dirasmikan oleh isteri kepada Menteri Kementerian kami, Datin Seri Masnah Rais.


Cantik kan Datin Seri ni. Manisss je wajah dia (sila abaikan fesyen tudung dia ok!) Ini adalah kali pertama aku jumpa Datin Seri secara live. Sangat kagum bila beliau membuka mulut. Bukan hanya kerana gigi beliau yang cantik tersusun dan putih berseri tetapi kerana kreadibiliti yang ada dalam diri beliau.

Ketika beliau mula berucap, wah.. terus aku ternganga. Kelihatan beliau sangat berilmu (bekas cikgula katakan). Mulut fasih melontarkan ayat2 suci Al-Quran (hukum tajwid yang tepat & siap berlagu2). Ditambah lagi dengan firman2 Allah yang sangat lancar keluar dari mulut beliau. Fuh, nampak sungguh beliau belajar agama. Bagus, aku betul2 kagum.

MORAL: Jangan diukur ilmu seseorang itu dari labuhnya tudung, tapi bergaullah dengan mereka. Baru tahu berilmu atau tidak. So korang jangan suka suki ngutuk orang berdasarkan penampilan tau, stylo tak semestinya takde ilmu agama. Wah.. statement berani mati. Kita doa2la yek moga satu hari nanti beliau bertudung penuh insyaAllah. Hidup Datin Seri!

Majlis bermula dengan sesi ice breaking bersama imam kami pagi tadi Ustazah Marsitoh dari JAKIM. Best la ustazah ni. Sangat kelakar & sempoi. Sebelum solat sunat, dia briefing dulu kat kami. Sangat detail. Bagus tau ustazah ni.


Tengok, siap ada bunga telur lagi. Very the khatam2 kan?

Pukul 9 pagi, kami start solat sunat secara berjemaah diimamkan oleh Ustazah Marsitoh. Mula2 sulat sunat dhuha, then solat hajat dan akhir sekali solat sunat tasbih 4 rakaat. Diulangi 4 rakaat occay! Ustazah bagitau solat sunat tasbih kalau buat pada waktu siang sunat 4 rakaat, kalau malam pulak 2 rakaat. Ustazah bagitau lagi, kalau dia imamkan solat sunat tasbih, at least 30min paling sekejap. Huhu.. baru dengar je aku dah seriau. Isk isk.. ada ke patut? Patutnya nak buat ibadah ni senang hati. Aku kuatkan semangat & kuatkan sendi2 yang dah longgar ni (bergoyang2 je solat tadi). 40min berjuang akhirnya berjaya juga selesaikan 4 rakaat. Syukur kepada Allah & terima kasih kepada ustazah kerana menjadi imam dan memberi tazkirah kepada kami & terima kasih kepada PUSPANITA kerana menganjurkan majlis sebegini. Kalau nak harapkan diri sendiri buat solat2 sunat ni (esp solat tasbih) hem.. memang tak terbuatler.

Selepas solat sunat, semua peserta berdebar2 menanti ketibaan Datin Seri Masnah Rais. Cantikkah dia? Glamourkah dia? Mesra alam ke dia? 10.40 pagi Datin Seri tiba dengan jubah labuh berwarna putih. Fuh... memang cantik menawan qalbu. Datin2 la katakan... mula2 Datin Rohaya (isteri Dato' KSU) bagi ucapan then Datin Seri Masnah pulak yang bagi ucapan. Ucapan Datin Seri memang bombastik dan menginsafkan. Beliau mengingatkan kami tentang konsep bersyukur. Sesekali Datin Seri menyelitkan jenaka dalam ucapannya, berderai ketawa kami memecahkan kesepian di dalam masjid.

Selepas Datin Seri merasmikan majlis, khatam al-Quran pun dimulakan. Oleh sebab peserta tadarus ramai, jadi bacaan khatam dilakukan secara beramai2 dan dipimpin oleh Ustazah Marsitoh. Syahdu sangat bila masjid bergema dengan alunan ayat-ayat suci al-Quranul karim. Sampai aku terlentok2 (erk!)




Pukul 12, majlis khatam tamat. Kemudian majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri untuk anak2 yatim dan anak2 kurang upaya. Tahun ni aku ke depan untuk ambik sumbangan anak-anak yatim. Bukan untuk aku ler, tapi hanya sebagai wakil. Wakil pun jadilah, yang penting dapat bersalam dan bertentang mata dengan Datin Seri. Huhu.. besttt! Ar tadi Datin Seri sempat cakap sesuatu dengan aku. Korang nak tahu apa? Dia ucap "Selamat Hari Raya" Hehe.. Selamat Hari Raya Datin Seri!

Tamat penyampaian sumbangan Aidilfitri tadi, maka tamatlah majlis khatam al-Quran anjuran PUSPANITA Cawangan KPKK untuk tahun ini. Di akhir majlis, semua peserta tadarus berbaris membentuk bulatan then bersalam2an sambil berselawat ke atas Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.


Ok nak balik dah. Panjang umur, kita jumpa lagi Majlis Khatam Al-Quran 2010 tahun depan. Tata titi tutu...

*Dapat goodie bag yang berisi kain batik (aku punya kaler biru), bunga telur (aku punya kaler purple), mineral water, air kotak dan kuih bahulu. Terima kasih PUSPANITA!

5 comments:

lynaleng said...

bestnyer dgr cite u ni..

Diarihatiku1976 said...

wahhh... baguslah ko... rajin.. semua majlis puspanita ko giii...

Nur Irfan Juezrie said...

wah2.. siap dapat air mineral, air kotak & bahulu.. hehe..

Mak Izz said...

lynaleng - moh kita jd ahli PUSPANITA. lg byk aktiviti, lg byk pglmn berharga.

diarihatiku - idokler sume kak. arini lawatan ke kompleks kraf x g pun (kj byk, huhu) mana ada kesempatan, sy join insyaAllah.

ju - yes. terlupa pulak, smlm dh sampai umah, abg farizal geledah goodie bag tu jumpa kurma pulak. hehe.. rejeki..

Nur Irfan Juezrie said...

yeke? rejeki tuhh... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!