Semalam 6 September 09, genap umur Izz 6 bulan. Yahoo! Izz sudah semakin dewasa. Haha.. apa la syok benor Izz dah makin besor ye. Bukan apa, bila Izz semakin besor, Izz semakin pandai berdikari. Wah wah.. kenapa? Mak Izz dah malas nak melayan karenah Izz ke? Ahaks! Idokler 100%. Kalo ianya lebih memudahkan, alhamdulillah. Kalo ianya memenatkan pun alhamdulillah jugak. Itu tandanya anak kita aktif dan sihat.
Aku tak sempat snap gambar Izz genap umur 6 bulan semalam. Yelah, time masak untuk berbuka baru teringat, confirmla kata nanti dulu. Ingat dah sudah masak baru nak amik gambar. Sudah2nya sampai tertidur pun tak teringat. Pagi ni ha.. baru mulut melopong, alahai.. terlupa! Takpe2, petang kang kalo sempat mak snap ye Izz. 6 bulan 1 hari pun takpe.. takde hal! Kekeke..
Sejak Izz 5 bulan lebih & almost 6 bulan ni, aku nampak banyak perkembangan baru yang Izz tunjukkan. Yelah, anak pertama.. maknye over excited la. Tapi perkembangan Izz ni mungkin ada yang cepat/lambat nak dibandingkan dengan perkembangan bayi2 lain. Kalo bab meniarap, memang Izz ketinggalan zaman (hahak). Tapi tulah, cepat ke.. lambat ke.. tak kesah. Asal ada je perubahan, mak & abah pasti HAPPY!!!
Pencapaian/Perkembangan Izz menjangkau usia 6 bulan ni:
- Semakin laju kulu kilir (ke depan & ke belakang) dengan walker.
- Dah pandai hempas2 badan kat walker.
- Dah pandai masuk ketiga2 bilik dengan walker. Pastu asikkkkk je nak ke dapur. Bahaya!
- Dah semakin lahap bila waktu makan. Pandai mengamuk bila mak suap Izz lambat (kang cepat2 tersedak pulak nak oi...)
- Dah pandai memunggah. Bila Izz meniarap & pusing2 kat tikar, mana tangan dia dapat capai barang2 kat atas lantai abis dipunggahnya (cth: plastik pampers & kain yang berlipat)
- Dah pandai tarik alas meja lapik tv kat kabinet & capai barang2 atas meja jepun (ni time dia duduk dalam walker la)
- Dah pandai sebut "abbbb...bahhhh" waktu2 biasa.
- Pandai sebut "makkkkkk" time menangis (argh, sangat sesuatu!)
- Pandai ketawa berdekah2 bila kita agah2 dia, main ba-ba cak n etc.
- Pandai tengok tv (esp berita) sangat concentrate. Izz fikir penyampai berita tu bercakap dengan dia kut, selalu je tersenyum sorang2. Tapi time iklan dia merengek, tak suka. *Wah.. kecik2 dah pandai tak suka iklan. Ahaks!
- Suka sangat dengan bayi/kanak-kanak lain. Pastu beramah mesra dalam baby language dia "arrr... uuuuu.... ooooo" ape la yang disembangnya kan?
- Dah pandai keronyok & koyak2 kertas. Nasib baik belum pandai sua masuk dalam mulut. Mungkinkah selepas ini? Huhu..
- Pandai tidur meniarap. Pusing sendiri & meniarap sendiri. Kepala tu pandai pulak telengkan ke kiri @ kanan, senang nak bernapas. Hehe.
Erm.. apa lagi ek? Yang aku perasan tu jelah. Mungkin ada lagi yang aku tak perasan, mungkin abah & Acik boleh tambah. Apa pun, semakin Izz membesar, semakin aku rasa syahdu syahdan. Huhu.. tak sangka aku punya anak sendiri.. membesar di depan mata.. penuh karenah.. tapi sometimes cam sedih pulak sebab bila Izz semakin membesar, Izz bukan bayi lagi. Argh... cedihnya time tu. Kuikuikui... *Kalau nak anak tu membesor size baby je, pupusla orang dewasa kat dunia nih. Hehe!
*Selamat Hari Lahir ke 6 Bulan Izz!
2 comments:
UISH, detail betul ni. good2
Irfan dah pndai koyak buku, balik kg hari tu abis majalah maktoknya dikoyak..huhu..then.. ambik benda masuk mulut perkara normal la.. cuma tak reti naik walker lg.. sbb tak beli walker lg.. nti la irfan ye...
Post a Comment