Monday, September 28, 2009

Cerita Raya 2009 Part I

Nak cerita sket pasal raya ni. Tapi entry ni tiada gambar ye sebab gambar raya masih dalam laptop abangku no 3 (nak transfer masa balik rumah mak hari tu tapi lupa bawak pendrive). Baki gambar masih ada dalam memory card kamera tapi lupa nak ambil pagi tadi. InsyaAllah esok aku godek dan upload dalam blog ok.

Tahun ni tak banyak pun gambar yang diambil. Frust2. Nak buat macam mana, sume orang pun sibuk2 dengan aktiviti berhari raya. Aktiviti merakamkan detik2 indah tak termasuk. Sedey aku sebab gambar raya tahun ni hanya beberapa keping. Tu pun hampir semua gambar tu aku yang snap. Nak harap orang lain snap, sampai kena paksa2 tau! Hoho.. Tapi kira oklah ada juga beberapa keping berbanding raya tahun lepas, langsung takde gambar raya. Ahaks! Nampak macam tak teruja je beraya sebagai isteri buat kali pertama kan? *Sebenarnya teruja tau, tapi entah macam mana tak teringat nak bergambar time tu walaupun kamera ada. Lok lak sungguh!

Gambar2 berhari raya yang ala2 tu esok lusa je aku upload ye. Sekarang aku nak cerita dulu perjalanan berhari raya aku. Balik kampung Jumaat malam. Sampai pagi Sabtu. Patutnya sampai time sahur or dekat2 Subuh tapi sebab jalan jem giler, maka kami hanya sampai di kampung selepas pukul 7.30 pagi. Haha.. dah cerah. Dah terang benderang. Izz sepanjang malam tidur lena di seat belakang. Oh ye, perjalanan pulang ke kampung kami pulang berempat. Farizal selaku driver, aku selaku mak vouge, Izz selaku bayi chomel dan Asraf (my cousin) selaku penumpang. Tahun ni Asraf tumpang kami pulang ke kampung sebab ayah & uminya tak balik. Umi kena kerja di hari raya (kasihan). So ayah temankan umi beraya di KL. Tapi semua adik beradik Asraf pulang beraya di kampung tumpang kami adik beradik (kesian kat bebudak, apa keles raya kat KL. Raya kat kampungla, baru heaven)

Sampai di Kuala Kangsar jam 7.30 pagi. Ehm masih awal lagi. Mata pulak dah tak mengantok. Apa taknye, sepanjang perjalanan balik kampung aku ngorok bersama2 Izz. Saat terbaik bersama anak jangan dilepaskan. Hahaha.. jadi kami singgah ke pasar tani dulu di tepi Sungai Perak cuci2 mata sikit. Bukan nak beli sayur ke lauk ke haper. Tapi kami nak beli kopiah Izz yang masih belum sempat dibeli. Round2 terjumpa gerai pertama yang jual kopiah. Terus jengah & belek2. Berkenan, ada size terus beli. Cuma RM5 saja. Hehe.. murahnye. Jimat duit aku! (ceh kedekutnye, mak sape la ni?)

Pas beli kopiah, terus ke rumah opah. Hoho.. Chik & Uncle dah ada. Nek (sepupu) pun dah tiba sekeluarga. Dorang sampai malam tadi. Masa baru je panjat tangga umah opah tu aku dengar Nek laung dari dapur "Ar baguslah korang dah sampai. Bolehlah kemas ruang tamu" Erk.. tumpat sungguh mood pulang beraya aku. Kut ye pun nak bagi arahan, biorle aku duduk2 dulu. Sembang2 raya dulu. Ni terus keluar arahan. Isk isk.. sangat tak best. Aku kemas ke x? Hehehe.. Takmo jawab.

30 min pas aku sampai umah opah, Along, En & Mer (abang & adik2 aku) pulak sampai. Giler arh dorang nih. Boleh bantai tido sampai ke petang (alasan aku tak boleh vacum karpet). Tengahari sikit kereta Kak Ngah sekeluarga & mak ayah dan Yang (abg aku no 3) sampai pulak. Wow.. dari sunyi2 tadi terus bergegar bagai nak rak rumah opah tu. Bergegar sebab riuh rendah mulut pot pet pot pet tak reti diam dan bergegar sebab kaum resaksa tak reti jalan lemah gemalai pijak lantai papan secara sopan. Sila tahu: Rumah opah ialah rumah kampung jenis tinggi. Bawah rumah boleh berlari2 sebab tiang rumah adalah sangat tinggi. Kira kalau banjir takat paras kepala tu tak risau la. Tak cecah lantai rumah pun (poyo wek wek).

Petang siap2 juadah untuk berbuka puasa. Malam raya busy gosok baju raya, busy tukar sarung kusyen, busy salin kuih dalam balang n etc. Waktu malam nak tidur kena cop tempat cepat2 sebab siapa lambat kena tidur dekat dengan dapur. Ruang tamu dah full! Aku untung sebab ada anak kecik. Siapa ada anak kecik boleh tidur kat ruang tamu sebab ada buaian. Alasan... Maknanya raya 2 tahun lagi aku kena ada anak kecik lagilah. Baru aku boleh tidur di ruang tamu tanpa perlu berebut2. Huhu..

