Wednesday, September 30, 2009

Mak Masuk Wad

Ini bukan cerita main2. Ini cerita benar.

Semalam masa aku baru sampai rumah, aku tengok mak dah terbaring atas tilam kat ruang tamu. Tengok badan memang lemah giler. Aku cakap dengan mak, mak tak jawab. Tak larat sangat sampai tak boleh buka mata dan mulut. Ayah bagitau mak start demam sejak kelmarin. La..

Aku raba dahi mak, rasa tangan & badan dia. Fuh, panas! Adik beradik lain ada di rumah, tak kerja. Risau tengok mak. Ayah pun tak kerja semalam sebab tengok2kan mak di rumah. Isk, tak boleh jadi ni. Mesti kena bawak gi klinik jugak. Aku tanya ayah nape tak bawak mak ke klinik, ayah jawab mak taknak. Erm, dah sakit macam ni bukan ada pilihan nak ke taknak. Wajib pergi! Mak ada kencing manis dan gastrik. Bahaya!

Ipai bagitau mak tak sentuh sebutir makanan pun, masuk apa dalam perut semua mak muntah. Aku dah agak. Tu pasal badan lemah semacam. Sebab takde tenaga. Nak makan, takde selera sebab demam. Bila tak makan, perut kosong masuk angin. Dah jadi gastrik pulak. Bila dah mula gastrik, masuk apa pun dalam perut even air milo seteguk pun muntah semula. Adoi.. dahla petang semalam nak bawa Izz ke klinik untuk checkup. So aku plan pas balik dari klinik, nak bawa mak ke klinik. Otw balik dari klinik tu singgah pasar malam dulu belikan mak mi goreng, kalau2 mak ada selera nak makan. Sejak menginjak ke usia emas ni, mak memang tak berapa lalu sangat makan nasik. Even bubur pun mak tak lalu.

Sampai rumah terus suapkan mak mi goreng. Mak tak lalu nak telan. Dia kata nak muntah. Dok kemam je mi tu dalam mulut. Isk isk, kesian pulak aku tengok. Tengok jam pulak dah pukul 7 malam. Erm, tunggu maghrib dululah baru bawak mak ke klinik. Tiba2 baru aku teringat nak check suhu badan mak. Kebetulan gi mana2 aku memang angkut termometer Izz. Check2 tengok 40.2 darjah celcius. Huishh.. ni sudah paras bahaya. Demam panas ni. Plan nak ke klinik tukar pergi hospital terus.

So malam tadi, Kak Ngah, ayah dan Ipai bawak mak ke GH. Aku tak ikut sebab jaga baby2 kat rumah. Kami tunggu dorang update news dari hospital je. 2 jam lebih kemudian ayah call bagitau yang mak kena tahan wad. Ipai tunggu mak kat hospital. Yang lain2 balik. Arini Kak Ngah cuti sebab kena babysit budak2 yang mak jaga selama ni. Yelah, susah juga kalau tiba2 mak budak2 tu kena ambil cuti mengejut. Selagi boleh cover, kami coverkan. Esok Kak Ngah kena kerja, maybe turn aku pulak yang cuti jaga budak2. Tapi esok bos baru masuk ofis. Macam tak sedap hati pulak kalau aku takde kat ofis. Erm..entahla, mungkin kena bincang balik dengan dorang nanti kat rumah.

Korang doakan mak aku selamat dan cepat sembuh ye. Risau...

3 comments:

Deqna said...

semoga emaknya lekas sembuh yer.. mujur dibawa juga ke hospital..

Nur Irfan Juezrie said...

akak.. semoga mak akak cpt baik.. insyaAllah..

Mak Izz said...

thanks guys. hopefully mak cepat sihat dan boleh discaj.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!