Monday, September 28, 2009

Kembali Bekerja

Selepas bercuti selama seminggu, aku kini kembali bekerja seperti biasa. Bos masih bercuti sampai akhir bulan, sementara tu dapatla aku rileks2 sambil feeling raya 24jam. Ehek ehek.

Seminggu bercuti, seminggu juga aku tak update blog. Mood hari raya la katakan, apa hal sibuk2 update blog pulak. Haha.. (sebenarnya ayat cover je tu. Teringin sangat nak update tapi tak dapat update, padan muka aku).

Ofis masih lengang hari ni. Masih ramai lagi yang bercuti. Esok baru diorang sume masuk ofis. Mungkin hari ni mood hari diorang mengemas rumah dan hari membasuh baju yang berlambak (bawak dari kampung :P) Aku dah setel basuh baju kelmarin. 1 hari sampai 5 trip basuh baju je kerjanya. Eh bukan aku, tapi mesin basuh. Kalau aku, harus pengsan.

Sekarang dah pukul 10.10 pagi. Aku masih belum buat apa2 kerja lagi di ofis nih. Aku sibuk baca paper (cuti seminggu tak sempat baca paper langsung), baca blog peberet (yang aku dah tercicir baca seminggu) dan bersembang2 raya dalam tipon dengan mak sedara aku yang tahun ni beraya di Pahang dan dengan my bff Ina yang dah pun kembali ke Johor semalam. Huhu.. tak sempat aku nak beraya umah mak ko Na. Takpe2.. nanti kita jumpa time akikah Yusuf ye insyaAllah...

Actually aku tak berapa sihat ni. Yelah, musim raya kan. Musim ziarah dari rumah ke rumah. Musim makan2 tak hengat dunia. Musim teguk air manis je, air masak jarang2 sekali. Maka hasilnya aku telah selsema teruk 2-3 hari ni. Selsema sebab asik melantak air sejuk berais. Bila selsema aku target nak insaf. Tapi bila orang hidang je air, aku lupa daratan. Ampeh!

Farizal pun dah 3-4 hari batuk2 kokol. Mula2 batuk sikit2 tapi lately aku tengok dah semakin dahsyat. Ubat batuk telan. Minuman berais pun telan jugak. Pun hanya insaf seketika. Bila jumpa air sejuk, terus lupa daratan. Nak buat camne, kita hanya manusia biasa.

Ok janji! Pasni aku dan Farizal kena kontrol minum air manis (takut kencing manis) dan kurangkan minum ais (takut selsema & batuk makin teruk). Say nehi to cold water and ice!

Pasni aku update entry pasal raya. Sebelum tu aku nak buat kerja sikit. Raya2 jugak, blogging2 jugak tapi kerja jangan dilupa (poyonyer). Jumpa lagi nanti.

3 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

amboii.. awalnya update blog.. lama ju cuti, bila tgk blog akak..byk yg ju tak bc lg.. huhu.. keje pun byk ni.. maklumlah.. seminggu 2 hari cuti..hehe

Puteri Satu said...

selamat hari raya....

Diarihatiku1976 said...

selamat hari raya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!