Wednesday, September 16, 2009

Pening Kepala

Huh entry ke-3 untuk hari ni. Bukan aku takde keje arini ok, keje aku sangat banyak sampai taktau nak buat mana dulu. Pas beres 10, 10 lagi yang datang. Takpe, buat pelan2. Tak siap hari ni samb esok.

Dui.. tiba-tiba kepala berpusing2 macam tali gasing. Tekak pulak mual rasa nak muntah. Woh.. aku kepeningan ler. Bila berdiri rasa goyang2 je badan nih. Bila berjalan pulak rasa nak tumbang. Hadoi.. perut aku dah masuk angin ker? Tak tahan ni. Macam mana aku nak balik jap lagi. Kena travel jauh. Berhimpit2 dengan orang awam dalam 2 buah tren nanti. Huh, makcik tak larat dah. Makcik perlu berbuat sesuatu!

(Seluk wallet dalam handbag dan terus turun ke lobi. Nak beli sesuatu yang boleh menghilangkan pening2 lalat nih)

*Kenapa bila kita berpuasa, kita boleh tahan perut kosong untuk 13 jam walaupun tak bersahur. Tapi bila tak puasa, bersahur pulun nasik 2 pinggan pun bila tengahari je automatik perut kita dah kriok kriok.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!