Pagi Syawal aku tidak ke masjid untuk solat Aidilfitri. Lepak di rumah saja dengan Izz, Kak Ngah dan baby Ammar. Ops terlupa. Yang dan En juga tidak ke masjid. Yang tak sihat (rasa nak demam katanya), En tak bangun2 (tak pasti apa punca). Adakah mereka benar2 tidak sihat atau hanya alasan semata2 tidak mahu ke masjid? Hehe.. Hanya mereka saja ada jawapannya. Sementara tunggu panggilan telefon dari mereka2 yang ke masjid (sebab dah janji dorang akan call sebaik saja tamat solat sebab nak terus pergi beraya rumah sepupu kami yang rumahnya dekat sangat dengan masjid) aku pun siapkan Izz. Kemas2 rumah sikit. Tiba2 je dua2 menantu mak balik. Farizal dan Abg Gom (suami Kak Ngah). Aik kenapa balik ni? Kan janji nak call aje. Si Farizal tak tahu, dia kata Abg Gom ajak balik rumah, dia ikut jelah. Hahaha.. tah pape je dorang ni. Orang luar la katakan. Tak terbiasa lagi dengan rutin hari raya kami.

So terus ajak Farizal ke rumah sepupu (di mana semua ahli keluarga dah berkumpul di sana). Jalan kaki je 5 min dah sampai. Kak Ngah dan Abg Gom tak ikut sebab baby Ammar tidur pulak. Sampai je rumah Nyah Pijun & Kak Midah, kami pun salam2 la. Ada la snap gambar beberapa keping. Meriah sungguh. Juadah wajib hari raya di Kuala ialah lemang & rendang dan LAKSA. Owh.. bercakap tentang laksa, pada pendapat perut aku, laksa di Kuala adalah terbaik berbanding tempat2 lain. Eh eh.. aku menilai dari sudut peribadi ler! Kepada yang rasa laksa tempat dorang adalah terbaik, sila abaikan kenyataan aku tadi. Yelah, dari kecik mak dah sumbat aku laksa Kuala, bila dah besar sikit try makan laksa Kedah ke.. Penang ke.. rasa tak sesedap laksa Kuala. Maybe aku dah taksub dengan keenakan laksa Kuala kut. Tapi aku tau, orang Penang or orang Kedah kalau makan laksa Kuala mesti kata tak sesedap mana pun kan? Hahaha.. apa2 jelah.

Pas beraya di rumah pertama ni, kitorang balik ke rumah opah dulu. Ada acara bersalam2an mohon maaf di pagi Syawal dan acara menghulur duit raya. Terima kasihla kat mak ayah, makcik pakcik, sepupu sepapat dan semua sanak saudara yang menghulur duit raya untuk Izz ye. Murah rezeki Izz, moga lebih murahla rezeki korang ye. Aku ada amik gambar masa episod hulur duit raya ni. Nanti aku upload. Pas acara bersalam2an kami terus ke Kg. Loh pulak nak beraya rumah Tok Su (adik opah yang paling bongsu). Tok Su ni disegani sikit dalam keluarga kami sebab dia orang berilmu (bekas cikgu besar la oi). Pastu Tok Su juga adalah bekas ketua kampung. Tahun ni Tok Su tak jadi ketua kampung sebab kalah undi (hehe.. eh kenapa aku ketawa ni?) Tok Su juga adalah bekas Ketua PAS di Sungai Siput dan pernah bertanding melawan Samy Vellu di mana Tok Su kalah. Samy Vellu menang. <- statement ini tidak bermaksud apa2 ok. Isi tersirat ialah, Tok Su ada sifat2 seorang pemimpin dan mempunyai pengaruh yang agak kuat. Ok full stop!

Selepas beraya rumah Tok Su dan kenyangkan perut dengan menu lemang, rendang, bihun goreng & nasi lemak (wow.. hidangan super meletop) maka kami pun teruskan perjalanan. Mula2 nak singgah beraya ke rumah arwah Ayah Ngah (abang mak no 2) di simpang jambatan baru Kuala tu. Tapi tengok pagar rumah berkunci pulak. Maybe dorang keluar beraya kut. So teruskan perjalanan nak singgah ke rumah Opah Yang pulak (adik ipar opah no 3) dekat2 rumah opah. Sekali kereta penuh bersusun2 pulak depan rumah Opah Yang, postpone dulu lah. Terus balik ke rumah opah sebab dah dekat masuk waktu Zohor. Solat Zohor dulu then rest2 kejap. Petang gerak ke rumah Opah Yan (adik ipar opah no 4) di Darat. Menu apa tau? Mee Sizzling.. wah sudah maju sekarang. Nasib baik bukan laksa (kuikui). Harus merasa kan (merasala kunun, padahal melantak). Malam raya pertama tidak ke mana2. Hanya menghabiskan masa di rumah sambil menonton tv dan melayan Izz dan bersembang2 dengan sanak saudara.

::To be continued::

1 comment:

Nur Irfan Juezrie said...

wah.. very detail.. ju punya cite.. tak sempat2 nk cite lg.. bukan apa.. bz sket.. takde mood nk update blog.. tp bc cite org sukeee... hehe.. nti la ju cite ye.. tp mesti lama2 tak hilang keexcitedan nk cite tu kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!